Archive for the ‘Pilihanraya’ Category

MEREKA DISEBUT-SEBUT….

April 27, 2012

Mereka disebut-sebut bakal memikul cabaran sebagai calon di DUN Meru dalam PRU13 akan datang….Mereka sekadar baru di SEBUT-SEBUT. Apapun hak dan keputusan akhir siapa bakal menjadi calon di sana akan ditentukan oleh YAB Perdana Menteri, selaku Presiden UMNO.

Selain mereka, ada nama-nama lain juga yang kedengaran. Soal ia atau tidak bukanlah hak kita untuk menentukan. Kita juga tidak berhak untuk mengatakan dia layak dan dia tidak layak. Yang pasti segala-galanya sudah menjadi ketentuan dari Allah. Allah akan ilhamkan kepada YAB Perdana Menteri untuk membuat pilihan. Peranan dan tanggungjawab kita sebagai pengundi….hanya memastikan sesiapa sahaja calon terpilih, mesti diberi undi…jangan sabotaj kawan-kawan sendiri. BN mesti menang di semua kerusi Parlimen Kapar pada PRU13. Sayangi Selangor, Yakini BN.

Advertisements

CALON-CALON PRU13

April 23, 2012

Galak benar para pengundi dan pemimpin tempatan membicarakan siapa bakal menjadi calon BN bagi DUN dan PARLIMEN dalam PRU13 yang semakin hampir. Masing-masing sibuk membuat percaturan. Masing-masing membawa nama-nama tertentu yang diharapkan boleh lekat sebagai calon. Masing-masing juga dikatakan sedang sibuk memasang ‘kabel’ kuat…sebagai laluan melobi untuk menjadi calon. Kesian kadang-kadang dengan orang-orang yang begini….macam tiada keyakinan dan istiqamah pada ketentuan. Kalau dah memang Allah kata ‘KUN…maka FAYAKUN…lah. Siapa yang memang Allah sudah tentukan, Insyaallah…, dialah calon yang Allah sudah tentukan, Namun Allah akan ilhamkan calun tersebut pada YAB PM, Insyaallah.

Tanggungjawab rakyat dan pengundi pula ialah menerima seadanya calun-calun yang sudah ditentukan. Janganlah cuba menolak sesuatu yang sudah ditentukan takdirnya. Yang paling penting…BN akan kembali di Selangor dan terus diberi mandat penuh oleh rakyat di Parlimen. Jasa BN sememangnya telah terbukti sekian lama. Sayangi Selangor, Yakini BN…!

BILA PRU13

April 22, 2012

Persoalan bila bakal diadakan PRU13 semakin menjadi bualan hangat rakyat Malaysia. Ada yang optimis mengatakan ia bakal diadakan pada bulan JUN 2012, memandangkan waktu tersebut merupakan cuti penggal persekolahan, jadi itulah masa yang paling sesuai, memandangkan kebanyakan pusat-pusat mengundi akan menggunakan sekolah.

Dalam keghairahan rakyat membicarakan soal tersebut, tiba-tiba ada pula negeri yang di kuasai oleh Pakatan Pembangkang yang tidak mahu membubarkan DUN dan melaksanakan PRU13 sekali dengan pihak persekutuan. Namun itu hak mereka, memandangkan tempoh matang kerajaan yang ada pada hari ini hanya akan tamat pada MAC 2013. Walaupun tindakan tersebut bakal menyusahkan orang ramai. Terpulang kepada rakyat untuk menilai pendirian tersebut. Yang pasti rakyat sudah boleh menilai…mana kaca…mana permata. SELAMAT MENGUNDI….

UNDI POS… APA MASALAHNYA..?

October 28, 2009

TENTERA MENGUNDI

Makin lama makin kronik pemikiran sebahagian ahli politik di Negara kita ni. Terutama bila muncul pilihanraya, tidak kiralah samada Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil.

Isu baru yang berbangkit dalam Pilihan raya Kecil baru-baru ini ialah mengenai Undi Pos. Ada parti politik yang mula membangkitkan isu bahawa sistem Undi Pos ini meragukan. Mereka mendakwa ada pihak lain yang membantu untuk memangkah kertas undi bagi pihak lain.

Malah ada dakwaan juga yang menyatakan yang kertas undi tersebut boleh ditambah, sedangkan SPR menetapkan setiap peti undi pos itu mesti disimpan di balai polis bagi memastikan keselamatannya.

Persoalannya, adakah tuduhan pihak-pihak ini sengaja dikemukakan bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan masyarakat kepada integriti pihak keselamatan?, atau mereka punyai agenda lain…?. Adakah kerana kita tewas, maka kita cuba mencari alasan untuk menutup kelemahan kita. Namun jika kita menang, kita diamkan sahaja. Bukan HIPOKRIT kah kita..?.

Rasa syak wasangka yang bersarang dalam diri sesetengah pihak ini menjadikan mereka seolah-olah hilang pedoman. Betul juga kata alim ulama’, syaitan sangat selesa bersarang di dalam hati orang-arang yang suka bersyak wasangka…!.

Sistem undi pos yang sudah diamalkan buat sejak dulu lagi, kaedahnya tetap sama dengan kaedah bila kita mengundi. Cuma biasanya undi pos ini khusus kepada anggota keselamatan. Mereka mengundi dalam kem atau tempat bertugas masing-masing, di satu tempat yang telah ditetapkan. Waktu proses mengundi terdapat wakil-wakil pemerhati dari parti-parti yang bertanding.

Untuk apa sebenarnya kita terlalu mempertikaikan keadaan yang memang telah sempurna dilaksanakan sekian lama. Adalah lebih baik jika kita memberi kepercayaan pada pihak yang lebih arif untuk melaksanakannya. Kita yakin saja pada Allah SWT, kalau memang kita jujur dan ikhlas, Allah SWT pasti beri balasan setimpal pada kita.

PAS FOR ALL…?

October 9, 2009

Kesempatan bertugas di PRK N31 Bagan Pinang, Port Dickson saya manfaatkan sepenuhnya untuk memantau beberapa ceramah anjuran PAS dan Pakatan Raykat pada setiap malam. Kesimpulannya, setiap ceramah hanya memutarkan isu lapuk yang lebih bertujuan untuk menimbulkan sentimen perkauman. Dari ceramah hinggalah ke poster-poster, sentiment perkauman menjadi agenda kempen PAS dan sekutunya.

Saya membuat rumusan, PAS semakin hilang jatidiri mereka, malah PAS kini sangat terpengaruh dengan elemen kempen yang membangkitkan sentimen perkauman. Saya yakin PAS semakin terpengaruh dengan cara PKR dan DAP.

Paling menariknya, ketika menghadiri satu ceramah anjuran DAP, ketika salah seorang penceramah dari DAP sedang menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat, tiba-tiba bangkit seorang cina penyokong DAP berseluar pendek dan memakai baju berlogo PAS lalu melaungkan ‘TAKBIR’, lalu disambut dengan semangat laungan ‘Allah Hu Akbar!.

Sekali pandang mungkin kita beranggapan laungan takbir itu sesuatu yang biasa dalam setiap ceramah PAS, namun yang menjadi persoalannya, laungan tersebut kini semakin sudah tidak bernilai atau kalimat yang disebut itu seolah-olah sudah tiada nilai kemuliaannya, apabila ia sudah menjadi satu budaya dan bahan sendaan serta boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja termasuk oleh orang kafir harbi sekalipun.

Adakah ini yang hendak kita katakan sebagai kejayaan PAS dalam memperjuangkan slogan barunya PAS FOR ALL yang bertujuan untuk memancing undi cina dan india bagi mengejar kuasa dunia yang tidak boleh dibawa kemati.

Ternyata itulah matlamat nombor wahid bagi PAS. Mereka sudah menutup buku MEMBANGUN BERSAMA ISLAM dan kini lebih ghairah bersama kafir harbi dalam PAS FOR ALL.

Moga Allah SWT terus memberi kekuatan dan petunjuk kepada UMNO untuk terus komited memperjuang dan mempertahankan Islam dibumi Malaysia ini.

BAGAN PINANG TRANFORMASI KEBANGKITAN UMNO/BN

October 8, 2009

ISA SAMAD
11 Oktober 2009 merupakan tarikh keramat yang bakal menentukan sejauh mana relevannya Tan Sri Isa Samad dalam kancah politik perdana tanahair. Bangkit dari kejatuhan yang pedih, Isa Samad masih tetap menjadi pilihan majority pengundi di DUN Bagan Pinang, bila namanya terus bermain dibibir pengundi sejak sebelum penamaan calon lagi.

Biarpun berbagai propaganda dilemparkan pada Isa Samad, namun ketokohan dan pengalamannya dalam sepak terajang politik tanah air menjadikannya beliau berjaya mendepani cabaran yang mendatang.

ceramah pas kosong
Isa dikatakan calon popular. Namun itu tidak menjadikan beliau alpa. Kempennya terus berjalan. Program ceramahnya dihadiri ribuan penyokong setianya di Bagan Pinang, menjadikan PAS lemas dan terdampar. PAS mula mencari helah di Bagan Pinang. Cuba menggunakan perintah mahkamah untuk menangguhkan pilihanraya ini. Kalau sebelum ini PAS rasa yakin disemua tempat dan tidak terfikir untuk menangguhkan hari pengundian, namun kali ini, PAS seperti terkencing-kencing mencari pengaruh. Namun yang nyata kemerosotan PAS semakin ketara. Program-program ceramahnya semakin dipandang sepi dan jijik oleh penduduk di Bagan Pinang, kerana mereka sudah menduga, isu apa yang akan mereka bawa. Tentunya isu-isu lama yang diulang-ulang tayang. Jelaslah PAS tak punyai isu untuk diketengahkan. Lebih-lebih lagi dengan reputasi PAS yang dianggap menjadi BONEKA DAP terutamanya di Perak dan Selangor.

Lebih parah lagi, jelas calon PAS di Bagan Pinang menjadi mangsa sabotaj ahli-ahli pas di Bagan Pinang, kerana dikhabarkan, beliau bukan anak tempatan dan datang dari luar Bagan Pinang. Lebih-lebih lagi beliau dianggap calon recycle yang pernah 3 kali kalah dalam pilihanraya sebelum ini. Persoalannya…, adakah kerana PAS tidak yakin menang, lalu sengaja meletakkan calon yang lemah dalam Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang ini.

BN di PD
Yang jelas dari pemerhatian dan tinjauan di lokasi-lokasi ceramah, ternyata N31 DUN Bagan Pinang inilah bakal menjadi kayu pengukur kepada kebangkitan semula UMNO dan Barisan Nasional. Keyakinan dan kesungguhan rakyat semakin jelas kelihatan. Sokongan padu rakyat semakin mantap dan ternyata Gagasan 1Malaysia semakin difahami dan mengalir dalam setiap sanubari rakyat, khususnya dalam kalangan warga Bagan Pinang.

Ternyata pendekatan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak amat disenangi rakyat sekeluruhannya. Inilah petanda kerajaan semakin mengukuh, UMNO/BN kembali bangkit untuk terus memimpin Negara keera lebih gemilang. Kita nantikan PRU 13 yang akan menggegarkan Pakatan rakyat.

PEMUDA KAPAR HEBAT

January 6, 2009
Sebahagian Pemuda UMNO Bahagian Kapar di penamaan Calon P036 Kuala Terengganu

Sangat rasa bangga melihat kelibat gerombolan Kumpulan Suara Baru Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar yang gagah menjulang bendera UMNO dan Barisan Nasional dalam kelompok ribuan penyokong BN sempena majlis penamaan calon Pilihanraya Kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Dalam ribuan bendera UMNO, BN dan parti komponen, Pemuda Kapar gagah mengibar bendera negeri Selangor dengan dikelilingi bendera UMNO dan BN.

Sediaaaaaaa....GEMPURRRRRRRRR.....

Sediaaaaaaa....GEMPURRRRRRRRR.....

Bersama slogan Suara Baru dan Pemuda Berani, jelas membuktikan memang Pemuda Kapar berani berdepan cabaran dalam apa jua situasi. Tahniah kepada Sdr. Rosli Hamid yang tabah memimpin pemuda walaupun ada ketikanya ditohmah dan diperkecilkan. Namun, ternyata segalanya bukan melemahkan semangat, malah tambah meningkatkan semangat juang Pemuda UMNO Bahagian Kapar.

Syabas dan teruskan perjuangan, kerana perjuangan kita ini merupakan satu jihad demi Agama, Bangsa dan Negara.

SAYA DI KUALA TERENGGANU

December 26, 2008

Assalamualaikum,

Kuala Terengganu membangun dibawah Barisan Nasional

Kuala Terengganu membangun dibawah Barisan Nasional

Buat teman-teman di UMNO Bahagian Kapar dan rakan-rakan blogger. Saya mohon maaf kerana agak lama saya tidak berkesempatan untuk membuat up-date blog ini. Saya tidak berkesempatan sekarang ini, kerana saya telah diarahkan untuk bertugas di Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, sehingga 18 Januari 2009.

 

Insyaallah, selepas selesai tugasan saya nanti, saya akan kembali seperti biasa bersama-sama rakan-rakan sekalian di blog bicarakapar2. Doakan saya Berjaya laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi Kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional.

Terima Kasih.