NIK AZIZ PUAS…HAJI HADI TUNGGU MASA….

NIK AJES & LEE

TENTUNYA PENYOKONG PAS TEGAR YANG TAKSUB KEPADA NIK AZIZ AKAN MARAH BILA SAYA CATATKAN BAHAWA NIK AZIZ PUAS BILA BERJAYA MENGHALANG HASRAT HAJI HADI UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN PERPADUAN BERSAMA UMNO.

BILA IDEA KERAJAAN PERPADUAN MUNCUL DARI PEMIKIRAN HAJI HADI, LANTAS DISOKONG OLEH NASHARUDDIN, NIK AZIZ TERUS MELENTING DAN MELABEL NASHARUDDIN SEBAGAI SAMPAH DAN BONEKA UMNO, MALAH MENCABAR NASHARUDDIN MELETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS.

SOALNYA…KENAPA NIK AZIZ MARAH SANGAT DENGAN IDEA KERAJAAN PERPADUAN YANG DIUTARAKAN OLEH HAJI HADI. LUPAKAH NIK AZIZ…, DIA SIAPA DALAM PARTI….BELIAU HANYA SEORANG MURSYIDUL AM, SEDANGKAN HAJI HADI PRESIDEN. TENTUNYA PRESIDEN LEBIH BERHAK MENENTUKAN HALATUJU PARTI.

TINDAKAN NASHARUDDIN MENYOKONG HAJI HADI MEMANG TEPAT. ATAS PRINSIP POLITIK, SEORANG TIMBALAN PRESIDEN SEWAJARNYA MENYOKONG TINDAKAN PRESIDENNYA, TERUTAMA DALAM HAL YANG MAMPU MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM DAN MELAYU. SAYA YAKIN, HAJI HADI DAN NASHARUDDIN MEMIKIRKAN SOAL ITU, SEHINGGA SANGGUP MENGENEPIKAN SOAL KEPENTINGAN PARTI DAN PERIBADI. INILAH CIRI KEPIMPINAN ISLAM SEBENAR.

NAMUN APA PUN SAYA YAKIN, IDEA KERAJAAN PERPADUAN YANG ADA DALAM KEPALA HAJI HADI PASTI AKAN BELIAU LAKSANAKAN JUGA….TENTUNYA SELEPAS NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA NANTI. SAYA YAKIN, HAJI HADI SUDAH NAMPAK BAHAYA YANG SEDANG MENUNGGU UMAT ISLAM DAN MELAYU DI NEGARA INI. SAYA JUGA PERCAYA HAJI HADI SUDAH MELIHAT WAJAH SEBENAR DAP DAN PKR UNTUK MENGHANCURKAN BUKAN SAHAJA NEGARA TETAPI UMAT ISLAM.

HAJI HADI BERUNDUR SEBENTAR DARI MENERUSKAN KERAJAAN PERPADUAN INI, ATAS DASAR MENJAGA HATI SEORANG WARGA EMAS DALAM PAS…TUNGGULAH, MATI SAHAJA NIK AZIZ…, PASTI HAJI HADI KEMBALI MENERUSKAN GAGASANNYA KEPADA NEGARA PERPADUAN….INSYAALLAH.

One Response to “NIK AZIZ PUAS…HAJI HADI TUNGGU MASA….”

  1. penulis_cyber Says:

    salam bro.jemput ziarah blog saya !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: