LOKE SIEW FOOK, JEFF OOI DAN RONNIE LIU KETERLALUAN…!!!

PAS sekongkol DAP

Perangai 3 pemimpin DAP ini sudah keterlaluan. Mereka bukan sahaja langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam, malah berani menghina Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mereka ini bagi saya langsung tidak layak diberi ruang bebas di bumi Malaysia.

Tetapi…soalnya sekarang, kenapa mereka jadi sebegitu berani…???. Siapa yang berani menegur dan berdebat secara langsung dengan bangsat-bangsat ini. Teman sekongkol mereka yang beria-ia mengaku pejuang Islam pun tidak mampu berbuat apa-apa, malah sedang menjalin hubungan yang lebih erat…gara-gara mabuk dan gilakan kuasa. Akhirnya mereka juga sama. Jadilah kerbau dicucuk hidung.

Sekali pandang seperti kurang ajar benar ayat yang saya utarakan. Namun hati kecil ini seolah-olah tak mampu lagi nak membendung kemarahan dan kekecewaan atas sikap saudara seislam, yang lebih rela berjabat tangan dan berpelukan dengan DAP musuh sebenar Islam, dari membina perpaduan sesama Islam. Benarlah ingatan Allah SWT dalam Firmannya : “berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam), jangan kamu berpecah belah”.

INILAH BAHANA PECAH BELAH….MUSUH ISLAM SEDANG BERMAHARAJALELA.

2 Responses to “LOKE SIEW FOOK, JEFF OOI DAN RONNIE LIU KETERLALUAN…!!!”

  1. zainal mohd jais Says:

    Sahabat,
    Kita anggap sahaja begini,
    Tuhan sedang menguji orang UMNO, memberi isyarat supaya memuhasabah diri dan parti.
    Dan Tuhan sedang memberi kesempatan kepada rakyat melihat sendiri, belang sebenar PAS dan Anwar Ibrahim.
    Hakikatnya, hanya UMNO yang layak dan berupaya memimpin bangsa.
    Jika kita sentiasa menginsafi kesilapan, dan berusaha memperbaiki diri, Tuhan akan membantu kita untuk kita mempertahankan bangsa.
    Jika kita terus alpa, berdasarkan momentum yang ada hari ini, bangsa kita akan hancur.
    Semoga kita terelak dari dihina oleh anak cucu kita satu hari nanti.

  2. fuad Says:

    orang islam wajib undi pas…kalau tak da pilihan misalnya umno lawan dap elok laa undi umno….islam mesti didahulukan walau umno itu fasik dan sekular kerana Nabi masih melayan Abdullah bin ubay bapak munafik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: