Archive for September, 2009

INILAH TARAF KITA…!

September 17, 2009

PIJAK KEPALA
Orang Melayu dan Islam makin berantakan. Satu pihak bertungkus-lumus mempertahankan kuasa Melayu dibumi bertuah Malaysia. Satu pihak kononya sibuk memperjuangkan Islam. Satu pihak gilakan kuasa.

Akhirnya Melayu/Islam di Malaysia menjadi sangat lemah. Melayu sedang terpinggir, tersandar di sudut yang sangat sempit. Melayu sedar, namun gila dan mabuk kuasa menjadikan Melayu lupa segala-galanya.

Rupanya ada orang lain yang sedang merencana babak-babak ini. Orang lain itu sudah mula selesa dengan tahap kebobrokan Melayu/Islam. Pemimpin Melayu/Islam mula lupa daratan. Yang mengaku ULAMAK sudah mula bertukar wajah menjadi ULARMAK. Sudah mula membelit lidah gara-gara takutkan kehilangan sokongan. Yang lantang bercakap, cuba menikus dan bergerak ke sana-sini untuk meyakinkan pengikut jahil, tentang ketelanjuran bermain di lopak kering.

Orang lain makin berani. Mereka bukan sahaja sudah berani menjentik hidung kita, tapi sudah lerani memijak kepala. Mereka macam biasa dah kata, anutan ULARMAK itu ‘bastard religion’ @ agama sial. Tapi mereka tidak berdosa pun, kerana fatwa pujangga sudah dinyatakan…mereka berhak nak kata apa, kerana mereka tak faham…, mereka tidak berdosa…, ULARMAK reda dan terima dengan janji syurga lagi.

Orang lain pun nak cuba lagi. Beri hadiah istimewa KALUNGAN SELIPAR pada pemimpin besar kita satu masa lalu. Memang itu selayaknya untuk kita sekarang. Suka hati mereka nak buat apa. Kita boleh buat apa pun. Kita akan kata buatlah suka hatimu…semua tu halal, yang penting sokongan mereka untuk menunaikan kegilaan kuasa kita.

Murahnya kita sekarang. Di jentik hidung, dipijak semaunya, diludah dan dihina sehendaknya. Kita masih kata orang lain betul, sebab orang lain tak faham cara kita, walaupun dah duduk bersama lebih ratusan tahun. Bagaimana kalau kita bersama bangkit tentang mereka….tentu jawabnya tak boleh, lebih baik bersama kafir laknatullah…boleh dapat kuasa dan perintah negara, dari bersama kita semua…kempunan nak kuasa sampai bila-bila….Kita kerjasama dengan kafir laknatullah pun, ada peluang masuk SYURGA…. Kalau dengan kita-kita aja alamat masuk angin keluar asap….

Kesiannya kita…, sudah dipijak semaunya….!

Advertisements

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

September 16, 2009

kad rayaAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Teman-teman blogger dan Umat Islam sekalian,

Saya titipkan Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia buat seluruh umat islam, pohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran kata dan bahasa serta tingkah laku sepanjang kita berbicara dan bersua.

Marilah kita berdoa, moga rahmat Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tiba bisa menjadikan kita terdorong kepada “Sebaik-baik manusia, adalah manusia yang banyak manfaatnya kepada manusia lain”.

Terima kasih.

BILA KOPERAT KE POLITIK…HANCURRRR

September 9, 2009

Seksyen 23 mengamuk
Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berlangsung dalam suasana kecoh.

Hampir sepanjang sesi dialog tersebut berlaku perang mulut antara penduduk yang membantah cadangan pembinaan kuil dengan para pemimpin yang hadir termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mereka turut menghamburkan kata-kata kesat dan menjerit perkataan penipu kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail setiap kali kedua-duanya memberi penjelasan terhadap soalan yang diajukan.

Keadaan menjadi lebih tegang dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila seorang penduduk yang mewakili masyarakat India, bangun dan menegaskan persetujuan 48 keluarga India di situ berhubung pembinaan kuil tersebut.

KENAPA SITUASI INI BERLAKU..!!!???

1.    Inilah masalahnya bila budaya koperat cuba dibawa dalam pengurusan politik. Kononya ketokohan TS Khalid Ibrahim sewaktu memimpin GUTHRIE mampu menggemilangkan Selangor. Bro…Koperat dan Politik ibarat langit dan bumi.

2.    Kalau dulu TS Khalid berdialog dengan kakitangan GUTHRIE, siapa berani bantah..?? TS Khalid CEO, beliau berhak memecat kakitangan yang menentangnya. Kini TS Khalid seorang ADUN dan MB. Kerusi beliau ditentukan oleh rakyat. TS Khalid mesti dengar kata rakyat, kerana rakyat ada kuasa memecat TS Khalid dalam pilihan raya akan datang.

3.    TS Khalid silap dengan mengadakan dialog tersebut secara bersama antara penduduk Melayu/Islam dan India. Sentimen tidak puas hati masih membakar dalam setiap penduduk Islam khususnya. Kemarahan mereka masih membara…dan akibatnya TS Khalid tanggung sendiri. TS Khalid dan juak-juaknya yang hadir hari itu sebenarnya pencetus kepada peningkatan kemarahan penduduk Melayu dan India.

4.    Sepatutnya perbincangan dibuat secara berasingan. Kesimpulan dan inti pati dari perbincangan tersebut diputuskan oleh kerajaan negeri berdasarkan info-info yang diperolehi dari setiap kaum, lalu keputusan dibuat.

5.    Yang pasti TS Khalid tidak bersedia berhadapan dengan situasi tersebut, ataupun beliau gagal mendapatkan pandangan terbaik dari juak-juaknya. Para pengampu TS Khalid gagal menyalurkan info situasi sebenar kepada TS Khalid.

KESIMPULANNYA

1.    Jika kuil terus didirikan, kemungkinan ia akan menjadi duri dalam daging berpanjangan kepada penduduk di Seksyen 23.

2.    Modal dan alasan YB Khalid Samad yang menyatakan semua itu angkara UMNO merupakan alasan dangkal seorang Melayu/Islam. Penentangan dibuat bukan berdasarkan parti, tetapi suara hati penduduk Melayu/Islam di Seksyen 23, yang tidak pernah terusik sepanjang BN memerintah di Selangor.

3.    Jangan terlalu murah menggadaikan maruah agama, kerana gilakan kuasa dan undi pilihan raya. Jadilah ahli politik yang berhemah, dalam menyusuri permasalahan rakyat.

4.    PALING PENTING !...Jangan letakkan kesalahan pada orang lain untuk menutup kebobrokan akhlak dan peribadi dan jangan cuba menjadi hero dalam setiap babak yang berbeza, kerana akhirnya kita dilihat sangat jahil dan bodoh…!!!

KEPALA LEMBU VS KEPALA BABI…!!! KENAPA JADI PERTIKAIAN…????

September 2, 2009

DEMO LEMBU
Saya sudah membaca berbagai pandangan dan komen dari berbagai-bagai pihak dan sumber mengenai demonstrasi yang dibuat oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung isu pembinaan kuil Hindu di seksyen 23 Shah Alam yang mendapat bantahan seluruh penduduk seksyen 23 tersebut.

Berbagai komen diberikan oleh pihak-pihak yang sengaja diupah oleh kumpulan tertentu bagi menggambarkan seolah-olah demonstrasi tersebut bukan datang dari kehendak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, tetapi dari gerombolan yang diketuai oleh UMNO. Kerana itu mereka seolah-olah menganggap demonstrasi tersebut dirancang atas kepentingan politik.

Malah ada yang berpendapat, mereka lebih berminat menyuarakan bantahan melalui perundingan, mesyuarat, perbincangan dan sebagainya. Namun bagi saya, antara isu yang perlu kita renungkan bersama ialah:

1.    Isu pembinaan Kuil Hindu tersebut telah diputuskan oleh EXCO kerajaan negeri. Persatuan penduduk sudah semakin sukar untuk mendapatkan ruang untuk perbincangan.

2.    Demontrasi tersebut bertujuan untuk membela penduduk Islam di Seksyen 23 Shah Alam. Siapa penganjur bukan isunya. Yang penting ia bertujuan untuk membela umat Islam yang semakin tertekan.

3.    Kenapa KEPALA LEMBU sibuk dipertikaikan, dengan alasan menyentuh sensitiviti bangsa lain. Bagaimana dengan 2 KEPALA BABI di Surau Universiti Malaya. Di mana suara pejuang Islam. Tak tersinggungkah penganut Islam dengan penghinaan begitu.

4.    Dikhabarkan demonstrasi tersebut membawa bersama sepanduk yang bersifat menghasut dan berbau perkauman. Adakah hanya melihat sepanduk perkauman tersebut. Bacalah blog-blog sebahagian dari pemimpin politik ekstrem yang terang-terang menghina Islam dan Melayu. Bacalah penghinaan mereka tentang islam kepada Dr. Riduan Tee. Adakah itu bukan menghina islam namanya.

5.    Adakah kerana penghinaan tersebut dibuat oleh kafir laknatullah yang menjadi teman sekongkol maka ia dianggap halal, tetapi bagi yang dilakukan oleh umat islam yang diluar kelompok, maka ia dianggap untuk kepentingan peribadi.

6.    Dikatakan juga bahawa majoriti penduduk Seksyen 23 Shah Alam dari kalangan berpendidikan dan mereka tidak mudah terpengaruh dengan kaedah demonstrasi bagi menyelesaikan masalah. Adakah pengikut Demontrasi menentang ISA pada 1 Ogos yang lalu merupakan pengikut bodoh dan bangang. Adakah memang begitu, bagi pengikut yang BODOH dan BANGANG mereka hyanya layak dikerah seperti lembu untuk berdemonstrasi. Kesian mereka…sedangkan mereka ditarbiahkan bahawa tindakan itu sebagai sebuah jihad. Kenapa tidak gunakan saluran  perundingan, mesyuarat, perbincangan dan sebagainya bagi menyelesaikan isu ISA. Kenapa mesti berdemonstrasi…!!!

Kesimpulannya : Sedarlah, islam semakin terhimpit gara-gara sikap Assobiyah dan seolah-olah islam sedang kembali ke zaman jahiliah semula. Hidup sekadar mengutamakan kepentingan kaum dan kelompok sendiri. Dayusnya Islam yang sekadar berdiam diri di ludah-ludah oleh kafir laknatullah, gara-gara gilakan kuasa. Ingatlah sedikit peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Tindakan pertama yang Rasullullah buat ialah menyatukan dan mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar, kerana itulah tuntutan dari Allah SWT. Kita lupa semua itu, kerana taksub, dendam dan gilakan kuasa dunia yang yang bakal menjadi kayu apai untuk membakar kita di akhirat nanti.