Archive for July, 2009

PKFZ : ADA YANG KECEWA DENGAN JAWAPAN KHALID IBRAHIM

July 14, 2009

PKFZ
TIADA BUKTI PENYELEWENGAN DALAM PKFZ

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata setakat ini tidak ada bukti menunjukkan berlaku penyelewengan di dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Beliau berkata, pada pendapatnya apa yang berlaku ialah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tidak mahir dalam pengurusan di zon perdagangan bebas itu dan perlu bertanggungjawab dengan pelaburan yang dibuat.

Ada yang kecewa dengan jawapan TS Khalid Ibrahim ini, terutamanya di Kapar. Kerana difahamkan sudah ada individu dan gerakan kumpulannya yang sedang memainkan peranan untuk mengambil alih kepimpinan UMNO Kapar, kerana mengharapkan satu dua nama yang dikaitkan dengan PKFZ ini di dakwa gara-gara isu ini. Nampaknya ‘masuk angin keluar asap’ kumpulan ini yang berhasrat untuk menangguk di air keruh.

Yang pasti isu PKFZ ini mesti dilihat dari sudut bisness dan pelaburan jangka panjang. Bukan mengharapkan ada pihak yang jatuh, agar ada pihak lain yang boleh mengambil kesempatan secara mudah. TS Khalid Ibrahim lebih melihat PKFZ dari aspek korporat dan perniagaan.