Archive for the ‘UMNO Bhg’ Category

HAJI MUSTAFA KEMBALI….

February 10, 2011

Salam Perjuangan.

Tuan Haji Mustafa Ismail kembali bersama Jawatankuasa UMNO Bahagian Kapar, apabila dilantik sebagai Setiusaha UMNO Bahagian Kapar yang baru menggantikan Sdr. Hamidzun Khairuddin yang meletak jawatan baru-baru ini.

Haji Mustafa sebenarnya bukanlah asing dalam kalangan AJK UMNO Bahagian yang ada, kerana sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan sebagai jawatankuasa dan sebelumnya sebagai Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar.

Semoga Haji Mustafa mampu merangka strategi berkesan berdasarkan pengalaman luasnya dalam arus politik UMNO di Bahagian Kapar.

Tahniah dan selamat bertugas.

Advertisements

HAMIDZUN LETAK JAWATAN…!

January 19, 2011

Hamidzun Khairuddin yang dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Kapar sejak 2008 yang lalu telah meletak jawatan dan menyerahkan semula jawatan tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian Kapar, Dato’ Haji Abdul Rahman Palil. Perletakan jawatan Hamidzun berkuat kuasa serta-merta selepas beliau mengumumkan dalam Mesyuarat Penuh AJK UMNO Bahagian Kapar pada 18 Januari 2011.

Perletakan jawatan tersebut dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian terhadap tugas barunya secara sepenuh masa di Badan Perhubungan UMNO Selangor dan sebagai Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Hamidzun yang telah berkhidmat dalam tempoh 2 tahun sebagai Setiausaha, telah banyak memperkenalkan strategi dan perancangan untuk kembali memperkukuhkan UMNO Bahagian, Cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM). Walaupun bagi saya usaha-usahanya masih belum dapat dihayati sepenuhnya oleh ahli-ahli UMNO di Bahagian Kapar, namun ia perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan, agar ia benar-benar mampu meninggalkan kesan terbaik. Pengalaman yang pernah dilaluinya suatu ketika berada di luar UMNO di manfaatkan sepenuhnya untuk menjadikan UMNO Bahagian Kapar terus mampu menyengat dan bangkit dari kekalahan dalam Pilihan raya Umum 2008.

Hamidzun sudah tinggalkan satu perancangan yang baik di UMNO Kapar. Terpulang kepada Setiausaha yang bakal dilantik oleh Ketua UMNO Bahagian Kapar untuk merangka strategi baru atau meneruskan yang sedia ada. Bagi saya tapaknya sudah disediakan, tinggal bagaimana kita mampu memanfaatkan peluang yang sudah tersedia. Itulah cabaran buat bakal seorang Setiausaha UMNO Bahagian Kapar yang baru.

Terima Kasih Saudara Hamidzun Khairuddin..!

MEREKA SEDANG TERNANTI-NANTI….

April 13, 2009

Pemilihan UMNO Bahagian Kapar dah lama selesai. Perhimpunan Agung UMNO juga dah tamat. 3 Pilihanraya Kecil di 2 bukit dan 1 batang juga dah habis. PM  dan kabinet baru pun dah lantik. Kita semua dah menarik nafas lega. Kepimpinan baru di semua peringkat dah dipilih. Cuma sekarang dalam usaha melaksanakan proses transformasi, sebagaimana yang dijanjikan dalam semua persidangan dan pilihanraya serta barisan ‘Kabinet Rakyat’ yang baru.

Saya bukan nak menyentuh sangat hal-hal negeri dan nasional. Kita faham, ia akan dilaksanakan oleh pimpinan yang bertanggungjawab. Cuma elok kalau dinyatakan disini, saya banyak menerima luahan rasa kawan-kawan dari cawangan-cawangan yang masih ternanti-nanti apa program dan perancangan UMNO Bahagian Kapar di kawasan Parlimen Kapar dan semua DUN-DUN. Kawan-kawan terasa macam dah mula sejuk dan senyap. Mungkin mereka perati kita kurang agresif sebagai pembangkang, kerajaan negeri pulak yang agresif menggasak kita, sedangkan waktu kita (UMNO/BN) kerajaan dulu, pembangkanglah yang melantak kita bertali arus, sampai nak bernafas pun payah.

Sekarang giliran kita pulak sepatutnya melantak kerajaan negeri habis-habisan. Berbagai isu dan kelemahan yang berlaku, tapi masih tak Nampak lagi ada gerakan agresif dari kita semua. Kenapa aganya…itu yang kawan-kawan asak tanyakan pada saya. Adakah kita masih rasa selesa lagi walaupun dah jadi pembangkang, kerana kita masih rasa yang dipersekutuan masih BN, atau kita masih lagi bermimpi diawang-awangan atau berada di zon selesa kerana dah pernah jadi kerajaan selama 50 tahun. Ramai kawan-kawan yang mengingatkan bahawa kita harus cepat sedar, PRU13 pada 2012 bukannya lama sangat. Kalau kita terus begini, takut nanti kita terus senyap dan tak mampu bangkit lagi.

Sekali pandang, kadang-kadang pedih juga bila kawan-kawan gasak kita. Tapi bila fikir-fikir balik, betul juga kata mereka. Saya terima semua teguran tersebut dengan ikhlas dan terbuka. Mereka lebih Nampak situasi yang sedang berlaku, sebab mereka berada diakar umbi. Secara peribadi, saya lebih percayakan mereka, kerana mereka adalah kelompok yang sangat sayangkan UMNO dan survival agama dan bangsa.

AYUH…!!! BERUBAHLAN…KITA KENA KELUAR DARI ZON SELESA INI…!!!

INILAH MASALAH UMNO….

November 12, 2008

Pemilihan UMNO Bahagian Kapar sudah selesai. Perwakilan sudah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih barisan kepimpinan baru UMNO Bahagian Kapar bagi tempoh 2008 – 2011. Yang bertanding, masing-masing sedang mengatur rehat setelah bertungkus lumus berkempen siang dan malam. Suasana tenang yang diharapkan rupanya tidak kesampaian. Ada lagi kedengaran suara-suara yang tidak berpuas hati dengan pemilihan yang telah lepas.

umno-berantakan

Berbagai isu mula dibangkitkan tentang pemilihan. Isu ‘Cai’, isu kem, isu restu orang itu dan orang ini, segala-galanya seperti tiada jalan penyelesaian. Situasi ini menjadikan seolah-olah orang-orang UMNO ini semakin hilang kekuatan untuk menghadapi cabaran yang berada dihadapan mereka. Cabaran sebenar UMNO bukan dalam soal pemilihan barisan Jawatankuasa, tetapi cabaran berhadapan dengan barisan Pakatan Rakyat yang makin selesa di puncak kuasa mereka di negeri Selangor.

Jika inilah watak dan sikap ahli-ahli UMNO yang berantakan tak berkesudahan, tidak mustahil UMNO akan terus dilupakan di negeri Selangor ini. UMNO akan terus berdiri sebagai parti pembangkang sebagaimana nasib UMNO di Kelantan. Oleh itu, lupakan soal pemilihan bahagian, yang penting bagi UMNO sekarang ialah mengatur dan menyusun strategi bagi merampas semula negeri Selangor dari Pakatan Rakyat. Tanggungjawab ini sewajibnya dipikul oleh seluruh ahli UMNO, bukan diserah bulat-bulat kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian. Tanpa sokongan dan gerakan ahli yang lain, tidak bermakna bagi jawatankuasa bahagian, atau kalaupun ada yang masih merasa tidak puas hati dengan barisan jawatankuasa bahagian yang ada, lupakan sahaja mereka, tetapi teruskan usaha untuk menjana kekuatan UMNO.

Jawatankuasa UMNO Bahagian bukanlah segala-galanya. Ia tidak wujud tanpa UMNO, tetapi UMNO akan tetap wujud tanpa Jawatankuasa Bahagian.

Ahli-ahli UMNO harus mula memberi fokus kepada memperkukuhkan UMNO, agar ia terus mampu berdiri sebagai parti yang memperjuangkan hak Agama, Bangsa Melayu dan Negara. Janganlah kemarahan itu dipanjangkan lagi, kerana kemarahan itu dibimbangi boleh menjauhkan kita dari UMNO. Sudahlah….lupakan soal pemilihan, marilah kita bersatu dan berganding bahu kearah merampas semula negeri Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Itulah tanggungjawab WAJIB bagi seluruh warga UMNO, khususnya di negeri Selangor.

TAHNIAH! GANDINGAN BARU UMNO KAPAR

November 4, 2008
Perwakilan bijak memilih pemimpin...

Perwakilan bijak memilih pemimpin...

Perwakilan UMNO Bahagian Kapar menetapkan gandingan muka lama dan baru dalam barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kapar 2008-2011. Gandingan baru ini diharapkan mampu bertindak dan merangka strategi berkesan bagi merampas semula kerusi Parlimen dan DUN Kapar yang terlepas ke tangan pembangkang dalam PRU12 yang lalu.

antara perwakilan pemuda yang hadir

antara perwakilan pemuda yang hadir

SENARAI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN KAPAR 2008-2011

 

PENGERUSI TETAP          : Tuan Haji Samak Ahmad

TIM. PENGERUSI TETAP : Tuan Hj. Aziz Amer

 

KETUA BAHAGIAN            : YB Dato’ Haji Abdul Rahman Palil

TIM. KETUA BAHAGIAN   : Tuan Haji Faizal Abdullah

NAIB KETUA BAHAGIAN : Tuan Haji Md. Ghazali Mohd. Amin

 

AHLI JAWATANKUASA    : Sdr. Azhar Ayob

  Puan Basiah Masjudi

  Sdr. Hadzman Abd. Rahman

  Sdr. Tamyis Sujak

  Sdr. Mohamad Asri Ayob

 

  Sdr. Fauzi Md. Amin

  Sdr. Khairuddin Ghalip

  Sdr. Azhar Ahmad (Enjah)

  Sdr. Khairil Anuar Haji Rusman

  Sdr. Hamseh Mohd. Som

  Sdr. Haji Ismail Haji Noor

  Sdr. Khairul Anuar Saimun

 

  Sdr. Salam Osman

  Sdr. Rahim Sharuddin

  Puan Kamariah Ahmad

 

  Sdr. Mohd. Johan Jalil

  Sdr. Jasri Karim

  Sdr. Ahmad Sukamto Parto

  Sdr. Aripshah Hanid

  Sdr. Alias Ahmad

 

PEMERIKSA KIRA-KIRA  : Tuan Haji Md. Lani Abd Wahid

  Sdr. Yassin Idris

Selamat Berjuang – Moga allah SWT merestui perjuangan kita demi Agama, bangsa dan Negara.

MAT TAIB SAMPAIKAN SUMBANGAN HARI RAYA

September 24, 2008

DUN SEMENTA, 23 SEPTEMBER 2008 – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib telah meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran UMNO Bahagian Kapar di Galeri Sementa semalam.

 

Sempena majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Anak-anak Yatim, sumbangan kepada masjid dan surau di Parlimen Kapar dan penyampaian dana pinjaman kepada peminjam-peminjam TEKUN yang berjaya.  

 

Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan tersebut turut diisi dengan program Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Idris Mastor dan majlis berbuka puasa ini berakhir dengan solat tarawikh berjemaah oleh semua tetamu.