KATANYA ISU INI PANASSSSSSSSS….!

NOH OMAR : Ketua UMNO Bahagian Yang Kalah Di Minta Beri Laluan Pada Muka Baru

Ketua-ketua UMNO Bahagian di Selangor yang gagal membawa kemenangan kepada parti dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) dinasihatkan agar berundur bagi memberi laluan kepada muka-muka baharu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin baharu membuktikan kemampuan mereka untuk memimpin, seterusnya membawa parti ke arah masa depan yang lebih baik.

“UMNO bukan kepunyaan ketua-ketua bahagian. Sebagai ketua bahagian, kepimpinan kita adalah setakat untuk memajukan UMNO dan memastikan kejayaan kepada parti.

“Pada pandangan saya, kalau jadi ketua bahagian dalam banyak penggal sekali pun tetapi tidak mampu beri kemenangan kepada parti, apa guna jadi pemimpin… berilah peluang kepada orang lain dengan idea-idea baharu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pengunduran secara terhormat perlu bagi memastikan kesinambungan perjuangan parti dapat diteruskan pada masa depan.

Pada masa sama, Noh turut menyatakan janjinya untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan Ketua Bahagian UMNO Tanjong Karang sekiranya keputusan pilihan raya umum pada penggal seterusnya tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Saya telah diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Saya janji jika BN kalah lagi di Selangor, saya akan letak jawatan… tak perlu orang suruh.

“Saya kena beri peluang kepada muka baharu, ini soal prinsip. Pemimpin datang dan pergi, yang paling penting, parti perlu ada kesinambungan. Jangan sebab pemimpin, parti rosak, parti tidak mampu menang dan ditolak oleh rakyat,” tegasnya.

*Dipetik dari Blog Pendekar Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: