Archive for the ‘Isu’ Category

BILA PRU13

April 22, 2012

Persoalan bila bakal diadakan PRU13 semakin menjadi bualan hangat rakyat Malaysia. Ada yang optimis mengatakan ia bakal diadakan pada bulan JUN 2012, memandangkan waktu tersebut merupakan cuti penggal persekolahan, jadi itulah masa yang paling sesuai, memandangkan kebanyakan pusat-pusat mengundi akan menggunakan sekolah.

Dalam keghairahan rakyat membicarakan soal tersebut, tiba-tiba ada pula negeri yang di kuasai oleh Pakatan Pembangkang yang tidak mahu membubarkan DUN dan melaksanakan PRU13 sekali dengan pihak persekutuan. Namun itu hak mereka, memandangkan tempoh matang kerajaan yang ada pada hari ini hanya akan tamat pada MAC 2013. Walaupun tindakan tersebut bakal menyusahkan orang ramai. Terpulang kepada rakyat untuk menilai pendirian tersebut. Yang pasti rakyat sudah boleh menilai…mana kaca…mana permata. SELAMAT MENGUNDI….

Advertisements

KHUSRIN GEGAR NEGERI SELANGOR

January 6, 2011

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA.

Kembali bersua pada tahun 2011. Sebenarnya saya dah agak melempam nak menulis di blog, kerana lebih melayani FB. Tetapi menjelang saja 2011…seronok pula mengikuti perkembangan isu perlantikan SUK Selangor yang baru, Dato’ Hj. Khusrin Munawi. Semua orang bercakap…isi percakapan jangan kiralah…ada yang betul…tetapi banyak yang dangkal dan emosi.

Dato’ Khusrin, bekas Pengarah JAIS/Setiausaha MAIS antara yang terbaik pernah dimiliki oleh jabatan itu. Beliaulah orangnya yang berjaya memperjuangkan penstrukturan perjawatan di JAIS dari pihak JPA. Sumbangan inilah telah memberi manfaat kepada ramai kalangan guru-guru JAIS yang berpeluang naik pangkat, memandangkan sebelum ini kenaikan pangkat sangat terhad, gara-gara ketiadaan post bagi kenaikan pangkat tersebut…berlanjutan hampir belasan tahun.

Namun pengaruh dan kekuatan yang Dato’ Khusrin miliki, nikmat ini telah berubah. Guru-guru JAIS mesti tahu perkara ini, jangan sekadar berjaya mendapatkan pangkat tanpa mengambil kira ia dari usaha dan perjuangan siapa.

Dato’ Khusrin sememangnya layak naik pangkat dan dilantik sebagai SUK Selangor. Tetapi kenapa Mb dan beberapa konco-konconya marah dan menolak perlantikan Dato’ Khusrin. Mereka tidak punya alasan kukuh sebenarnya untuk menolak Khusrin, mereka hanya punya alasan POLITIK sahaja. Mereka mula meroyan mengatakan Khusrin proksi UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Bagi saya Khalid Ibrahim dan sekutu-sekutunya perlu lebih rasional. Kalau hanya Khusrin seorang, beliau tidak mampu untuk menggugat sebuah kerajaan. Jatuh bangun sesebuah kerajaan ditentukan oleh rakyat yang memilih melalui pilihan raya umum, bukan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri seperti Khusrin. Khusrin hanya punya satu undi sahaja, tidak mampu mengubah apa-apa keadaan. Khusrin tidak berhak untuk mengarah dan menentukan seluruh kakitangan awam negeri Selangor untuk mengundi menolak Pakatan Rakyat. Lagipun undi mereka rahsia. Khusrin sendiri tidak tahu mereka mengundi siapa.

Jadi bagi saya.., kalaulah memang MB Selangor dan sekutunya menolak Khusrin, cuba berikan alasan-alasan yang benar-benar kukuh yang tiada kaitan dengan elemen-elemen politik. Khusrin mampu membina sebuah pentadbiran kerajaan yang lebih baik, telus dan jujur. Ketegasan beliau penting ke arah membantu menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri maju dan berkebajikan. Tetapi nampaknya KETEGASAN yang dimiliki oleh Khusrin itu, mungkin menjadi batu penghalang kepada Kerajaan negeri Selangor. Jadi…., apa agenda sebenar pimpinan Khalid Ibrahim, EXCO dan konco-konco Pakatan Rakyat. Rakyat boleh fikirkan agenda tersembunyi tersebut.

FAHAMI PROFESIONALISMA PENJAWAT AWAM !

NIZARRRR….LU SAPA…???

February 12, 2010

Alloooooooooo… Nizar Jamaluddin, sedar diri sikit…, Lu sapa di Perak. Lu bukan MB…Lu bekas MB paling singkat dalam sejarah Malaysia. Lu bagi syarat…diulang…Lu bagi syarat nak kerjasama dengan BN…??? Please…jangan buat lawak sangat, Lu ni…ada pun tak menambah, takde pun tak mengurang. Tanpa Lu ngan konco-konco lu yang lain pun BN boleh buat kerja lebih baik dari Lu orang ada tau…!

So…, kalau lu nak tolong BN…lu boleh tolong. Kalau lu rasa tak mahu nak tolong, ada ker BN kisah sangat. BN pun tak kan kisah punya. Cuma ingatan pada lu Nizar, sudah-sudahla…tolong jangan buat hal lagi bersidang bawah pokok…rakyat pakat gelak, macam cerita P. Ramlee la pulak. Please…kami kesian tengok korang pakai blazer cantik-cantik, berpeluh-peluh bawah pokok bersidang. Lagi kesian Sivakumar, siap berjubah speaker lagi.

Dah la tu…boleh tak tolong jangan buat lawak bodoh lagi….! Paling penting…, bagi tau kawan-kawan lu. Lu pembangkang di Perak…diulang PEMBANGKANG di Perak. Lu semua sudah kalah. Kalau lu nak menang bicara, Lu buatlah mahkamah sendiri, lepas tu lu semua jadi hakim. Comfirm apa benda bicara pun lu mesti memang…!

GEMPAR! RANCANGAN JAHAT PKR ESOK SEMASA KES LIWAT BERJALAN! MESTI BACA DAN EDARKAN DENGAN SEGERA!

February 2, 2010

(Dipetik dari : http://parpukari.blogspot.com)

Saya baru dikhabarkan oleh seorang sahabat dari PKR bahawa malam tadi lebih kurang jam 8.30 malam, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman Anwar Ibrahim. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja semasa bicara kes LIWAT Anwar dijalankan.

Yang mempengerusikan mesyuarat ini adalah Datin Seri Wan Azizah sendiri dan di antara orang yang hadir adalah Shamsul Iskandar, berikut adalah tindakan-tindakan yang akan dibuat sepanjang perbicaraan ini berlangsung:

1.Esok Karpal Singh akan memohon supaya Dato Seri Najib dan Datin Seri Rismah disapina sebagai saksi ke dalam kes Liwat ini (apa kena mengena mereka berdua dalam kes ini?)

2.Esok mereka akan menggunakan orang-orang mereka untuk membuat kacau bilau, bukan rakyat tetapi orang-orang upahan mereka yang akan membuatnya, tujuan mereka supaya mereka boleh memancing polis, bila berlaku kekasaran dan ini sekaligus akan membuat orang ramai simpati kerana polis bertindak ganas!

3. Shamsul Iskandar telah dilantik sebagai ‘field commander’! Esok misi provokasi pertama menentang polis akan dimulakan! Ini baru permulaan, mereka akan menggunakan lebih ramai orang lagi supaya ianya nampak lebih gah! Mereka juga akan mengadakan pelbagai jenis perhimpunan sepanjang perbicaraan kes ini!

Maka pesan saya kepada sesiapa yang patut, berhati-hatilah, musuh dalam negara ini sudah diaturkan untuk menggunakan taktik jahat, saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengenai hal ini!

Saya minta jasa baik rakan bloggers semua supaya edarkan artikel ini tak kira dalam FB atau Twitter atau mana-mana saja, suapay kita tidak tertipu dengan mainan mereka ini lagi!

Juga baca disini tentang isu yang sama dan amaran polis mengenai perhimpunan haram esok!

SAMA RATA SAMA RASA, DEPAN BELAKANG SAMA SAJA!

PAS…YANG BUSUK…!!!

February 2, 2010


Berarak dan terjerit-jerit di jalanan dengan laungan TAKBIR menjadi kebanggaan PAS yang sentiasa merasakan merekalah pejuang Islam sebenar. Lebih-lebih lagi dengan fatwa Pak Gurunya yang memberikan harapan bahawa syurga sebagai balasan kepada setiap ahlinya, menjadikan PAS dilihat seolah-olah suci benar perjalanan politik mereka.

Suara teguran PAS juga lantang menghina, mengkritik dan melemparkan berbagai-bagai tuduhan kepada seteru politik mereka yang sebangsa dan seagama. Segala keburukan tanpa mengenal lagi dosa dan sebagainya. PAS menegur, seperti mereka adalah semulia-mulia golongan yang tak pernah terlibat dengan segala bentuk kemungkaran di dunia ini.

PAS memang cerdik menutup kemaluan mereka. Dalam cemuhan yang dilemparkan, mereka menutup banyak bangkai gajah dengan suara takbir, serban, janggut putih, jubah dan berbagai-bagai lagi hingga ke seluar dalam. Tetapi…benarlah kata orang, bangkai gajah manakan boleh ditutup. Satu masa baunya pasti dihidu orang.

Malah betul juga kata orang. PAS ibarat seekor kambing jantan yang memperlekehkan seekor ayam jantan. Kata kambing, “Wahai ayam jantan, kau punya balung dan taji yang cantik, tapi sayang kau suka berak merata-rata”. Maka jawab si ayam jantan, “ Sudahlah ko kambing (PAS), kau lagi hipokrit, berjanggut putih seperti alim, tetapi merayau-rayau tak pakai seluar…, nampak telur kau terjuntai-juntai”.

Buktinya PAS bersama sekutu-sekutunya melabel parti lain sebagai KRONI….tapi rupa-rupanya PAS pun sama, Pak Guru Kroniiiii…., PAS juga makin jadi boneka…pemimpin tidak dibenarkan mengkritik rakan kongsi, walaupun mereka berbuat mungkar…diam membisu…yang penting dapat kuasa…cakap banyak tentu pemimpin PAS kena tindakan disiplin.

PAS juga sudah semakin lupa dengan perjuangan Islamnya. Pemimpin mereka tak sehaluan dalam isu kalimah ALLAH. Ada yang berani mempertahankan…syabas…tapi ramai juga yang menyokong dan diam membisu…, kenapa agaknya…simple…biar gadai agama sikit-sikit, yang penting undi dalam pilihan raya…kuasa lebih penting dari mempertahankan Islam. Malah ada juga pimpinan PAS yang kata…beberapa perkataan yang diputuskan oleh majlis Agama Islam tidak boleh digunakan oleh agama lain…dianggap KUNO dan ketinggalan zaman….bangga benar penyokong PAS menyokong pemimpin ini….TAKBIRRRR…!

Itulah BUSUKnya PAS. Agaknya mereka dah mula lupa atau saja buat-buat lupa, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (al-Hujrat).

PAS harus berfikir semula kewajaran mereka dalam Pakatan Rakyat. PKR dan DAP berjaya mempergunakan PAS sepenuhnya untuk kepentingan mereka. PAS dipijak semaunya. Kejayaan memijak PAS bererti kejayaan mereka memijak orang Islam. PAS mesti memulakan hidup baru sama ada bersendirian atau bersama UMNO. Mereka punyai nama yang berbeza, namun agenda Melayu dan Islam tetap menjadi nombor wahid dalam perjuangan.

SURAT MEROYAN NIK AMALINA NIK AZIZ (ISTERI ARIFFAHMI – CEO PMBK)

December 31, 2009

Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan. Sila baca.

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.

Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.

Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri…

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…

SEMUA KENA BATANG HIDUNG PAS

December 29, 2009

PAS bukan lagi sudah terduduk, tetapi PAS sudah tersungkur dan mencungap-cungap meladeni balasan Allah SWT satu persatu. Semua tohmahan dan tuduhan PAS yang mengaku sebagai pejuang Islam tulen Allah sedang kembalikan satu persatu. Maka berhempas pulas dan bertungkus lumuslah juak-juak PAS yang taksub cuba mempertahankan kedudukan pemimpin ULARMAK mereka, agar ia dilihat terus suci dimata penyokong PAS mahupun umat islam dan bangsa Melayu. Namun bangkai gajah memang sukar untuk ditutup. Rakyat sudah semakin meluat dengan karenah dan perangai sebahagian pemimpin PAS yang sudah semakin lupa diri.

Kalau dulu PAS taksub dengan AMANAT pemimpinnya yang melabel UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan parti kafir, nampaknya hari ini tak salah kalau kita labelkan PAS juga sebagai kafir, kerana mereka turut bersekongkol dengan parti kafir yang terang-terang menolak Islam, kecuali jika PAS sanggup melangkah mayat pemimpin kafir tersebut.



Kalau dulu PAS galak membicarakan soal kroni. Rupanya dalam diam ULARMAKnya lagi besar mengamalkan kronismanya. PAS tak mampu nak sorok lama-lama, akhirnya ahli PAS sendiri yang membocorkan. Terkial-kial PAS cuba menutup bangkai busuk yang dah pecah. Semua orang dah tau, tapi…biasalah, manusia yang ada kuasa banyak…bukan senang-senang nak letak jawatan…kena tangguh 2-3 bulan. Orang lain jangan menyibuk, kroni ni menantu Pak Guru Besar….

PAS juga semakin mewah, nak tunai haji berebut-rebut syarikat nak taja menunaikan haji (istilah PAS beri hadiah). Itu tidak dikira rasuah sebab orang beri hadiah. Maka berusahalah juak-juak PAS cari dalil yang sesuai fasal HADIAH…untuk cover ULARMAK mereka.

ULARMAK PAS tarafnya macam wali, selipar pun jadi rebutan pengikut. Maklumlah nak dapat berkat dari selipar Pak Guru. Kesian pengikut taksub…bengong dah….selipar pun jadik.

Maka akan marahlah ULARMAK PAS kalau tuntutannya tidak dipenuhi, ULARMAK ini mampu mendoakan kehancuran orang lain. Jadi pengikut jangan cakap banyak takut nanti ULARMAK ini mendoakan perkara buruk untuk pengikutnya. Rasullullah lagi teruk dianiayai oleh kafir Quraisy, tapi baginda tak pernah mendoakan yang buruk pada mereka. Ya…la…berbeza…Rasullullah insan Maksum…ULARMAK manusia biasa. Makin banyak berdoa fasal kemusnahan orang lain….tapi ULARMAK pulak yang kerap menghuni hospital…terbalik la pulak….


Paling menjadi rebutan pada PAS sekarang ialah untuk memastikan penyokong dan pengikut PAS segera dapat mengkonformkan diri mereka sebagai calon syurga, kerana itu yang telah diwar-warkan oleh ULARMAK besar PAS.

Akhirnya baru-baru ini, PAS yang sibuk menentang rakan seperjuangan Islam yang lain, tiba-tiba muncul pula kumpulan yang mengaku penyokong PAS bangkit dan menentang PAS supaya segera meninggalkan Pakatan yang kerjanya menipu umat Islam, Melayu dan rakyat Malaysia. Kesian PAS…terkial-kial nak menjawab desakan penyokongnya sendiri.

Betul juga kata bijak pandai, “Setia biar berpada, banyakan bertawakal dan berijtihad kepada Allah SWT, Moga Allah pasti akan beri petunjuk pada umatnya”, Insyaallah.

DR. ASRI – TAULIAH ATAU BALAS DENDAM

November 3, 2009

US. ASRI PERLIS

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin yang ditahan oleh JAIS gara-gara memberikan ceramah tanpa tauliah, gagal didakwa di Mahkamah Syariah Gombak, walaupun beliau telah diarahkan untuk hadir oleh pihak JAIS.

Episod cerita penangkapan Dr. Mohd. Asri seolah-olah ada cerita lain yang sedang dipandu di belakang JAIS. Soal siapa yang menjadi pemandu kepada cerita tersebut, tentunya masih belum dapat dipastikan. Yang pasti tentu ada pihak yang sedang tersenyum dan ketawa besar melihat babak pertama drama penangkapan Dr. Mohd Asri diharap mampu menjatuhkan reputasi seorang tokoh ulama’ muda yang dilihat berkemampuan untuk menggugat individu lain yang merasakan diri mereka ulama’ tersohor.

Dr. Mohd. Asri yang pernah dilabel sebagai ‘syaitan’ oleh salah seorang ustaz politik satu masa dulu, dilihat oleh sesetengah pihak juga sebagai mangsa konspirasi. Kelantangan dan ketegasan Dr. Mohd Asri mengkritik pendekatan politik sesetengah pihak juga menjadikan beliau dimusuhi oleh sesetengah pemimpin politik yang bergelar ustaz. Nasib  Dr. Asri hampir sama seperti yang dilalui oleh seorang tokoh pendakwah bebas, Dr. Riduan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan di Universiti Pertahanan Nasional, yang dihentam gara-gara menegur dan mengkritik satu pertubuhan politik.

Dr. Mohd. Asri sudah berada dalam kancah perdana lingkaran budaya kotor pengamal politik ekstrem. Kelompok ini hanya melihat kepentingan kelompok dan peribadi harus menjadi nombor wahid. Mereka juga jenis tergamak melakukan apa sahaja untuk menghancurkan setiap tembok dan petualang yang cuba untuk mengganggu gugat. Bukan sahaja Dr. Asri, tetapi sesiapa sahaja yang cuba mengkritik kelompok ini, mereka harus berhati-hati, kerana golongan ekstrim ini tidak pernah kesal atas apa yang mereka lakukan. MEREKA LEBIH MENGUTAMAKAN KEPUASAN, KERANA MEREKA PUNYAI AGENDA YANG SUKAR DIBENDUNG…!

OH POLITIK…!

October 30, 2009

oh politik3Situasi politik dalam negara makin bercelaru. Bermula dengan kejutan dari Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan PAS mengadakan EGM Khasnya bagi membuang beberapa pemimpinnya yang dianggap bermasalah dan kuat menyokong idea Kerajaan Perpaduan. Pimpinan PAS jadi tidak menentu, hingga akhirnya membawa kepada mesyuarat khas bagi membincangkan perkara tersebut. Mesyuarat tersebut memutuskan untuk menolak mengadakan EGM dan akan diadakan satu seminar khas PAS bagi memperbaiki perjalanan PAS.

oh politik1
Dalam kekalutan PAS menangani konfliknya, berlaku pula dua persidangan dalam satu di DUN Perak. Sidang DUN Perak hampir kecoh, apabila pihak pembangkang turut mengambil kesempatan mengadakan sidang DUN mereka, ketika pihak kerajaan berhenti rehat. Bagi pemerhati politik, sikap kebudak-budakan pihak pembangkang di Perak ini membuktikan pembangkang seolah-olah hilang arah dan pedoman gara-gara kehilangan kuasa, walaupun mereka sedar, sidang yang mereka lakukan itu, merupakan sidang DUN sia-sia…!


oh politik2Belum reda dengan kekalutan pimpinan PAS dan kerenah pembangkang di Perak, ADUN Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah dari PKR, mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN, gara-gara hilang kepercayaan terhadap pimpinan PKR terutamanya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dianggap seorang pemimpin yang tidak bermoral dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang banyak menyusahkan dan membelakangkan beliau.

Kemelut politik yang sedang bergelora dalam kem pembangkang tentunya menjadi kayu pengukur kepada rakyat untuk menilai sejauh mana kemampuan pakatan pembangkang mentadbir. Bagi rakyat yang sudah cukup matang dalam sebuah negara Merdeka ini, mereka tentunya mampu melihat dengan jelas, mana kaca dan mana permata.

UNDI POS… APA MASALAHNYA..?

October 28, 2009

TENTERA MENGUNDI

Makin lama makin kronik pemikiran sebahagian ahli politik di Negara kita ni. Terutama bila muncul pilihanraya, tidak kiralah samada Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil.

Isu baru yang berbangkit dalam Pilihan raya Kecil baru-baru ini ialah mengenai Undi Pos. Ada parti politik yang mula membangkitkan isu bahawa sistem Undi Pos ini meragukan. Mereka mendakwa ada pihak lain yang membantu untuk memangkah kertas undi bagi pihak lain.

Malah ada dakwaan juga yang menyatakan yang kertas undi tersebut boleh ditambah, sedangkan SPR menetapkan setiap peti undi pos itu mesti disimpan di balai polis bagi memastikan keselamatannya.

Persoalannya, adakah tuduhan pihak-pihak ini sengaja dikemukakan bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan masyarakat kepada integriti pihak keselamatan?, atau mereka punyai agenda lain…?. Adakah kerana kita tewas, maka kita cuba mencari alasan untuk menutup kelemahan kita. Namun jika kita menang, kita diamkan sahaja. Bukan HIPOKRIT kah kita..?.

Rasa syak wasangka yang bersarang dalam diri sesetengah pihak ini menjadikan mereka seolah-olah hilang pedoman. Betul juga kata alim ulama’, syaitan sangat selesa bersarang di dalam hati orang-arang yang suka bersyak wasangka…!.

Sistem undi pos yang sudah diamalkan buat sejak dulu lagi, kaedahnya tetap sama dengan kaedah bila kita mengundi. Cuma biasanya undi pos ini khusus kepada anggota keselamatan. Mereka mengundi dalam kem atau tempat bertugas masing-masing, di satu tempat yang telah ditetapkan. Waktu proses mengundi terdapat wakil-wakil pemerhati dari parti-parti yang bertanding.

Untuk apa sebenarnya kita terlalu mempertikaikan keadaan yang memang telah sempurna dilaksanakan sekian lama. Adalah lebih baik jika kita memberi kepercayaan pada pihak yang lebih arif untuk melaksanakannya. Kita yakin saja pada Allah SWT, kalau memang kita jujur dan ikhlas, Allah SWT pasti beri balasan setimpal pada kita.