NIk AjesNIK AZIZ NIK MAT – MURSYIDUL AM PAS

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga”.

Terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

Tan Sri HarussaniTAN SRI HARUSSANI ZAKARIA – MUFTI PERAK

Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.

“Syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.

”Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan,”.

Jamil KhirDATUK JAMIL KHIR BAHAROM – MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Seorang pendakwah yang menyeru kepada kebaikan mesti menjaga adab dengan tidak menjadi penghukum terhadap umat Islam yang lain. Allah juga menegah hamba-Nya daripada memberi gelaran yang tidak baik kepada orang lain demi menjaga keharmonian hidup.

”Sebagai daie atau pendakwah, kita perlu menjaga batas-batas seorang daie dan tidak boleh menghukum orang itu betul atau salah.

FIKIRLAH DENGAN HIDAYAH ALLAH SWT…

JANGAN FIKIR DENGAN RASA TAKSUB DAN EMOSI YANG

DIPANDU OLEH SYAITAN YANG DIREJAM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: