DR. ASRI – TAULIAH ATAU BALAS DENDAM

US. ASRI PERLIS

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin yang ditahan oleh JAIS gara-gara memberikan ceramah tanpa tauliah, gagal didakwa di Mahkamah Syariah Gombak, walaupun beliau telah diarahkan untuk hadir oleh pihak JAIS.

Episod cerita penangkapan Dr. Mohd. Asri seolah-olah ada cerita lain yang sedang dipandu di belakang JAIS. Soal siapa yang menjadi pemandu kepada cerita tersebut, tentunya masih belum dapat dipastikan. Yang pasti tentu ada pihak yang sedang tersenyum dan ketawa besar melihat babak pertama drama penangkapan Dr. Mohd Asri diharap mampu menjatuhkan reputasi seorang tokoh ulama’ muda yang dilihat berkemampuan untuk menggugat individu lain yang merasakan diri mereka ulama’ tersohor.

Dr. Mohd. Asri yang pernah dilabel sebagai ‘syaitan’ oleh salah seorang ustaz politik satu masa dulu, dilihat oleh sesetengah pihak juga sebagai mangsa konspirasi. Kelantangan dan ketegasan Dr. Mohd Asri mengkritik pendekatan politik sesetengah pihak juga menjadikan beliau dimusuhi oleh sesetengah pemimpin politik yang bergelar ustaz. Nasib  Dr. Asri hampir sama seperti yang dilalui oleh seorang tokoh pendakwah bebas, Dr. Riduan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan di Universiti Pertahanan Nasional, yang dihentam gara-gara menegur dan mengkritik satu pertubuhan politik.

Dr. Mohd. Asri sudah berada dalam kancah perdana lingkaran budaya kotor pengamal politik ekstrem. Kelompok ini hanya melihat kepentingan kelompok dan peribadi harus menjadi nombor wahid. Mereka juga jenis tergamak melakukan apa sahaja untuk menghancurkan setiap tembok dan petualang yang cuba untuk mengganggu gugat. Bukan sahaja Dr. Asri, tetapi sesiapa sahaja yang cuba mengkritik kelompok ini, mereka harus berhati-hati, kerana golongan ekstrim ini tidak pernah kesal atas apa yang mereka lakukan. MEREKA LEBIH MENGUTAMAKAN KEPUASAN, KERANA MEREKA PUNYAI AGENDA YANG SUKAR DIBENDUNG…!

4 Responses to “DR. ASRI – TAULIAH ATAU BALAS DENDAM”

  1. faridsamaes Says:

    salam….

    Saya bukanlah orang yang serba tahu dalam isu ini. Cuma…….sebagai bekas Pegawai JAIS rasa terpanggil utk sama-sama memberi penjelasan supaya tiada timbul kekeliruan umat islam sejagat. sebenarnya Gerakan Dr asri sudah lama diintai,dikaji dan diikuti oleh bukan sahaja JAIS malah masyarakat awam keseluruhannya.Tidak berani saya untuk menyatakan bahawa gerakan beliau adalah gerakan sesat tetapi sebenarnya ajaran , ilmu dan budaya yang cuba ditonjolkan oleh beliau kepada masyarakat malaysia khasnya sangat bertentangan dengan budaya atau amalan islam yang dipraktikkan sekian lama di malaysia. Saya amat yakin sehingga kini majlis fatwa pun belum ada keputusan tentang percanggahan bbudaya dan amalan yang dibawa oleh ASRI.JAIS tidak bertindak salah atau kejam ke atas ASRI. cuma…..masyarakat islam di malaysia x faham bagaimana sebenarnya prosedur yang sepatut dilaksanakan oleh penguatkuasa JAIS dalam menangkap atau mendakwa individu yang disyaki bersalah. Bagi saya biarlah JAIS sebagai JAbatan yang punya AUTORITI buat kerjanya.Mereka lebih faham dan tahu apa yang betul dan apa yang salah.Hassan Ali pun telah bersetuju atas penangkapan ASRI.Tuanku juga tidak membantah. Apa lagi kita ni orang awam kalau x tahu cerita jangan cepat melenting Jgn gunakan isu Tok Guru ka….Islam ka sebagai alat untuk mencapai kepentingan peribadi.ASRI nyatakan lah dengan jelas apa niat perjuanganmu itu……..Kami masyarakat islam di malaysia keliru dengan cara dan pendekatan ajaran yang tuan bawa itu.Kenapa ASRi MENOLAK amalan talqin,membaca yaasiin ke atas jenazah,tahli malam jumaat,mengebumikan jenazah secara telentang mengadap langit dan macam-macam lagi.Adakah dengan kelebihan ilmu yang ada pada tuan, tuan boleh sewenang-wenangnya menjauhkan amalan yang sudah sebati dengan masyarakat di malaysia khasnya. Kalau lah tuan kata bida’ah …… apa bukti yang menjelaskan bahawa bida’ah ini menjadi sesat.

    Saudara yang dikasihi,

    saya ucapkan terima kasih atas tulisan isu ini.moga sedikit pandangan dari saya akan menjadi renungan bersama.

    sekian

  2. sheikhul shai wal ajam Says:

    Saudara FaridSamaes dari JAIS,

    So jadinya Dr Asri ditangkap bukan kerana tidak bertauliah, tetapi kerana membawa satu “gerakan” yang, pada pandangan saudara, tidak secocok dengan rakyat Malaysia. Kemudian pada penghujung tulisan saudara, saudara katakan bahawa beberapa ajaran seperti berikut:

    1. membaca talkin
    2. membaca yaasin ke atas jenazah
    3. tahlil malam jumaat
    4. mengebumikan mayat mengikut sesuatu posisi

    dan lain-lain lagi. Baiklah senang saja saya mahu respons. Kiranya saudara boleh berikan nas-nas bahawa segala benda2 yang disebut di atas samada pernah dibuat oleh Nabi Muhammad, ataupun pernah DISURUH oleh Nabi keatas ummatnya untuk mempraktikkannya.

    Kalau saudara tidak boleh, dan sebaliknya memberi hujjah-hujjah bahawa sheikh itu buat atau pak guru ini buat, maka terang dan nyatalah bahawa yang sesat bukannya Dr Asri tetapi anda sekalian.

    Dr Asri hanya mahu membersihkan umat Islam Melayu ini dari segala perbuatan yang tiada berpunca dari Deen itu sendiri, walaupun perbuatan2 itu ada menyebut kalimat-kalimat Allah atau ayat-ayat alQuran.

    “Man ahdasa fii Amrina haaza, maa laisa minhu, fa huwa Radd”.
    – Sesiapa yang membawa ke dalam ugama ini sesuatu yang bukan berpunca darinya, maka ianya ditolak”.

    Kami menunggu jawapan saudara serta pegawai2 JAIS sekalian. Jangan kami berkonklusi bahawa yang ditolak itu bukannya Dr Asri, tetapi saudara-saudara semua, yang telah mengaji dari pondok turun temurun, tidak terdedah kepada Islam global dan terkejut apabila dipersembahkan dengan Islam tulin dan suci dan tidak dicampur adukkan dengan ajaran nenek moyang yang fasad.

    Sekian.

    sheikhul shai wal ajam

  3. sabda junjungan Says:

    sheikul….

    kenapa fanatik sangat……kalu ye pun biar lah mahkamah yang putuskan. persoalan agama adalah isu sensitif mengapa saudara harus pertikai asri kena tangkap..kalu ye pun talkin , yasin dan sebagainya x de nas hadis tetapi mengapa saudara harus berkereta ke tempat bekerja atau bermotorsikal? bukan kah x de nas kereta dan motosikal… lu pk lah beb…. bid’ah hasanah selagi utk kebaikan umat adalah dterima oleh Allah…

    • sheikhul sheikh wal ajam Says:

      “kalu ye pun talkin , yasin dan sebagainya x de nas hadis tetapi mengapa saudara harus berkereta ke tempat bekerja atau bermotorsikal? bukan kah x de nas kereta dan motosikal…”

      Ini lah argument sejak zaman belum merdeka lagi, sampailah isu naik ke bulan tahun 60’an sampai lah kurun 21 ni. Orang semua dah meningkat maju segi minda dan kewibawaan otak, tapi masih ada jugak umat melayu yang masih menongkat langit dengan hujjah bodoh seperti ini.

      Cuba pikir kalau anak-anak muda Islam melayu kita masih terbelenggu dengan argumen suku masak macam ni, macam mana kita boleh harapkan mereka-mereka ini untuk mengenengahkan kepentingan Islam di persada antarabangsa?

      “Kenapa tak pakai unta? Kenapa perlu pakai telepon? Kenapa naik kapalterbang?”

      Kadang-kadang perasaan sedih saya apabila membaca hujjah-hujjah kebayian seperti ini mengatasi perasaan mahu ketawa kerana kelucuan.

      Tapi bukan ker mereka ini semua, sepatutnya berpelantaran ugama? Bukan ker telah diapi-apikan melalui wadah politik Islam? Tak belajar ker? Tak tahu ker apa erti sebenar Bid’ah? Kapalterbang, unta, berus gigi — ini semua aksi-aksi yang boleh menjejaskan Arkan Tauhid ker?

      Haiiii… macam-macam. Nak menyucikan kesucian Islam dari penjajahan iktikad mulhidun pun dikatakan fanatik. Ini semua semata-mata percanggahan ideologi yang telah dibutakan oleh politik.

      Tauhid dan Bid’ah tu begini. Katakanlah saya ingin memberi anda minum segelas susu yang suci. Tetapi sebelumnya saya taruhkan didalamnya satu titik air kencing. Tak banyak. Hanya satu atau setengah titik. Hendak saudara2 semua minum?

      Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad itu benar dan suci. Sekarang kita taruh macam-macam dalamnya. Ntah mana-mana ajaran yang Nabi pun tak pernah buat. Bukannya tak cukup apa yang nabi ajar dan praktikkan tu sampaikan kita perlu tokok tambah dengan bende lain pulak. Nabi anjurkan puasa selang sehari atau senin khamis dah buat? Nabi anjurkan berdiri sepertiga malam dah buat? Banyak lagi bende yang Nabi anjurkan tak terbuat …. pulak lagi nak tambah dengan aksi2 yang nabi TIDAK buat.

      Kalau nak tahu bibit-bibit kehancuran sesebuah masyarakat Islam, INI lah dia.

      sheikhul sheih wal ajam

      p.s. tulisan ini ditulis dengan panjang lebar untuk tatapan saudara-saudara Islam lain secara ‘am, bukan untuk membalas komen penulis di atas, yang saya rasa tidak layak untuk dilayan dengan hujjah kebudak2an nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: