Archive for August, 2009

PENYOKONG PAS KENA TIPU LAGI….

August 20, 2009

PAS BeeerrrrrDATO’ HASAN ALI – EXCO Selangor berjaya memperdayakan penyokong-penyokong PAS di Selangor dengan ugutan beraninya untuk MELETAKKAN JAWATAN sebagai EXCO jika Ronnie Liu tidak disingkirkan sebagai EXCO gara-gara Ronnie campur tangan dalam hal penjualan arak secara terbuka di negeri Selangor.

Beria-ia benar nampaknya dato Hasan Ali nak letak jawatan. Rupanya semangat tu Cuma seminggu….lepas tu Hasan Ali dah salam balik dengan Ronnie Liu….mungkin sambil kata…”Solly aaa blader….waaa…gempak lu jerrr…”. Laaa…kan mereka hampir sama…satu laung TAK…BIRRRR…satu lagi laung TAKE….BEERRRRRRR….

Lagi terkedu Hasan Ali….bila tetiba….kerajaan negeri lulus pulak nak bina kuil di Seksyen 23 Shah Alam….yang penduduk islamnya ada lebih kurang 95%. Apa pulak agaknya modal sandiwara Hasan Ali lepas ni….

Advertisements

SALAM RAMADAN 1430H

August 19, 2009

KAY Ramadan

SALAM RAMADAN AL MUBARAK 1430M/2009H.

MOGA RAMADAN KALI INI MENJANJIKAN PENINGKATAN IMAN DAN TAQWA YANG LEBIH TINGGI KEPADA ALLAH SWT, INSYAALLAH.

MOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN MANUSIA YANG BANYAK MANFAATNYA KEPADA MANUSIA LAIN.

August 18, 2009

NIk AjesNIK AZIZ NIK MAT – MURSYIDUL AM PAS

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga”.

Terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

Tan Sri HarussaniTAN SRI HARUSSANI ZAKARIA – MUFTI PERAK

Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.

“Syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.

”Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan,”.

Jamil KhirDATUK JAMIL KHIR BAHAROM – MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Seorang pendakwah yang menyeru kepada kebaikan mesti menjaga adab dengan tidak menjadi penghukum terhadap umat Islam yang lain. Allah juga menegah hamba-Nya daripada memberi gelaran yang tidak baik kepada orang lain demi menjaga keharmonian hidup.

”Sebagai daie atau pendakwah, kita perlu menjaga batas-batas seorang daie dan tidak boleh menghukum orang itu betul atau salah.

FIKIRLAH DENGAN HIDAYAH ALLAH SWT…

JANGAN FIKIR DENGAN RASA TAKSUB DAN EMOSI YANG

DIPANDU OLEH SYAITAN YANG DIREJAM.

LOKE SIEW FOOK, JEFF OOI DAN RONNIE LIU KETERLALUAN…!!!

August 11, 2009

PAS sekongkol DAP

Perangai 3 pemimpin DAP ini sudah keterlaluan. Mereka bukan sahaja langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam, malah berani menghina Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mereka ini bagi saya langsung tidak layak diberi ruang bebas di bumi Malaysia.

Tetapi…soalnya sekarang, kenapa mereka jadi sebegitu berani…???. Siapa yang berani menegur dan berdebat secara langsung dengan bangsat-bangsat ini. Teman sekongkol mereka yang beria-ia mengaku pejuang Islam pun tidak mampu berbuat apa-apa, malah sedang menjalin hubungan yang lebih erat…gara-gara mabuk dan gilakan kuasa. Akhirnya mereka juga sama. Jadilah kerbau dicucuk hidung.

Sekali pandang seperti kurang ajar benar ayat yang saya utarakan. Namun hati kecil ini seolah-olah tak mampu lagi nak membendung kemarahan dan kekecewaan atas sikap saudara seislam, yang lebih rela berjabat tangan dan berpelukan dengan DAP musuh sebenar Islam, dari membina perpaduan sesama Islam. Benarlah ingatan Allah SWT dalam Firmannya : “berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam), jangan kamu berpecah belah”.

INILAH BAHANA PECAH BELAH….MUSUH ISLAM SEDANG BERMAHARAJALELA.

PAS – Malukut di tepi gantang

August 8, 2009

pas-arak

PAS ibarat malukut di tepi gantang dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Suara PAS ibarat langau yang mengganggu tidur nyenyak TS Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu. Yang pasti, PAS hanya menumpang dalam Pakatan Rakyat. Kerusi minoriti yang diperolehi PAS dalam PRU12 yang lalu bukanlah jaminan utama untuk parti ini menyalak dalam Pakatan Rakyat.

Pastinya, andaian Dato’ Ahmad Shabery Cheek yang mengatakan bahawa PAS sedang bersandiwara mengenai isu arak di Selangor adalah benar. Kerajaan negeri dah buat keputusan dan selepas ini PAS akan tutup mulut, sebelum diherdik oleh PKR dan DAP.

Inilah satu kejayaan besar Konsep PAS for All. PAS kena bersedia untuk menerima kesan dari konsep tersebut.

Kini tanggungjawab UMNO sepenuhnya untuk menentang secara agresif terhadap tindakan dan keputusan kerajaan negeri mengenai isu arak ini, kerana telah terbukti selama ini, kesucian Islam di bumi Malaysia telah berjaya dipertahankan oleh UMNO sejak 50 tahun yang lalu.

Moga isu ini menjadi renungan umat Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia – Mana Kaca, Mana Permata.