INTERLOK – MANGSA MANUSIA TIDAK BERILMU

INTERLOK karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain telah ditulis kira-kira 40 tahun yang lalu. Kalaulah waktu novel tu diterbitkan ada seorang bayi yang lahir, maknanya umur bayi itu sekarang sudah mencecah 40 tahun. Ketika diterbitkan dulu, tidak pernah ada pihak yang mempertikaikan, malah memprotes novel tersebut. Tiba-tiba hari ini, ada sekumpulan pihak yang tidak berpuas hati dengan novel tersebut lalu membakarnya dengan alasan novel Interlok mengandungi unsur-unsur rasis yang menyentuh mengenai masyarakat India. Antara yang dipertikaikan kerana di novel tersebut terdapat perkataan ‘pariah’ dan ‘kasta’ yang dikatakan sangat sensitif bagi kalangan masyarakat India. Cuma persoalannya, adakah ia benar-benar rasis, atau yang membacanya sekadar membaca perkataan tersebut tanpa dibaca dari mula atau ayat sebelumnya. Rasiskah sangat bila perkataan itu disebut, sedangkan dikatakan jika mengikut sejarah, kedua-dua perkara tersebut merupakan salah satu budaya yang berlaku di negara India…?

Seperkara jelas yang ingin saya kongsikan di sini ialah, bagi saya pihak-pihak yang memprotes lalu membakar buku itu adalah golongan yang tidak berilmu. Memang mudah, bila marah dengan kandungan buku, lalu kita membakarnya. Tetapi bagi seorang yang bijak dan berilmu, adalah lebih baik jika kita mendapati kandungan sesuatu buku itu mungkin meragukan, ia harus dijawab juga secara ilmiah, melalui penulisan buku juga. Jika ini diamalkan, ia akan melahirkan satu perdebatan yang lebih bijaksana, di samping mampu memperbanyakkan bahan bacaan dan penulisan untuk perbandingan masyarakat di negara ini.

Malah bagi sebahagian besar murid sekolah yang berada di tingkatan 5, dan menjadikan novel ini sebagai bahan pembelajaran, mereka mengatakan bahawa orang yang membakar buku tersebut sebagai lemah fikirannya, kerana tidak membaca dan memahami apa sebenarnya maksud yang ingin disampaikan oleh penulis dalam perjalanan penceritaan buku tersebut. Lebih-lebih lagi penulis novel ini bukanlah calang-calang hebat, beliau seorang Sasterawan Negara yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi.

Apa pun, itulah masalah yang perlu kerajaan dan kita hadapi bersama dalam menangani kedangkalan sebahagian masyarakat kita yang tidak faham, tetapi berlagak seperti hero. Era Sivaji The Bos tidak mungkin berlaku di negara kita, kerana kita punyai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Elakkan mencipta publisiti murahan, kerana ia mampu memakan diri sendiri. Jangan korbankan nilai-nilai dan etika kemajmukan masyarakat negara kita ini. Fahami dan terima kepelbagaian masyarakat di sekeliling kita sebagai satu keunikan dan kekuatan kita untuk membina sebuah negara yang berjaya dan maju menjelang tahun 2020.

Ayuh..!!! bangkitlah rakyat Malaysia dan warga Kapar khususnya. Masa kita semakin suntuk. Bergabung dan bentuklah kekuatan sebenar untuk menyingkirkan kalangan mereka yang menjadi parasit dan perosak negara…Allah Hu Akbar…!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: