UNTUK RENUNGAN BERSAMA…

komunis2ISU Chin Peng telah mendapat perhatian ramai di kalangan penulis blog dan kebanyakan mereka menyokong keputusan kerajaan yang tidak membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu dibawa pulang ke tanah air.

Al-Azharri Siddiq Kamunri dalam blog Jentayuabaka (www.jentayuabaka. com) mempersoalkan kenapa Chin Peng ingin kembali ke Malaysia sedangkan beliau percaya dia akan lebih selamat berada di negara China.

Dengan memetik pandangan bekas Pakar Perang Saraf Komunis, mendiang C.C. Loo, penulis itu bersetuju bahawa ideologi dan gerakan PKM masih hidup walaupun pertubuhan itu sudah mati. “Mendiang C.C. Loo ternyata benar, selepas lebih 20 tahun PKM meletak senjata dalam Perjanjian Hatyai, hari ini ideologi dan gerakan itu masih wujud,” tulis beliau.

Katanya, gesaan Gerakan yang mahukan Chin Peng dibenarkan pulang tidak lebih bersifat politik khususnya menarik sokongan Cina kepada parti itu. Parti itu telah silap kerana politik tidak boleh dicampur-aduk dengan pentadbiran kerajaan dan keselamatan negara, katanya.

“Biarkanlah Chin Peng tinggal di Thailand sehingga dia menemui si Pencipta,” tulis Jailani Haron pula dalam blog Just Read (justread-whatever. blogspot. .com), semalam. Katanya, membawanya pulang membuatkan sebahagian rakyat akan meletakkan dia sebagai wira terutama mereka yang mahu melihat negara berpecah-belah.

“Hanya satu alasan, nama Chin Peng telah terpahat dalam sejarah… sebagai seorang pembunuh,” tulisnya. Beliau menulis, terlalu banyak memori pedih dan sedih berkaitan PKM termasuk pembunuhan beramai-ramai yang boleh menimbulkan kemarahan terutama di kalangan keluarga mangsa serta pasukan keselamatan negara yang menentang dan gugur di medan perang. Zainal A. Kassim (c-bok.blogspot. com) turut menyelar sikap sesetengah pihak yang bersimpati dengan Chin Peng dan berharap mereka akur dengan keputusan kerajaan.

“Pihak kerajaan tentu tahu siapa mereka dan Perdana Menteri sendiri telah dengan tegas mengatakan tidak kepada sebarang usaha untuk membawa pulang Chin Peng ke Malaysia. “Jangan kita musnahkan keamanan yang telah kita bina hanya kerana seorang Chin Peng!,” tulisnya. Katanya, sebarang usaha untuk menyemai rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut akan menyebabkan negara kembali kepada keadaan tidak aman dan huru-hara seperti mana zaman darurat dahulu.

Sementara itu, Shamsul Yunos (marahku.blogspot. com) DAP yang menunggangi Pas dan PKR dalam pakatan pembangkang mahu mengagung-agungkan Chin Peng, seorang pejuang komunis. Malah ada pemimpin PKR turut mengagungkan PKR, katanya. “Jadi, ketika DAP mendesak supaya Chin Peng dibenarkan pulang, apa pula pendirian orang Melayu terhadap usaha ini?, tulisnya.

One Response to “UNTUK RENUNGAN BERSAMA…”

  1. tuahwangi Says:

    Assalammualaikum………….

    Hebatlah sungguh dan begitu menakjubkan tulisan saudara…sekali lalu lihat tulisan saudara bagaikan seorang ahli pemikir ulung seperti yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini…

    Malang sungguh dan begitu jijik dan aiblah bahagian Kapar..berbagai kejadian, acara, tragedi yang berlaku di bahagian kapar, tak siapa pun termasuk saudara yang bistari (cakap tak serupa bikin) dapat mengubah, menghurai dan melelurkan satu buah fikiran yang boleh merubah dan mencorak, membersih serta memberi satu nafas baru kepada bangsa melayu dan bahagian kapar..yang saudara sibuk, isu-isu nasional..tempat sendiri buta..ini bukan pepatah gajah depan mata tak kelihatan..semut di persada pantai kelihatan…tetapi inilah dikatakan sebagai kebodohan melampau yang tak boleh langsung nak di ajar…

    Sekian, wassalam…semoga bahagian kapar boleh menelurkan buah fikiran yang hebat-hebat diperingkat nasional tetapi tidak sama sekali di bahagian kapar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: