Archive for January, 2011

PILIHAN RAYA KECIL @ BUBAR DUN

January 27, 2011

Kerajaan PKR Selangor menuntut agar SPR mengadakan Pilihan raya Kecil DUN Pelabuhan Klang, setelah Speaker DUN Selangor mengisytiharkan kerusi DUN tersebut kosong gara-gara kegagalan Adunnya gagal hadir selama 6 bulan dalam persidangan DUN Selangor. Nampaknya beria-ia sangat kerajaan PKR Selangor mahukan Pilihan raya Kecil itu….!

Dalam waktu yang sama, ada pihak pula yang mahu DUN Selangor dibubarkan dan diadakan semula pilihan raya negeri gara-gara kegagalan Kerajaan PKR mendapatkan sokongan 2/3 dalam sidang Khas DUN untuk meminda Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor. Tuntutan itu dibuat memandangkan ia secara tidak langsung menjatuhkan maruah dan wibawa kerajaan negeri dalam mendapatkan sokongan DUN Selangor. Maka kerajaan negeri dilihat perlu ‘gentleman’ dan bukan ‘Gentelman” dalam menangani kemelut ini, jika mereka tidak mahu menanggung kemaluan yang lebih besar….!

Biar mereka pilih…GENTLEMAN….atau menanggung KEMALUAN yang lebih besarrrrrrrr….!

Advertisements

PERINGATAN : PEJUANG BANGSA SUDAH BANGKIT…!

January 25, 2011


Sekadar mengingatkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor…! Jangan keterlaluan berpolitiking..! Jangan keterlaluan menderhaka kepada Raja..! Jangan keterlaluan bermain dengan api perkauman..! Peringatan juga untuk pemimpin PR…jangan digadaikan maruah diri dan memperbodohkan diri demi kuasa. Kawal maruah diri kalian demi agama, bangsa dan negara.

Pejuang sudah bangkit untuk mempertahankan kesucian agama, bangsa dan negara. Pejuang rela mengorbankan segala-galanya demi kesejahteraan sejagat. Pejuang berdiri teguh mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Ayuh bersama berganding bahu…berjuang demi kesejahteraan dan ancaman musuh negara yang gilakan kuasa…!

HAMIDZUN LETAK JAWATAN…!

January 19, 2011

Hamidzun Khairuddin yang dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Kapar sejak 2008 yang lalu telah meletak jawatan dan menyerahkan semula jawatan tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian Kapar, Dato’ Haji Abdul Rahman Palil. Perletakan jawatan Hamidzun berkuat kuasa serta-merta selepas beliau mengumumkan dalam Mesyuarat Penuh AJK UMNO Bahagian Kapar pada 18 Januari 2011.

Perletakan jawatan tersebut dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian terhadap tugas barunya secara sepenuh masa di Badan Perhubungan UMNO Selangor dan sebagai Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Hamidzun yang telah berkhidmat dalam tempoh 2 tahun sebagai Setiausaha, telah banyak memperkenalkan strategi dan perancangan untuk kembali memperkukuhkan UMNO Bahagian, Cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM). Walaupun bagi saya usaha-usahanya masih belum dapat dihayati sepenuhnya oleh ahli-ahli UMNO di Bahagian Kapar, namun ia perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan, agar ia benar-benar mampu meninggalkan kesan terbaik. Pengalaman yang pernah dilaluinya suatu ketika berada di luar UMNO di manfaatkan sepenuhnya untuk menjadikan UMNO Bahagian Kapar terus mampu menyengat dan bangkit dari kekalahan dalam Pilihan raya Umum 2008.

Hamidzun sudah tinggalkan satu perancangan yang baik di UMNO Kapar. Terpulang kepada Setiausaha yang bakal dilantik oleh Ketua UMNO Bahagian Kapar untuk merangka strategi baru atau meneruskan yang sedia ada. Bagi saya tapaknya sudah disediakan, tinggal bagaimana kita mampu memanfaatkan peluang yang sudah tersedia. Itulah cabaran buat bakal seorang Setiausaha UMNO Bahagian Kapar yang baru.

Terima Kasih Saudara Hamidzun Khairuddin..!

INTERLOK – MANGSA MANUSIA TIDAK BERILMU

January 12, 2011

INTERLOK karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain telah ditulis kira-kira 40 tahun yang lalu. Kalaulah waktu novel tu diterbitkan ada seorang bayi yang lahir, maknanya umur bayi itu sekarang sudah mencecah 40 tahun. Ketika diterbitkan dulu, tidak pernah ada pihak yang mempertikaikan, malah memprotes novel tersebut. Tiba-tiba hari ini, ada sekumpulan pihak yang tidak berpuas hati dengan novel tersebut lalu membakarnya dengan alasan novel Interlok mengandungi unsur-unsur rasis yang menyentuh mengenai masyarakat India. Antara yang dipertikaikan kerana di novel tersebut terdapat perkataan ‘pariah’ dan ‘kasta’ yang dikatakan sangat sensitif bagi kalangan masyarakat India. Cuma persoalannya, adakah ia benar-benar rasis, atau yang membacanya sekadar membaca perkataan tersebut tanpa dibaca dari mula atau ayat sebelumnya. Rasiskah sangat bila perkataan itu disebut, sedangkan dikatakan jika mengikut sejarah, kedua-dua perkara tersebut merupakan salah satu budaya yang berlaku di negara India…?

Seperkara jelas yang ingin saya kongsikan di sini ialah, bagi saya pihak-pihak yang memprotes lalu membakar buku itu adalah golongan yang tidak berilmu. Memang mudah, bila marah dengan kandungan buku, lalu kita membakarnya. Tetapi bagi seorang yang bijak dan berilmu, adalah lebih baik jika kita mendapati kandungan sesuatu buku itu mungkin meragukan, ia harus dijawab juga secara ilmiah, melalui penulisan buku juga. Jika ini diamalkan, ia akan melahirkan satu perdebatan yang lebih bijaksana, di samping mampu memperbanyakkan bahan bacaan dan penulisan untuk perbandingan masyarakat di negara ini.

Malah bagi sebahagian besar murid sekolah yang berada di tingkatan 5, dan menjadikan novel ini sebagai bahan pembelajaran, mereka mengatakan bahawa orang yang membakar buku tersebut sebagai lemah fikirannya, kerana tidak membaca dan memahami apa sebenarnya maksud yang ingin disampaikan oleh penulis dalam perjalanan penceritaan buku tersebut. Lebih-lebih lagi penulis novel ini bukanlah calang-calang hebat, beliau seorang Sasterawan Negara yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi.

Apa pun, itulah masalah yang perlu kerajaan dan kita hadapi bersama dalam menangani kedangkalan sebahagian masyarakat kita yang tidak faham, tetapi berlagak seperti hero. Era Sivaji The Bos tidak mungkin berlaku di negara kita, kerana kita punyai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Elakkan mencipta publisiti murahan, kerana ia mampu memakan diri sendiri. Jangan korbankan nilai-nilai dan etika kemajmukan masyarakat negara kita ini. Fahami dan terima kepelbagaian masyarakat di sekeliling kita sebagai satu keunikan dan kekuatan kita untuk membina sebuah negara yang berjaya dan maju menjelang tahun 2020.

Ayuh..!!! bangkitlah rakyat Malaysia dan warga Kapar khususnya. Masa kita semakin suntuk. Bergabung dan bentuklah kekuatan sebenar untuk menyingkirkan kalangan mereka yang menjadi parasit dan perosak negara…Allah Hu Akbar…!

KHUSRIN GEGAR NEGERI SELANGOR

January 6, 2011

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA.

Kembali bersua pada tahun 2011. Sebenarnya saya dah agak melempam nak menulis di blog, kerana lebih melayani FB. Tetapi menjelang saja 2011…seronok pula mengikuti perkembangan isu perlantikan SUK Selangor yang baru, Dato’ Hj. Khusrin Munawi. Semua orang bercakap…isi percakapan jangan kiralah…ada yang betul…tetapi banyak yang dangkal dan emosi.

Dato’ Khusrin, bekas Pengarah JAIS/Setiausaha MAIS antara yang terbaik pernah dimiliki oleh jabatan itu. Beliaulah orangnya yang berjaya memperjuangkan penstrukturan perjawatan di JAIS dari pihak JPA. Sumbangan inilah telah memberi manfaat kepada ramai kalangan guru-guru JAIS yang berpeluang naik pangkat, memandangkan sebelum ini kenaikan pangkat sangat terhad, gara-gara ketiadaan post bagi kenaikan pangkat tersebut…berlanjutan hampir belasan tahun.

Namun pengaruh dan kekuatan yang Dato’ Khusrin miliki, nikmat ini telah berubah. Guru-guru JAIS mesti tahu perkara ini, jangan sekadar berjaya mendapatkan pangkat tanpa mengambil kira ia dari usaha dan perjuangan siapa.

Dato’ Khusrin sememangnya layak naik pangkat dan dilantik sebagai SUK Selangor. Tetapi kenapa Mb dan beberapa konco-konconya marah dan menolak perlantikan Dato’ Khusrin. Mereka tidak punya alasan kukuh sebenarnya untuk menolak Khusrin, mereka hanya punya alasan POLITIK sahaja. Mereka mula meroyan mengatakan Khusrin proksi UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Bagi saya Khalid Ibrahim dan sekutu-sekutunya perlu lebih rasional. Kalau hanya Khusrin seorang, beliau tidak mampu untuk menggugat sebuah kerajaan. Jatuh bangun sesebuah kerajaan ditentukan oleh rakyat yang memilih melalui pilihan raya umum, bukan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri seperti Khusrin. Khusrin hanya punya satu undi sahaja, tidak mampu mengubah apa-apa keadaan. Khusrin tidak berhak untuk mengarah dan menentukan seluruh kakitangan awam negeri Selangor untuk mengundi menolak Pakatan Rakyat. Lagipun undi mereka rahsia. Khusrin sendiri tidak tahu mereka mengundi siapa.

Jadi bagi saya.., kalaulah memang MB Selangor dan sekutunya menolak Khusrin, cuba berikan alasan-alasan yang benar-benar kukuh yang tiada kaitan dengan elemen-elemen politik. Khusrin mampu membina sebuah pentadbiran kerajaan yang lebih baik, telus dan jujur. Ketegasan beliau penting ke arah membantu menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri maju dan berkebajikan. Tetapi nampaknya KETEGASAN yang dimiliki oleh Khusrin itu, mungkin menjadi batu penghalang kepada Kerajaan negeri Selangor. Jadi…., apa agenda sebenar pimpinan Khalid Ibrahim, EXCO dan konco-konco Pakatan Rakyat. Rakyat boleh fikirkan agenda tersembunyi tersebut.

FAHAMI PROFESIONALISMA PENJAWAT AWAM !