OH POLITIK…!

oh politik3Situasi politik dalam negara makin bercelaru. Bermula dengan kejutan dari Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan PAS mengadakan EGM Khasnya bagi membuang beberapa pemimpinnya yang dianggap bermasalah dan kuat menyokong idea Kerajaan Perpaduan. Pimpinan PAS jadi tidak menentu, hingga akhirnya membawa kepada mesyuarat khas bagi membincangkan perkara tersebut. Mesyuarat tersebut memutuskan untuk menolak mengadakan EGM dan akan diadakan satu seminar khas PAS bagi memperbaiki perjalanan PAS.

oh politik1
Dalam kekalutan PAS menangani konfliknya, berlaku pula dua persidangan dalam satu di DUN Perak. Sidang DUN Perak hampir kecoh, apabila pihak pembangkang turut mengambil kesempatan mengadakan sidang DUN mereka, ketika pihak kerajaan berhenti rehat. Bagi pemerhati politik, sikap kebudak-budakan pihak pembangkang di Perak ini membuktikan pembangkang seolah-olah hilang arah dan pedoman gara-gara kehilangan kuasa, walaupun mereka sedar, sidang yang mereka lakukan itu, merupakan sidang DUN sia-sia…!


oh politik2Belum reda dengan kekalutan pimpinan PAS dan kerenah pembangkang di Perak, ADUN Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah dari PKR, mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN, gara-gara hilang kepercayaan terhadap pimpinan PKR terutamanya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dianggap seorang pemimpin yang tidak bermoral dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang banyak menyusahkan dan membelakangkan beliau.

Kemelut politik yang sedang bergelora dalam kem pembangkang tentunya menjadi kayu pengukur kepada rakyat untuk menilai sejauh mana kemampuan pakatan pembangkang mentadbir. Bagi rakyat yang sudah cukup matang dalam sebuah negara Merdeka ini, mereka tentunya mampu melihat dengan jelas, mana kaca dan mana permata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: