Archive for October, 2009

OH POLITIK…!

October 30, 2009

oh politik3Situasi politik dalam negara makin bercelaru. Bermula dengan kejutan dari Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan PAS mengadakan EGM Khasnya bagi membuang beberapa pemimpinnya yang dianggap bermasalah dan kuat menyokong idea Kerajaan Perpaduan. Pimpinan PAS jadi tidak menentu, hingga akhirnya membawa kepada mesyuarat khas bagi membincangkan perkara tersebut. Mesyuarat tersebut memutuskan untuk menolak mengadakan EGM dan akan diadakan satu seminar khas PAS bagi memperbaiki perjalanan PAS.

oh politik1
Dalam kekalutan PAS menangani konfliknya, berlaku pula dua persidangan dalam satu di DUN Perak. Sidang DUN Perak hampir kecoh, apabila pihak pembangkang turut mengambil kesempatan mengadakan sidang DUN mereka, ketika pihak kerajaan berhenti rehat. Bagi pemerhati politik, sikap kebudak-budakan pihak pembangkang di Perak ini membuktikan pembangkang seolah-olah hilang arah dan pedoman gara-gara kehilangan kuasa, walaupun mereka sedar, sidang yang mereka lakukan itu, merupakan sidang DUN sia-sia…!


oh politik2Belum reda dengan kekalutan pimpinan PAS dan kerenah pembangkang di Perak, ADUN Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah dari PKR, mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN, gara-gara hilang kepercayaan terhadap pimpinan PKR terutamanya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dianggap seorang pemimpin yang tidak bermoral dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang banyak menyusahkan dan membelakangkan beliau.

Kemelut politik yang sedang bergelora dalam kem pembangkang tentunya menjadi kayu pengukur kepada rakyat untuk menilai sejauh mana kemampuan pakatan pembangkang mentadbir. Bagi rakyat yang sudah cukup matang dalam sebuah negara Merdeka ini, mereka tentunya mampu melihat dengan jelas, mana kaca dan mana permata.

Advertisements

UNDI POS… APA MASALAHNYA..?

October 28, 2009

TENTERA MENGUNDI

Makin lama makin kronik pemikiran sebahagian ahli politik di Negara kita ni. Terutama bila muncul pilihanraya, tidak kiralah samada Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil.

Isu baru yang berbangkit dalam Pilihan raya Kecil baru-baru ini ialah mengenai Undi Pos. Ada parti politik yang mula membangkitkan isu bahawa sistem Undi Pos ini meragukan. Mereka mendakwa ada pihak lain yang membantu untuk memangkah kertas undi bagi pihak lain.

Malah ada dakwaan juga yang menyatakan yang kertas undi tersebut boleh ditambah, sedangkan SPR menetapkan setiap peti undi pos itu mesti disimpan di balai polis bagi memastikan keselamatannya.

Persoalannya, adakah tuduhan pihak-pihak ini sengaja dikemukakan bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan masyarakat kepada integriti pihak keselamatan?, atau mereka punyai agenda lain…?. Adakah kerana kita tewas, maka kita cuba mencari alasan untuk menutup kelemahan kita. Namun jika kita menang, kita diamkan sahaja. Bukan HIPOKRIT kah kita..?.

Rasa syak wasangka yang bersarang dalam diri sesetengah pihak ini menjadikan mereka seolah-olah hilang pedoman. Betul juga kata alim ulama’, syaitan sangat selesa bersarang di dalam hati orang-arang yang suka bersyak wasangka…!.

Sistem undi pos yang sudah diamalkan buat sejak dulu lagi, kaedahnya tetap sama dengan kaedah bila kita mengundi. Cuma biasanya undi pos ini khusus kepada anggota keselamatan. Mereka mengundi dalam kem atau tempat bertugas masing-masing, di satu tempat yang telah ditetapkan. Waktu proses mengundi terdapat wakil-wakil pemerhati dari parti-parti yang bertanding.

Untuk apa sebenarnya kita terlalu mempertikaikan keadaan yang memang telah sempurna dilaksanakan sekian lama. Adalah lebih baik jika kita memberi kepercayaan pada pihak yang lebih arif untuk melaksanakannya. Kita yakin saja pada Allah SWT, kalau memang kita jujur dan ikhlas, Allah SWT pasti beri balasan setimpal pada kita.

PAS SEMAKIN PARAH…!

October 26, 2009

EGM PAS
Kepimpinan PAS sudah semakin tidak mampu lagi untuk menyorok Bangkai Gajah yang semakin membusuk. Baunya kian memualkan dan sudah boleh dihidu oleh sesiapa sahaja. Kalau dulu bangkai ini masih boleh disembunyikan, tetapi kini ternyata ia sudah makin terserlah. Semuanya mula nampak jelas selepas Muktamar PAS yang menyaksikan pertembungan paling hangat antara Puak Pro Ulamak dan Puak Erdogan, yang dikatakan taksub menyokong Anwar Ibrahim.

Krisis kepimpinan dalam PAS semakin ketara, apabila PAS gagal memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan raya Kecil DUN Manik Urai, Kelantan dan tewas teruk dalam Pilihan raya Kecil DUN Bagan Pinang, Port Dickson. Dengan jumlah kekurangan undi yang sangat merosot.

Terbaru krisis kepimpinan PAS semakin parah, apabila tiba-tiba Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz Nik Mat mencadangkan agar PAS mengadakan EGMnya bagi membuat pembersihan dan menyingkirkan beberapa pemimpinnya seperti Nasharuddin Md. Isa, Mustafa Ali dan Dato’ Hasan Ali yang dianggap bermasalah dan menyokong  kuat idea Kerajaan Perpaduan yang pernah dicadangkan oleh Presiden PAS TG Haji Abd. Hadi Awang.

Walau bagaimanapun, cadangan untuk mengadakan EGM PAS kembali reda, dan TG Nik Aziz bersetuju untuk menggantikannya dengan Mesyuarat Khas parti bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Tentunya perubahan keputusan Nik Aziz ini atas dasar mengambil kira kenyataan dari beberapa negeri yang tidak mahu dan tidak menyokong cadangan untuk mengadakan EGM tersebut, malah ada pihak dalam PAS sendiri yang menyatakan bahawa cadangan tersebut sebagai TIDAK WARAS dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar.

PAS yang telah ditubuhkan sejak puluhan tahun yang lalu belum pernah melalui kecelaruan kepimpinan sebobrok ini. Namun sejak PAS bergabung erat bersama PKR dan DAP, dominasi kepimpinan PAS mula diresapi ideologi-ideologi duniawi dan sentimen gila kuasa. Terbukti dan ternyata, hasrat PAS untuk memperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan PAS mendapatkan kuasa gagal, malah Anwar berjaya menguasai PAS melalui propaganda-propaganda dan agenda peribadinya. Riskasnya, PAS gagal memperkudakan Anwar Ibrahim, tetapi PAS yang sedang diperkudakan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan politiknya.

Selain itu, PAS semakin kelu. Suara mereka semakin sunyi. Dalam Pakatan Rakyat suara PKR dan DAP lebih bernilai berbanding PAS. PAS hanya sekadar mencukupkan kuorum dalam pembentukan kerajaan di beberapa negeri. Hal ini disedari oleh ramai pemimpin dan penyokong PAS, hinggakan ada penyokong yang menyatakan, jika PAS ingin terus dominan dengan dasar perjuangan islamnya, PAS mesti segera keluar dari Pakatan Rakyat, kerana PAS akan dilihat lebih genuine dan konsisten dengan dasar perjuangannya.

PAS FOR ALL…?

October 9, 2009

Kesempatan bertugas di PRK N31 Bagan Pinang, Port Dickson saya manfaatkan sepenuhnya untuk memantau beberapa ceramah anjuran PAS dan Pakatan Raykat pada setiap malam. Kesimpulannya, setiap ceramah hanya memutarkan isu lapuk yang lebih bertujuan untuk menimbulkan sentimen perkauman. Dari ceramah hinggalah ke poster-poster, sentiment perkauman menjadi agenda kempen PAS dan sekutunya.

Saya membuat rumusan, PAS semakin hilang jatidiri mereka, malah PAS kini sangat terpengaruh dengan elemen kempen yang membangkitkan sentimen perkauman. Saya yakin PAS semakin terpengaruh dengan cara PKR dan DAP.

Paling menariknya, ketika menghadiri satu ceramah anjuran DAP, ketika salah seorang penceramah dari DAP sedang menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat, tiba-tiba bangkit seorang cina penyokong DAP berseluar pendek dan memakai baju berlogo PAS lalu melaungkan ‘TAKBIR’, lalu disambut dengan semangat laungan ‘Allah Hu Akbar!.

Sekali pandang mungkin kita beranggapan laungan takbir itu sesuatu yang biasa dalam setiap ceramah PAS, namun yang menjadi persoalannya, laungan tersebut kini semakin sudah tidak bernilai atau kalimat yang disebut itu seolah-olah sudah tiada nilai kemuliaannya, apabila ia sudah menjadi satu budaya dan bahan sendaan serta boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja termasuk oleh orang kafir harbi sekalipun.

Adakah ini yang hendak kita katakan sebagai kejayaan PAS dalam memperjuangkan slogan barunya PAS FOR ALL yang bertujuan untuk memancing undi cina dan india bagi mengejar kuasa dunia yang tidak boleh dibawa kemati.

Ternyata itulah matlamat nombor wahid bagi PAS. Mereka sudah menutup buku MEMBANGUN BERSAMA ISLAM dan kini lebih ghairah bersama kafir harbi dalam PAS FOR ALL.

Moga Allah SWT terus memberi kekuatan dan petunjuk kepada UMNO untuk terus komited memperjuang dan mempertahankan Islam dibumi Malaysia ini.

BAGAN PINANG TRANFORMASI KEBANGKITAN UMNO/BN

October 8, 2009

ISA SAMAD
11 Oktober 2009 merupakan tarikh keramat yang bakal menentukan sejauh mana relevannya Tan Sri Isa Samad dalam kancah politik perdana tanahair. Bangkit dari kejatuhan yang pedih, Isa Samad masih tetap menjadi pilihan majority pengundi di DUN Bagan Pinang, bila namanya terus bermain dibibir pengundi sejak sebelum penamaan calon lagi.

Biarpun berbagai propaganda dilemparkan pada Isa Samad, namun ketokohan dan pengalamannya dalam sepak terajang politik tanah air menjadikannya beliau berjaya mendepani cabaran yang mendatang.

ceramah pas kosong
Isa dikatakan calon popular. Namun itu tidak menjadikan beliau alpa. Kempennya terus berjalan. Program ceramahnya dihadiri ribuan penyokong setianya di Bagan Pinang, menjadikan PAS lemas dan terdampar. PAS mula mencari helah di Bagan Pinang. Cuba menggunakan perintah mahkamah untuk menangguhkan pilihanraya ini. Kalau sebelum ini PAS rasa yakin disemua tempat dan tidak terfikir untuk menangguhkan hari pengundian, namun kali ini, PAS seperti terkencing-kencing mencari pengaruh. Namun yang nyata kemerosotan PAS semakin ketara. Program-program ceramahnya semakin dipandang sepi dan jijik oleh penduduk di Bagan Pinang, kerana mereka sudah menduga, isu apa yang akan mereka bawa. Tentunya isu-isu lama yang diulang-ulang tayang. Jelaslah PAS tak punyai isu untuk diketengahkan. Lebih-lebih lagi dengan reputasi PAS yang dianggap menjadi BONEKA DAP terutamanya di Perak dan Selangor.

Lebih parah lagi, jelas calon PAS di Bagan Pinang menjadi mangsa sabotaj ahli-ahli pas di Bagan Pinang, kerana dikhabarkan, beliau bukan anak tempatan dan datang dari luar Bagan Pinang. Lebih-lebih lagi beliau dianggap calon recycle yang pernah 3 kali kalah dalam pilihanraya sebelum ini. Persoalannya…, adakah kerana PAS tidak yakin menang, lalu sengaja meletakkan calon yang lemah dalam Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang ini.

BN di PD
Yang jelas dari pemerhatian dan tinjauan di lokasi-lokasi ceramah, ternyata N31 DUN Bagan Pinang inilah bakal menjadi kayu pengukur kepada kebangkitan semula UMNO dan Barisan Nasional. Keyakinan dan kesungguhan rakyat semakin jelas kelihatan. Sokongan padu rakyat semakin mantap dan ternyata Gagasan 1Malaysia semakin difahami dan mengalir dalam setiap sanubari rakyat, khususnya dalam kalangan warga Bagan Pinang.

Ternyata pendekatan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak amat disenangi rakyat sekeluruhannya. Inilah petanda kerajaan semakin mengukuh, UMNO/BN kembali bangkit untuk terus memimpin Negara keera lebih gemilang. Kita nantikan PRU 13 yang akan menggegarkan Pakatan rakyat.