KHUSRIN GEGAR NEGERI SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA.

Kembali bersua pada tahun 2011. Sebenarnya saya dah agak melempam nak menulis di blog, kerana lebih melayani FB. Tetapi menjelang saja 2011…seronok pula mengikuti perkembangan isu perlantikan SUK Selangor yang baru, Dato’ Hj. Khusrin Munawi. Semua orang bercakap…isi percakapan jangan kiralah…ada yang betul…tetapi banyak yang dangkal dan emosi.

Dato’ Khusrin, bekas Pengarah JAIS/Setiausaha MAIS antara yang terbaik pernah dimiliki oleh jabatan itu. Beliaulah orangnya yang berjaya memperjuangkan penstrukturan perjawatan di JAIS dari pihak JPA. Sumbangan inilah telah memberi manfaat kepada ramai kalangan guru-guru JAIS yang berpeluang naik pangkat, memandangkan sebelum ini kenaikan pangkat sangat terhad, gara-gara ketiadaan post bagi kenaikan pangkat tersebut…berlanjutan hampir belasan tahun.

Namun pengaruh dan kekuatan yang Dato’ Khusrin miliki, nikmat ini telah berubah. Guru-guru JAIS mesti tahu perkara ini, jangan sekadar berjaya mendapatkan pangkat tanpa mengambil kira ia dari usaha dan perjuangan siapa.

Dato’ Khusrin sememangnya layak naik pangkat dan dilantik sebagai SUK Selangor. Tetapi kenapa Mb dan beberapa konco-konconya marah dan menolak perlantikan Dato’ Khusrin. Mereka tidak punya alasan kukuh sebenarnya untuk menolak Khusrin, mereka hanya punya alasan POLITIK sahaja. Mereka mula meroyan mengatakan Khusrin proksi UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Bagi saya Khalid Ibrahim dan sekutu-sekutunya perlu lebih rasional. Kalau hanya Khusrin seorang, beliau tidak mampu untuk menggugat sebuah kerajaan. Jatuh bangun sesebuah kerajaan ditentukan oleh rakyat yang memilih melalui pilihan raya umum, bukan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri seperti Khusrin. Khusrin hanya punya satu undi sahaja, tidak mampu mengubah apa-apa keadaan. Khusrin tidak berhak untuk mengarah dan menentukan seluruh kakitangan awam negeri Selangor untuk mengundi menolak Pakatan Rakyat. Lagipun undi mereka rahsia. Khusrin sendiri tidak tahu mereka mengundi siapa.

Jadi bagi saya.., kalaulah memang MB Selangor dan sekutunya menolak Khusrin, cuba berikan alasan-alasan yang benar-benar kukuh yang tiada kaitan dengan elemen-elemen politik. Khusrin mampu membina sebuah pentadbiran kerajaan yang lebih baik, telus dan jujur. Ketegasan beliau penting ke arah membantu menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri maju dan berkebajikan. Tetapi nampaknya KETEGASAN yang dimiliki oleh Khusrin itu, mungkin menjadi batu penghalang kepada Kerajaan negeri Selangor. Jadi…., apa agenda sebenar pimpinan Khalid Ibrahim, EXCO dan konco-konco Pakatan Rakyat. Rakyat boleh fikirkan agenda tersembunyi tersebut.

FAHAMI PROFESIONALISMA PENJAWAT AWAM !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: