Archive for November, 2009

DR. ASRI – TAULIAH ATAU BALAS DENDAM

November 3, 2009

US. ASRI PERLIS

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin yang ditahan oleh JAIS gara-gara memberikan ceramah tanpa tauliah, gagal didakwa di Mahkamah Syariah Gombak, walaupun beliau telah diarahkan untuk hadir oleh pihak JAIS.

Episod cerita penangkapan Dr. Mohd. Asri seolah-olah ada cerita lain yang sedang dipandu di belakang JAIS. Soal siapa yang menjadi pemandu kepada cerita tersebut, tentunya masih belum dapat dipastikan. Yang pasti tentu ada pihak yang sedang tersenyum dan ketawa besar melihat babak pertama drama penangkapan Dr. Mohd Asri diharap mampu menjatuhkan reputasi seorang tokoh ulama’ muda yang dilihat berkemampuan untuk menggugat individu lain yang merasakan diri mereka ulama’ tersohor.

Dr. Mohd. Asri yang pernah dilabel sebagai ‘syaitan’ oleh salah seorang ustaz politik satu masa dulu, dilihat oleh sesetengah pihak juga sebagai mangsa konspirasi. Kelantangan dan ketegasan Dr. Mohd Asri mengkritik pendekatan politik sesetengah pihak juga menjadikan beliau dimusuhi oleh sesetengah pemimpin politik yang bergelar ustaz. Nasib  Dr. Asri hampir sama seperti yang dilalui oleh seorang tokoh pendakwah bebas, Dr. Riduan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan di Universiti Pertahanan Nasional, yang dihentam gara-gara menegur dan mengkritik satu pertubuhan politik.

Dr. Mohd. Asri sudah berada dalam kancah perdana lingkaran budaya kotor pengamal politik ekstrem. Kelompok ini hanya melihat kepentingan kelompok dan peribadi harus menjadi nombor wahid. Mereka juga jenis tergamak melakukan apa sahaja untuk menghancurkan setiap tembok dan petualang yang cuba untuk mengganggu gugat. Bukan sahaja Dr. Asri, tetapi sesiapa sahaja yang cuba mengkritik kelompok ini, mereka harus berhati-hati, kerana golongan ekstrim ini tidak pernah kesal atas apa yang mereka lakukan. MEREKA LEBIH MENGUTAMAKAN KEPUASAN, KERANA MEREKA PUNYAI AGENDA YANG SUKAR DIBENDUNG…!