PAS SEMAKIN PARAH…!

EGM PAS
Kepimpinan PAS sudah semakin tidak mampu lagi untuk menyorok Bangkai Gajah yang semakin membusuk. Baunya kian memualkan dan sudah boleh dihidu oleh sesiapa sahaja. Kalau dulu bangkai ini masih boleh disembunyikan, tetapi kini ternyata ia sudah makin terserlah. Semuanya mula nampak jelas selepas Muktamar PAS yang menyaksikan pertembungan paling hangat antara Puak Pro Ulamak dan Puak Erdogan, yang dikatakan taksub menyokong Anwar Ibrahim.

Krisis kepimpinan dalam PAS semakin ketara, apabila PAS gagal memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan raya Kecil DUN Manik Urai, Kelantan dan tewas teruk dalam Pilihan raya Kecil DUN Bagan Pinang, Port Dickson. Dengan jumlah kekurangan undi yang sangat merosot.

Terbaru krisis kepimpinan PAS semakin parah, apabila tiba-tiba Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz Nik Mat mencadangkan agar PAS mengadakan EGMnya bagi membuat pembersihan dan menyingkirkan beberapa pemimpinnya seperti Nasharuddin Md. Isa, Mustafa Ali dan Dato’ Hasan Ali yang dianggap bermasalah dan menyokong  kuat idea Kerajaan Perpaduan yang pernah dicadangkan oleh Presiden PAS TG Haji Abd. Hadi Awang.

Walau bagaimanapun, cadangan untuk mengadakan EGM PAS kembali reda, dan TG Nik Aziz bersetuju untuk menggantikannya dengan Mesyuarat Khas parti bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Tentunya perubahan keputusan Nik Aziz ini atas dasar mengambil kira kenyataan dari beberapa negeri yang tidak mahu dan tidak menyokong cadangan untuk mengadakan EGM tersebut, malah ada pihak dalam PAS sendiri yang menyatakan bahawa cadangan tersebut sebagai TIDAK WARAS dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar.

PAS yang telah ditubuhkan sejak puluhan tahun yang lalu belum pernah melalui kecelaruan kepimpinan sebobrok ini. Namun sejak PAS bergabung erat bersama PKR dan DAP, dominasi kepimpinan PAS mula diresapi ideologi-ideologi duniawi dan sentimen gila kuasa. Terbukti dan ternyata, hasrat PAS untuk memperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan PAS mendapatkan kuasa gagal, malah Anwar berjaya menguasai PAS melalui propaganda-propaganda dan agenda peribadinya. Riskasnya, PAS gagal memperkudakan Anwar Ibrahim, tetapi PAS yang sedang diperkudakan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan politiknya.

Selain itu, PAS semakin kelu. Suara mereka semakin sunyi. Dalam Pakatan Rakyat suara PKR dan DAP lebih bernilai berbanding PAS. PAS hanya sekadar mencukupkan kuorum dalam pembentukan kerajaan di beberapa negeri. Hal ini disedari oleh ramai pemimpin dan penyokong PAS, hinggakan ada penyokong yang menyatakan, jika PAS ingin terus dominan dengan dasar perjuangan islamnya, PAS mesti segera keluar dari Pakatan Rakyat, kerana PAS akan dilihat lebih genuine dan konsisten dengan dasar perjuangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: