Archive for the ‘Umum’ Category

PILIHAN RAYA KECIL @ BUBAR DUN

January 27, 2011

Kerajaan PKR Selangor menuntut agar SPR mengadakan Pilihan raya Kecil DUN Pelabuhan Klang, setelah Speaker DUN Selangor mengisytiharkan kerusi DUN tersebut kosong gara-gara kegagalan Adunnya gagal hadir selama 6 bulan dalam persidangan DUN Selangor. Nampaknya beria-ia sangat kerajaan PKR Selangor mahukan Pilihan raya Kecil itu….!

Dalam waktu yang sama, ada pihak pula yang mahu DUN Selangor dibubarkan dan diadakan semula pilihan raya negeri gara-gara kegagalan Kerajaan PKR mendapatkan sokongan 2/3 dalam sidang Khas DUN untuk meminda Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor. Tuntutan itu dibuat memandangkan ia secara tidak langsung menjatuhkan maruah dan wibawa kerajaan negeri dalam mendapatkan sokongan DUN Selangor. Maka kerajaan negeri dilihat perlu ‘gentleman’ dan bukan ‘Gentelman” dalam menangani kemelut ini, jika mereka tidak mahu menanggung kemaluan yang lebih besar….!

Biar mereka pilih…GENTLEMAN….atau menanggung KEMALUAN yang lebih besarrrrrrrr….!

PERINGATAN : PEJUANG BANGSA SUDAH BANGKIT…!

January 25, 2011


Sekadar mengingatkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor…! Jangan keterlaluan berpolitiking..! Jangan keterlaluan menderhaka kepada Raja..! Jangan keterlaluan bermain dengan api perkauman..! Peringatan juga untuk pemimpin PR…jangan digadaikan maruah diri dan memperbodohkan diri demi kuasa. Kawal maruah diri kalian demi agama, bangsa dan negara.

Pejuang sudah bangkit untuk mempertahankan kesucian agama, bangsa dan negara. Pejuang rela mengorbankan segala-galanya demi kesejahteraan sejagat. Pejuang berdiri teguh mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Ayuh bersama berganding bahu…berjuang demi kesejahteraan dan ancaman musuh negara yang gilakan kuasa…!

HAMIDZUN LETAK JAWATAN…!

January 19, 2011

Hamidzun Khairuddin yang dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Kapar sejak 2008 yang lalu telah meletak jawatan dan menyerahkan semula jawatan tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian Kapar, Dato’ Haji Abdul Rahman Palil. Perletakan jawatan Hamidzun berkuat kuasa serta-merta selepas beliau mengumumkan dalam Mesyuarat Penuh AJK UMNO Bahagian Kapar pada 18 Januari 2011.

Perletakan jawatan tersebut dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian terhadap tugas barunya secara sepenuh masa di Badan Perhubungan UMNO Selangor dan sebagai Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Hamidzun yang telah berkhidmat dalam tempoh 2 tahun sebagai Setiausaha, telah banyak memperkenalkan strategi dan perancangan untuk kembali memperkukuhkan UMNO Bahagian, Cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM). Walaupun bagi saya usaha-usahanya masih belum dapat dihayati sepenuhnya oleh ahli-ahli UMNO di Bahagian Kapar, namun ia perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan, agar ia benar-benar mampu meninggalkan kesan terbaik. Pengalaman yang pernah dilaluinya suatu ketika berada di luar UMNO di manfaatkan sepenuhnya untuk menjadikan UMNO Bahagian Kapar terus mampu menyengat dan bangkit dari kekalahan dalam Pilihan raya Umum 2008.

Hamidzun sudah tinggalkan satu perancangan yang baik di UMNO Kapar. Terpulang kepada Setiausaha yang bakal dilantik oleh Ketua UMNO Bahagian Kapar untuk merangka strategi baru atau meneruskan yang sedia ada. Bagi saya tapaknya sudah disediakan, tinggal bagaimana kita mampu memanfaatkan peluang yang sudah tersedia. Itulah cabaran buat bakal seorang Setiausaha UMNO Bahagian Kapar yang baru.

Terima Kasih Saudara Hamidzun Khairuddin..!

KHUSRIN GEGAR NEGERI SELANGOR

January 6, 2011

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA.

Kembali bersua pada tahun 2011. Sebenarnya saya dah agak melempam nak menulis di blog, kerana lebih melayani FB. Tetapi menjelang saja 2011…seronok pula mengikuti perkembangan isu perlantikan SUK Selangor yang baru, Dato’ Hj. Khusrin Munawi. Semua orang bercakap…isi percakapan jangan kiralah…ada yang betul…tetapi banyak yang dangkal dan emosi.

Dato’ Khusrin, bekas Pengarah JAIS/Setiausaha MAIS antara yang terbaik pernah dimiliki oleh jabatan itu. Beliaulah orangnya yang berjaya memperjuangkan penstrukturan perjawatan di JAIS dari pihak JPA. Sumbangan inilah telah memberi manfaat kepada ramai kalangan guru-guru JAIS yang berpeluang naik pangkat, memandangkan sebelum ini kenaikan pangkat sangat terhad, gara-gara ketiadaan post bagi kenaikan pangkat tersebut…berlanjutan hampir belasan tahun.

Namun pengaruh dan kekuatan yang Dato’ Khusrin miliki, nikmat ini telah berubah. Guru-guru JAIS mesti tahu perkara ini, jangan sekadar berjaya mendapatkan pangkat tanpa mengambil kira ia dari usaha dan perjuangan siapa.

Dato’ Khusrin sememangnya layak naik pangkat dan dilantik sebagai SUK Selangor. Tetapi kenapa Mb dan beberapa konco-konconya marah dan menolak perlantikan Dato’ Khusrin. Mereka tidak punya alasan kukuh sebenarnya untuk menolak Khusrin, mereka hanya punya alasan POLITIK sahaja. Mereka mula meroyan mengatakan Khusrin proksi UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Bagi saya Khalid Ibrahim dan sekutu-sekutunya perlu lebih rasional. Kalau hanya Khusrin seorang, beliau tidak mampu untuk menggugat sebuah kerajaan. Jatuh bangun sesebuah kerajaan ditentukan oleh rakyat yang memilih melalui pilihan raya umum, bukan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri seperti Khusrin. Khusrin hanya punya satu undi sahaja, tidak mampu mengubah apa-apa keadaan. Khusrin tidak berhak untuk mengarah dan menentukan seluruh kakitangan awam negeri Selangor untuk mengundi menolak Pakatan Rakyat. Lagipun undi mereka rahsia. Khusrin sendiri tidak tahu mereka mengundi siapa.

Jadi bagi saya.., kalaulah memang MB Selangor dan sekutunya menolak Khusrin, cuba berikan alasan-alasan yang benar-benar kukuh yang tiada kaitan dengan elemen-elemen politik. Khusrin mampu membina sebuah pentadbiran kerajaan yang lebih baik, telus dan jujur. Ketegasan beliau penting ke arah membantu menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri maju dan berkebajikan. Tetapi nampaknya KETEGASAN yang dimiliki oleh Khusrin itu, mungkin menjadi batu penghalang kepada Kerajaan negeri Selangor. Jadi…., apa agenda sebenar pimpinan Khalid Ibrahim, EXCO dan konco-konco Pakatan Rakyat. Rakyat boleh fikirkan agenda tersembunyi tersebut.

FAHAMI PROFESIONALISMA PENJAWAT AWAM !

GEMPAR! RANCANGAN JAHAT PKR ESOK SEMASA KES LIWAT BERJALAN! MESTI BACA DAN EDARKAN DENGAN SEGERA!

February 2, 2010

(Dipetik dari : http://parpukari.blogspot.com)

Saya baru dikhabarkan oleh seorang sahabat dari PKR bahawa malam tadi lebih kurang jam 8.30 malam, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman Anwar Ibrahim. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja semasa bicara kes LIWAT Anwar dijalankan.

Yang mempengerusikan mesyuarat ini adalah Datin Seri Wan Azizah sendiri dan di antara orang yang hadir adalah Shamsul Iskandar, berikut adalah tindakan-tindakan yang akan dibuat sepanjang perbicaraan ini berlangsung:

1.Esok Karpal Singh akan memohon supaya Dato Seri Najib dan Datin Seri Rismah disapina sebagai saksi ke dalam kes Liwat ini (apa kena mengena mereka berdua dalam kes ini?)

2.Esok mereka akan menggunakan orang-orang mereka untuk membuat kacau bilau, bukan rakyat tetapi orang-orang upahan mereka yang akan membuatnya, tujuan mereka supaya mereka boleh memancing polis, bila berlaku kekasaran dan ini sekaligus akan membuat orang ramai simpati kerana polis bertindak ganas!

3. Shamsul Iskandar telah dilantik sebagai ‘field commander’! Esok misi provokasi pertama menentang polis akan dimulakan! Ini baru permulaan, mereka akan menggunakan lebih ramai orang lagi supaya ianya nampak lebih gah! Mereka juga akan mengadakan pelbagai jenis perhimpunan sepanjang perbicaraan kes ini!

Maka pesan saya kepada sesiapa yang patut, berhati-hatilah, musuh dalam negara ini sudah diaturkan untuk menggunakan taktik jahat, saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengenai hal ini!

Saya minta jasa baik rakan bloggers semua supaya edarkan artikel ini tak kira dalam FB atau Twitter atau mana-mana saja, suapay kita tidak tertipu dengan mainan mereka ini lagi!

Juga baca disini tentang isu yang sama dan amaran polis mengenai perhimpunan haram esok!

SAMA RATA SAMA RASA, DEPAN BELAKANG SAMA SAJA!

SEMUA KENA BATANG HIDUNG PAS

December 29, 2009

PAS bukan lagi sudah terduduk, tetapi PAS sudah tersungkur dan mencungap-cungap meladeni balasan Allah SWT satu persatu. Semua tohmahan dan tuduhan PAS yang mengaku sebagai pejuang Islam tulen Allah sedang kembalikan satu persatu. Maka berhempas pulas dan bertungkus lumuslah juak-juak PAS yang taksub cuba mempertahankan kedudukan pemimpin ULARMAK mereka, agar ia dilihat terus suci dimata penyokong PAS mahupun umat islam dan bangsa Melayu. Namun bangkai gajah memang sukar untuk ditutup. Rakyat sudah semakin meluat dengan karenah dan perangai sebahagian pemimpin PAS yang sudah semakin lupa diri.

Kalau dulu PAS taksub dengan AMANAT pemimpinnya yang melabel UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan parti kafir, nampaknya hari ini tak salah kalau kita labelkan PAS juga sebagai kafir, kerana mereka turut bersekongkol dengan parti kafir yang terang-terang menolak Islam, kecuali jika PAS sanggup melangkah mayat pemimpin kafir tersebut.



Kalau dulu PAS galak membicarakan soal kroni. Rupanya dalam diam ULARMAKnya lagi besar mengamalkan kronismanya. PAS tak mampu nak sorok lama-lama, akhirnya ahli PAS sendiri yang membocorkan. Terkial-kial PAS cuba menutup bangkai busuk yang dah pecah. Semua orang dah tau, tapi…biasalah, manusia yang ada kuasa banyak…bukan senang-senang nak letak jawatan…kena tangguh 2-3 bulan. Orang lain jangan menyibuk, kroni ni menantu Pak Guru Besar….

PAS juga semakin mewah, nak tunai haji berebut-rebut syarikat nak taja menunaikan haji (istilah PAS beri hadiah). Itu tidak dikira rasuah sebab orang beri hadiah. Maka berusahalah juak-juak PAS cari dalil yang sesuai fasal HADIAH…untuk cover ULARMAK mereka.

ULARMAK PAS tarafnya macam wali, selipar pun jadi rebutan pengikut. Maklumlah nak dapat berkat dari selipar Pak Guru. Kesian pengikut taksub…bengong dah….selipar pun jadik.

Maka akan marahlah ULARMAK PAS kalau tuntutannya tidak dipenuhi, ULARMAK ini mampu mendoakan kehancuran orang lain. Jadi pengikut jangan cakap banyak takut nanti ULARMAK ini mendoakan perkara buruk untuk pengikutnya. Rasullullah lagi teruk dianiayai oleh kafir Quraisy, tapi baginda tak pernah mendoakan yang buruk pada mereka. Ya…la…berbeza…Rasullullah insan Maksum…ULARMAK manusia biasa. Makin banyak berdoa fasal kemusnahan orang lain….tapi ULARMAK pulak yang kerap menghuni hospital…terbalik la pulak….


Paling menjadi rebutan pada PAS sekarang ialah untuk memastikan penyokong dan pengikut PAS segera dapat mengkonformkan diri mereka sebagai calon syurga, kerana itu yang telah diwar-warkan oleh ULARMAK besar PAS.

Akhirnya baru-baru ini, PAS yang sibuk menentang rakan seperjuangan Islam yang lain, tiba-tiba muncul pula kumpulan yang mengaku penyokong PAS bangkit dan menentang PAS supaya segera meninggalkan Pakatan yang kerjanya menipu umat Islam, Melayu dan rakyat Malaysia. Kesian PAS…terkial-kial nak menjawab desakan penyokongnya sendiri.

Betul juga kata bijak pandai, “Setia biar berpada, banyakan bertawakal dan berijtihad kepada Allah SWT, Moga Allah pasti akan beri petunjuk pada umatnya”, Insyaallah.

DR. ASRI – TAULIAH ATAU BALAS DENDAM

November 3, 2009

US. ASRI PERLIS

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin yang ditahan oleh JAIS gara-gara memberikan ceramah tanpa tauliah, gagal didakwa di Mahkamah Syariah Gombak, walaupun beliau telah diarahkan untuk hadir oleh pihak JAIS.

Episod cerita penangkapan Dr. Mohd. Asri seolah-olah ada cerita lain yang sedang dipandu di belakang JAIS. Soal siapa yang menjadi pemandu kepada cerita tersebut, tentunya masih belum dapat dipastikan. Yang pasti tentu ada pihak yang sedang tersenyum dan ketawa besar melihat babak pertama drama penangkapan Dr. Mohd Asri diharap mampu menjatuhkan reputasi seorang tokoh ulama’ muda yang dilihat berkemampuan untuk menggugat individu lain yang merasakan diri mereka ulama’ tersohor.

Dr. Mohd. Asri yang pernah dilabel sebagai ‘syaitan’ oleh salah seorang ustaz politik satu masa dulu, dilihat oleh sesetengah pihak juga sebagai mangsa konspirasi. Kelantangan dan ketegasan Dr. Mohd Asri mengkritik pendekatan politik sesetengah pihak juga menjadikan beliau dimusuhi oleh sesetengah pemimpin politik yang bergelar ustaz. Nasib  Dr. Asri hampir sama seperti yang dilalui oleh seorang tokoh pendakwah bebas, Dr. Riduan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan di Universiti Pertahanan Nasional, yang dihentam gara-gara menegur dan mengkritik satu pertubuhan politik.

Dr. Mohd. Asri sudah berada dalam kancah perdana lingkaran budaya kotor pengamal politik ekstrem. Kelompok ini hanya melihat kepentingan kelompok dan peribadi harus menjadi nombor wahid. Mereka juga jenis tergamak melakukan apa sahaja untuk menghancurkan setiap tembok dan petualang yang cuba untuk mengganggu gugat. Bukan sahaja Dr. Asri, tetapi sesiapa sahaja yang cuba mengkritik kelompok ini, mereka harus berhati-hati, kerana golongan ekstrim ini tidak pernah kesal atas apa yang mereka lakukan. MEREKA LEBIH MENGUTAMAKAN KEPUASAN, KERANA MEREKA PUNYAI AGENDA YANG SUKAR DIBENDUNG…!

PAS FOR ALL…?

October 9, 2009

Kesempatan bertugas di PRK N31 Bagan Pinang, Port Dickson saya manfaatkan sepenuhnya untuk memantau beberapa ceramah anjuran PAS dan Pakatan Raykat pada setiap malam. Kesimpulannya, setiap ceramah hanya memutarkan isu lapuk yang lebih bertujuan untuk menimbulkan sentimen perkauman. Dari ceramah hinggalah ke poster-poster, sentiment perkauman menjadi agenda kempen PAS dan sekutunya.

Saya membuat rumusan, PAS semakin hilang jatidiri mereka, malah PAS kini sangat terpengaruh dengan elemen kempen yang membangkitkan sentimen perkauman. Saya yakin PAS semakin terpengaruh dengan cara PKR dan DAP.

Paling menariknya, ketika menghadiri satu ceramah anjuran DAP, ketika salah seorang penceramah dari DAP sedang menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat, tiba-tiba bangkit seorang cina penyokong DAP berseluar pendek dan memakai baju berlogo PAS lalu melaungkan ‘TAKBIR’, lalu disambut dengan semangat laungan ‘Allah Hu Akbar!.

Sekali pandang mungkin kita beranggapan laungan takbir itu sesuatu yang biasa dalam setiap ceramah PAS, namun yang menjadi persoalannya, laungan tersebut kini semakin sudah tidak bernilai atau kalimat yang disebut itu seolah-olah sudah tiada nilai kemuliaannya, apabila ia sudah menjadi satu budaya dan bahan sendaan serta boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja termasuk oleh orang kafir harbi sekalipun.

Adakah ini yang hendak kita katakan sebagai kejayaan PAS dalam memperjuangkan slogan barunya PAS FOR ALL yang bertujuan untuk memancing undi cina dan india bagi mengejar kuasa dunia yang tidak boleh dibawa kemati.

Ternyata itulah matlamat nombor wahid bagi PAS. Mereka sudah menutup buku MEMBANGUN BERSAMA ISLAM dan kini lebih ghairah bersama kafir harbi dalam PAS FOR ALL.

Moga Allah SWT terus memberi kekuatan dan petunjuk kepada UMNO untuk terus komited memperjuang dan mempertahankan Islam dibumi Malaysia ini.

INILAH TARAF KITA…!

September 17, 2009

PIJAK KEPALA
Orang Melayu dan Islam makin berantakan. Satu pihak bertungkus-lumus mempertahankan kuasa Melayu dibumi bertuah Malaysia. Satu pihak kononya sibuk memperjuangkan Islam. Satu pihak gilakan kuasa.

Akhirnya Melayu/Islam di Malaysia menjadi sangat lemah. Melayu sedang terpinggir, tersandar di sudut yang sangat sempit. Melayu sedar, namun gila dan mabuk kuasa menjadikan Melayu lupa segala-galanya.

Rupanya ada orang lain yang sedang merencana babak-babak ini. Orang lain itu sudah mula selesa dengan tahap kebobrokan Melayu/Islam. Pemimpin Melayu/Islam mula lupa daratan. Yang mengaku ULAMAK sudah mula bertukar wajah menjadi ULARMAK. Sudah mula membelit lidah gara-gara takutkan kehilangan sokongan. Yang lantang bercakap, cuba menikus dan bergerak ke sana-sini untuk meyakinkan pengikut jahil, tentang ketelanjuran bermain di lopak kering.

Orang lain makin berani. Mereka bukan sahaja sudah berani menjentik hidung kita, tapi sudah lerani memijak kepala. Mereka macam biasa dah kata, anutan ULARMAK itu ‘bastard religion’ @ agama sial. Tapi mereka tidak berdosa pun, kerana fatwa pujangga sudah dinyatakan…mereka berhak nak kata apa, kerana mereka tak faham…, mereka tidak berdosa…, ULARMAK reda dan terima dengan janji syurga lagi.

Orang lain pun nak cuba lagi. Beri hadiah istimewa KALUNGAN SELIPAR pada pemimpin besar kita satu masa lalu. Memang itu selayaknya untuk kita sekarang. Suka hati mereka nak buat apa. Kita boleh buat apa pun. Kita akan kata buatlah suka hatimu…semua tu halal, yang penting sokongan mereka untuk menunaikan kegilaan kuasa kita.

Murahnya kita sekarang. Di jentik hidung, dipijak semaunya, diludah dan dihina sehendaknya. Kita masih kata orang lain betul, sebab orang lain tak faham cara kita, walaupun dah duduk bersama lebih ratusan tahun. Bagaimana kalau kita bersama bangkit tentang mereka….tentu jawabnya tak boleh, lebih baik bersama kafir laknatullah…boleh dapat kuasa dan perintah negara, dari bersama kita semua…kempunan nak kuasa sampai bila-bila….Kita kerjasama dengan kafir laknatullah pun, ada peluang masuk SYURGA…. Kalau dengan kita-kita aja alamat masuk angin keluar asap….

Kesiannya kita…, sudah dipijak semaunya….!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

September 16, 2009

kad rayaAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Teman-teman blogger dan Umat Islam sekalian,

Saya titipkan Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia buat seluruh umat islam, pohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran kata dan bahasa serta tingkah laku sepanjang kita berbicara dan bersua.

Marilah kita berdoa, moga rahmat Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tiba bisa menjadikan kita terdorong kepada “Sebaik-baik manusia, adalah manusia yang banyak manfaatnya kepada manusia lain”.

Terima kasih.