Archive for the ‘Uncategorized’ Category

KATANYA ISU INI PANASSSSSSSSS….!

September 12, 2013

NOH OMAR : Ketua UMNO Bahagian Yang Kalah Di Minta Beri Laluan Pada Muka Baru

Ketua-ketua UMNO Bahagian di Selangor yang gagal membawa kemenangan kepada parti dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) dinasihatkan agar berundur bagi memberi laluan kepada muka-muka baharu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin baharu membuktikan kemampuan mereka untuk memimpin, seterusnya membawa parti ke arah masa depan yang lebih baik.

“UMNO bukan kepunyaan ketua-ketua bahagian. Sebagai ketua bahagian, kepimpinan kita adalah setakat untuk memajukan UMNO dan memastikan kejayaan kepada parti.

“Pada pandangan saya, kalau jadi ketua bahagian dalam banyak penggal sekali pun tetapi tidak mampu beri kemenangan kepada parti, apa guna jadi pemimpin… berilah peluang kepada orang lain dengan idea-idea baharu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pengunduran secara terhormat perlu bagi memastikan kesinambungan perjuangan parti dapat diteruskan pada masa depan.

Pada masa sama, Noh turut menyatakan janjinya untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan Ketua Bahagian UMNO Tanjong Karang sekiranya keputusan pilihan raya umum pada penggal seterusnya tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Saya telah diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Saya janji jika BN kalah lagi di Selangor, saya akan letak jawatan… tak perlu orang suruh.

“Saya kena beri peluang kepada muka baharu, ini soal prinsip. Pemimpin datang dan pergi, yang paling penting, parti perlu ada kesinambungan. Jangan sebab pemimpin, parti rosak, parti tidak mampu menang dan ditolak oleh rakyat,” tegasnya.

*Dipetik dari Blog Pendekar Melayu.
Advertisements

blog.jpg

September 6, 2013

INTERLOK – MANGSA MANUSIA TIDAK BERILMU

January 12, 2011

INTERLOK karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain telah ditulis kira-kira 40 tahun yang lalu. Kalaulah waktu novel tu diterbitkan ada seorang bayi yang lahir, maknanya umur bayi itu sekarang sudah mencecah 40 tahun. Ketika diterbitkan dulu, tidak pernah ada pihak yang mempertikaikan, malah memprotes novel tersebut. Tiba-tiba hari ini, ada sekumpulan pihak yang tidak berpuas hati dengan novel tersebut lalu membakarnya dengan alasan novel Interlok mengandungi unsur-unsur rasis yang menyentuh mengenai masyarakat India. Antara yang dipertikaikan kerana di novel tersebut terdapat perkataan ‘pariah’ dan ‘kasta’ yang dikatakan sangat sensitif bagi kalangan masyarakat India. Cuma persoalannya, adakah ia benar-benar rasis, atau yang membacanya sekadar membaca perkataan tersebut tanpa dibaca dari mula atau ayat sebelumnya. Rasiskah sangat bila perkataan itu disebut, sedangkan dikatakan jika mengikut sejarah, kedua-dua perkara tersebut merupakan salah satu budaya yang berlaku di negara India…?

Seperkara jelas yang ingin saya kongsikan di sini ialah, bagi saya pihak-pihak yang memprotes lalu membakar buku itu adalah golongan yang tidak berilmu. Memang mudah, bila marah dengan kandungan buku, lalu kita membakarnya. Tetapi bagi seorang yang bijak dan berilmu, adalah lebih baik jika kita mendapati kandungan sesuatu buku itu mungkin meragukan, ia harus dijawab juga secara ilmiah, melalui penulisan buku juga. Jika ini diamalkan, ia akan melahirkan satu perdebatan yang lebih bijaksana, di samping mampu memperbanyakkan bahan bacaan dan penulisan untuk perbandingan masyarakat di negara ini.

Malah bagi sebahagian besar murid sekolah yang berada di tingkatan 5, dan menjadikan novel ini sebagai bahan pembelajaran, mereka mengatakan bahawa orang yang membakar buku tersebut sebagai lemah fikirannya, kerana tidak membaca dan memahami apa sebenarnya maksud yang ingin disampaikan oleh penulis dalam perjalanan penceritaan buku tersebut. Lebih-lebih lagi penulis novel ini bukanlah calang-calang hebat, beliau seorang Sasterawan Negara yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi.

Apa pun, itulah masalah yang perlu kerajaan dan kita hadapi bersama dalam menangani kedangkalan sebahagian masyarakat kita yang tidak faham, tetapi berlagak seperti hero. Era Sivaji The Bos tidak mungkin berlaku di negara kita, kerana kita punyai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Elakkan mencipta publisiti murahan, kerana ia mampu memakan diri sendiri. Jangan korbankan nilai-nilai dan etika kemajmukan masyarakat negara kita ini. Fahami dan terima kepelbagaian masyarakat di sekeliling kita sebagai satu keunikan dan kekuatan kita untuk membina sebuah negara yang berjaya dan maju menjelang tahun 2020.

Ayuh..!!! bangkitlah rakyat Malaysia dan warga Kapar khususnya. Masa kita semakin suntuk. Bergabung dan bentuklah kekuatan sebenar untuk menyingkirkan kalangan mereka yang menjadi parasit dan perosak negara…Allah Hu Akbar…!

BILA EMOSI MENGUASAI IMAN…

February 10, 2009

dr-zambri

Peralihan kuasa di Perak sepatutnya tak jadi isu, kalau si gila kuasa seperti Anwar Ibrahim tidak terus memperkudakan MANTAN MB Perak, Nizar Jamaludin. Tetapi kerana terlalu rela menjadi kuda tunggangan Anwar yang baling batu sembunyi tangan, Nizar terus jadi Pak sanggup untuk di Kambing Hitamkan oleh Anwar dan sekutunya seperti Kit Siang dan Hadi Awang.

Malah lebih menyedihkan, yang beria-ia menggila di Perak ialah penyokong PAS, sementara penyokong DAP dan PKR lebih ramai yang sekadar memerhatikan dari jauh dan mengambil gambar sambil tersenyum sinis, seronok melihat orang Melayu Islam terjerit-jerit dan melalak-lalak di jalanan. Sayangnya mereka terus tak sedar yang mereka sedang diperalatkan.

Saya teruja, ketika Pakatan Pembangkang berjaya membentuk kerajaan di Perak dan MB nya diangkat dari PAS, walaupun sekadar menumpang. Diadakan majlis solat hajat perdana di Stadium kerana Berjaya ‘menakluki’ Perak.

...bahana bila emosi kuasai iman....manusia jadi hilang pertimbangan

...bahana bila emosi kuasai iman....manusia jadi hilang pertimbangan

Namun bila kerajaan ini hilang majority dan gugur sebagai kerajaan memerintah di Perak dan MB tumpangnya dari PAS gugur, maka PAS berarak beramai-ramai hingga sanggup DERHAKA pada sultannya. Kekecewaannya tidak boleh dibayangkan, hingga sanggup berbaring ditengah jalanraya, rumah MB dijadikan medan menghamburkan kata nista dan fitnah. PAS mengikut rentak Anwar Algojo, pemimpin yang disarankan BERTAUBAT oleh Karpal Singh.

Saya sedih, kerana itu rupanya bila emosi menguasai iman. Manusia seperti hilang ingatan dan pertimbangan. Sedangkan Allah SWT sarankan, kalau kita dalam kesusahan dan kesenangan hendaklah kita sentiasa mengigatinya. Kan lebih baik kalau kembali bersolat hajat perdana memohon petunjuk dari Allah, bukan membuta tuli mengikut telunjuk manusia yang telah lama bobrok akhlaknya.

SALAM RAMADHAN

August 29, 2008
Ya Allah, segala amalan, hidup dan matiku hanya keranaMu jua...

Ya Allah, segala amalan, hidup dan matiku hanya keranaMu jua...

Assalamualaikum, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, alim ulama’ dan seterusnya kepada seluruh umat muslimin dan muslimat.

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum, Ramadhan datang lagi, kita bersyukur kerana Allah SWT panjangkan lagi umur kita untuk melalui bulan penuh keberkatan ini, InsyaAllah. Doa dan harapan saya, moga Ramadhan kali ini menjadi teras permulaan kepada penyatuan umat manusia khususnya umat islam, bukan sahaja di bumi tercinta Malaysia, malah diseluruh dunia.

Marilah kita lupakan sejenak berpolitik dan kita tumpukan sepenuhnya jiwa dan raga kita untuk mengejar segala hikmat yang terkandung dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya terima dari rakan-rakan untuk tatapan kita bersama :

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan  hal-hal yang berikut:

·         Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

·         Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri

·         Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah

SEKADAR MAKLUMAN

August 11, 2008
BN vs PKR
BN vs PKR

Assalamualaikum Rakan-rakan Blogger,

Maaf, jika sekiranya sepanjang minggu ini saya tidak berkesempatan mengemaskini blog ini, memandangkan kemungkinan besar saya diarah bertugas di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Insyaallah kita akan jumpa lagi selepas pilihanraya nanti. Salam Perjuangan. Wassalam.

SALAM KEMAAFAN

July 23, 2008

Pertamanya, saya memohon maaf kepada semua rakan-rakan blogger bicarakapar2  kerana kelewatan saya mengemaskinikan blog ini. Saya tidak sempat untuk memaklumkan kepada kalian semua yang saya telah diarah untuk menghadiri kursus selama seminggu dan menyambung cuti rehat selama 4 hari lagi, menyebabkan blog ini tidak dikemaskini. Terima kasih atas ingatan beberapa rakan yang saya temui baru-baru ini dan terima kasih juga kepada para blogger sekalian yang menghantar komen dan pandangan. Salam Perjuangan.

LAGU WARISAN

July 3, 2008
Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
 
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman
 
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
 
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
 
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
 
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYU kan gagah di Nusantara ....

* Beginilah nasib MELAYU kalau kita terusan 
  berantakan sesama sendiri....

TOLAK CAI…STYLE LAMA

June 23, 2008

Setiap kali bila ada pemilihan dalam UMNO, akan muncullah istilah group, team, kapal dan yang paling kesiannya pada hari Mesyuarat Perwakilan tersebut, terutama jika ada pemilihan pimpinan keluarlah satu istilah yang dinamakan Cai, yang menyenaraikan kabinet bayangan khususnya bagi kelompok-kelompok tertentu yang menawarkan diri bertanding untuk pimpinan peringkat Bahagian. Inilah budaya ortodok dalam UMNO, walaupun usia UMNO sudah 62 tahun, Cai masih menjadi amalan ahli-ahli UMNO hingga sekarang. Sebab itu saya katakan ‘kesian’ dengan ahli-ahli UMNO yang begini. Negara sudah merdeka 51 tahun, tetapi cara berfikiran masih tetap mundur.

 

Atas dasar kesedaran itulah, saya sangat setuju dengan konsep reform yang mesti dilaksanakan dalam UMNO sendiri. Jangan lagi menganggap perwakilan UMNO tidak matang. Tempoh 62 tahun itu sudah terlalu matang bagi UMNO. Ahli-ahli, perwakilan dan para pejuang UMNO sudah sangat bijak untuk menentukan mana intan dan mana kaca, siapa pemimpin sebenar dan siapa penumpang, mana pejuang dan mana pembodek. Mereka tahu siapa yang perlu dipilih. Tidak perlu disogok dengan Cai pada hari pemilihan, cukup sekadar menyenaraikan semua calon yang menawarkan diri dan aturlah kaedah berkempen yang disarankan oleh Majlis Tertinggi secara telus dan jujur. Kalau kita memang memenuhi kriteria yang diperlukan oleh perwakilan, saya yakin perwakilan akan meletakkan setiap calon ditempat yang sewajarnya.

 

Bagi yang masih totok dengan cara Cai, kalian sebenarnya tidak punyai wibawa dan pengaruh, kalian sekadar menumpang atau memegang kaki pemimpin lain untuk turut serta dalam kapal tersebut, dan bakal menjadi pengikut YES BOS atau OK BOS bila setiap kali mesyuarat atau melaksanakan program.

 

Kepada semua perwakilan, ayuh kita fikirkan sejenak sebelum membuat keputusan, saya selalu mengingatkan diri saya, bahawa kelak kita akan ditanya siapa pemimpin yang kita pilih. Mari kita lupakan berbagai Cai yang bakal menghujani kita pada hari pemilihan, tetapi kita gunakan sepenuhnya kematangan dan kebijaksanaan kita untuk menentukan barisan pimpinan yang bakal mengemudi UMNO Bahagian Kapar kemercu kejayaan.

 

Ayuh kita sematkan dalam diri kita, kita memilih pemimpin bukan kerana kawan, tetapi kerana wibawa dan kepimpinannya. Selamat Bersidang dan Salam Perjuangan.

KAPAR LEMBAB…LAMBAT

June 19, 2008

Terkedu gak saya bila seorang kawan menelefon dengan penuh emosi dan mengatakan…”apa ko nak sibuk-sibuk sangat ni dengan blog bicarakapar, ahli-ahli UMNO di Kapar ni tau ke nak berblog”. Isshhh…jangan cakap macam tu, kata saya, mungkin blog ni satu benda baru di Kapar, yang penting kita mula beri pendedahan.

 

Menurutnya lagi, sebahagian ahli-ahli UMNO di Kapar ni lebih sibuk dengan pemilihan bahagian, katanya “ sibuk sangat buat team sana, team sini, jumpa Ketua Cawanganlah, diorang tak tau ke kapal UMNO ni dah nak karam, tak ikut perkembangan langsung”, rungut kawan saya itu.

 

Kadang-kadang bila difikir, betul gak. Pemilihan UMNO Bahagian ni jadikan sebahagian ahli lupa daratan. Masing-masing sibuk menawarkan diri, tanpa membuat servey, ada sokongan atau tidak. Setakat bersandar pada kehebatan yang diiktiraf sendiri, bagi saya baik lupakan saja hasrat tersebut. Kalau setakat menawarkan diri untuk test market, kut-kut ada sokongan, pemimpin tu jenis yang tiada wawasan langsung, baik undur awal-awal, supaya tak menyusahkan UMNO nanti. Bagi saya yang penting bukan individu, tapi UMNO itu sendiri.

 

Sejak kebelakangan ini, semakin terasa hangatnya, sudah mula ada propaganda melabel orang itu penyokong calon ini dan sebagainya. Sudah ada calon-calon yang mula gabra. Bagi saya apa nak takut sangat, kalau kita rasa perkhidmatan kita selama ini ikhlas untuk membantu UMNO dan orang Melayu, insyaallah, jasa kita akan dikenang orang. Tapi kalau setakat cakapnya saja berdegar-degar, tapi habuk pun tarak…faham-faham ajalah. Sementara bagi yang dah lama sangat tu, cukupla…beri peluang pada yang lain, yang lebih agresif, muda dan banyak idea. Jawatan dalam UMNO ni bukan untuk seumur hidup. Janganlah sampai nak kena pancung baru nak turun. Kan lebih baik berundur dengan cara terhormat. Berundur bukan kerana kalah, tetapi kerana sayangkan UMNO dan bangsa Melayu. Barulah kita boleh maju di masa hadapan. Wassalam dan renungkan.