UNDI POS… APA MASALAHNYA..?

TENTERA MENGUNDI

Makin lama makin kronik pemikiran sebahagian ahli politik di Negara kita ni. Terutama bila muncul pilihanraya, tidak kiralah samada Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil.

Isu baru yang berbangkit dalam Pilihan raya Kecil baru-baru ini ialah mengenai Undi Pos. Ada parti politik yang mula membangkitkan isu bahawa sistem Undi Pos ini meragukan. Mereka mendakwa ada pihak lain yang membantu untuk memangkah kertas undi bagi pihak lain.

Malah ada dakwaan juga yang menyatakan yang kertas undi tersebut boleh ditambah, sedangkan SPR menetapkan setiap peti undi pos itu mesti disimpan di balai polis bagi memastikan keselamatannya.

Persoalannya, adakah tuduhan pihak-pihak ini sengaja dikemukakan bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan masyarakat kepada integriti pihak keselamatan?, atau mereka punyai agenda lain…?. Adakah kerana kita tewas, maka kita cuba mencari alasan untuk menutup kelemahan kita. Namun jika kita menang, kita diamkan sahaja. Bukan HIPOKRIT kah kita..?.

Rasa syak wasangka yang bersarang dalam diri sesetengah pihak ini menjadikan mereka seolah-olah hilang pedoman. Betul juga kata alim ulama’, syaitan sangat selesa bersarang di dalam hati orang-arang yang suka bersyak wasangka…!.

Sistem undi pos yang sudah diamalkan buat sejak dulu lagi, kaedahnya tetap sama dengan kaedah bila kita mengundi. Cuma biasanya undi pos ini khusus kepada anggota keselamatan. Mereka mengundi dalam kem atau tempat bertugas masing-masing, di satu tempat yang telah ditetapkan. Waktu proses mengundi terdapat wakil-wakil pemerhati dari parti-parti yang bertanding.

Untuk apa sebenarnya kita terlalu mempertikaikan keadaan yang memang telah sempurna dilaksanakan sekian lama. Adalah lebih baik jika kita memberi kepercayaan pada pihak yang lebih arif untuk melaksanakannya. Kita yakin saja pada Allah SWT, kalau memang kita jujur dan ikhlas, Allah SWT pasti beri balasan setimpal pada kita.

One Response to “UNDI POS… APA MASALAHNYA..?”

  1. zainal mohd jais Says:

    pelbagai tuduhan tentang undi pos cuma usaha pembangkang untuk memburukkan lagi persepsi rakyat kepada BN. Tapi saya lihat dia cuma satu teknik yang sangat dangkal/bodoh. Saya pernah jadi wakil calon dan menyaksikan sendiri bagaimana undi pos diproses.
    Sebaliknya saya mencurigai ada percubaan pihak pembangkang untuk bermain curang dengan undi pos, tapi menggunakan reverse psikologi, memburukkan BN.
    Seperti komen seorang pembangkang, undi pos memang wajar memihak kepada BN kerana kebanyakannya adalah kakitangan teras kerajaan. Itu trend sedunia. Tapi dalam PRU baru-baru ini, undi-undi pos untuk pembangkang jauh meningkat. Elok disiasat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: