BILA KOPERAT KE POLITIK…HANCURRRR

Seksyen 23 mengamuk
Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berlangsung dalam suasana kecoh.

Hampir sepanjang sesi dialog tersebut berlaku perang mulut antara penduduk yang membantah cadangan pembinaan kuil dengan para pemimpin yang hadir termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mereka turut menghamburkan kata-kata kesat dan menjerit perkataan penipu kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail setiap kali kedua-duanya memberi penjelasan terhadap soalan yang diajukan.

Keadaan menjadi lebih tegang dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila seorang penduduk yang mewakili masyarakat India, bangun dan menegaskan persetujuan 48 keluarga India di situ berhubung pembinaan kuil tersebut.

KENAPA SITUASI INI BERLAKU..!!!???

1.    Inilah masalahnya bila budaya koperat cuba dibawa dalam pengurusan politik. Kononya ketokohan TS Khalid Ibrahim sewaktu memimpin GUTHRIE mampu menggemilangkan Selangor. Bro…Koperat dan Politik ibarat langit dan bumi.

2.    Kalau dulu TS Khalid berdialog dengan kakitangan GUTHRIE, siapa berani bantah..?? TS Khalid CEO, beliau berhak memecat kakitangan yang menentangnya. Kini TS Khalid seorang ADUN dan MB. Kerusi beliau ditentukan oleh rakyat. TS Khalid mesti dengar kata rakyat, kerana rakyat ada kuasa memecat TS Khalid dalam pilihan raya akan datang.

3.    TS Khalid silap dengan mengadakan dialog tersebut secara bersama antara penduduk Melayu/Islam dan India. Sentimen tidak puas hati masih membakar dalam setiap penduduk Islam khususnya. Kemarahan mereka masih membara…dan akibatnya TS Khalid tanggung sendiri. TS Khalid dan juak-juaknya yang hadir hari itu sebenarnya pencetus kepada peningkatan kemarahan penduduk Melayu dan India.

4.    Sepatutnya perbincangan dibuat secara berasingan. Kesimpulan dan inti pati dari perbincangan tersebut diputuskan oleh kerajaan negeri berdasarkan info-info yang diperolehi dari setiap kaum, lalu keputusan dibuat.

5.    Yang pasti TS Khalid tidak bersedia berhadapan dengan situasi tersebut, ataupun beliau gagal mendapatkan pandangan terbaik dari juak-juaknya. Para pengampu TS Khalid gagal menyalurkan info situasi sebenar kepada TS Khalid.

KESIMPULANNYA

1.    Jika kuil terus didirikan, kemungkinan ia akan menjadi duri dalam daging berpanjangan kepada penduduk di Seksyen 23.

2.    Modal dan alasan YB Khalid Samad yang menyatakan semua itu angkara UMNO merupakan alasan dangkal seorang Melayu/Islam. Penentangan dibuat bukan berdasarkan parti, tetapi suara hati penduduk Melayu/Islam di Seksyen 23, yang tidak pernah terusik sepanjang BN memerintah di Selangor.

3.    Jangan terlalu murah menggadaikan maruah agama, kerana gilakan kuasa dan undi pilihan raya. Jadilah ahli politik yang berhemah, dalam menyusuri permasalahan rakyat.

4.    PALING PENTING !...Jangan letakkan kesalahan pada orang lain untuk menutup kebobrokan akhlak dan peribadi dan jangan cuba menjadi hero dalam setiap babak yang berbeza, kerana akhirnya kita dilihat sangat jahil dan bodoh…!!!

One Response to “BILA KOPERAT KE POLITIK…HANCURRRR”

  1. jiwakita Says:

    salam….

    korporat tak per…jangan jadi keparat dah lerrr..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: