Archive for May, 2009

AKHIRNYA PAS TERKENA….

May 6, 2009

pas-hsncussss1.    AKHIRNYA, PAS terkena dengan mainan politik Anwar Ibrahim. Anwar semakin hampir berjaya menguasai PAS melalui strategi kotornya dengan memperalatkan pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang pro kepada ideologi Anwar.

2.     AKHIRNYA, cita-cita Anwar untuk menguasai dan melenturkan sikap extrimis PAS semakin berjaya dengan meletakkan orang-orangnya yang dianggap golongan professional.

3.     AKHIRNYA, PAS bakal luntur ideologi perjuangan tulen Islamnya apabila kelompok erdogan mula menguasai kepimpinan tertinggi PAS.

4.     AKHIRNYA, kelompok Ulama’ dalam PAS bakal tersingkir secara perlahan-lahan.

5.     AKHIRNYA, suara Ulama’ tulen dalam PAS hanya dianggap sekadar memberikan ‘Pandangan Peribadi’ dalam perkada-perkara dasar PAS.

6.     AKHIRNYA, kelompok erdogan semakin melihat Ulama’ dalam PAS gagal membawa halatuju PAS yang sebenar. Halatuju PAS makin kabur.

7.     AKHIRNYA, PAS bakal jadi sebuah parti yang tarafnya sama seperti PKR dan DAP.

8.    AKHIRNYA, PAS bakal mempunyai seorang penasihat yang bernama ANWAR IBRAHIM.

9.     AKHIRNYA, PAS pasti mengakui bahawa mereka gagal untuk mempergunakan Anwar demi kepentingan politik PAS, tetapi PAS pula yang diperkudakan oleh Anwar.

10.    AKHIRNYA, tertipu jugalah penyokong PAS yang selama ini begitu taksub menyokong PAS yang dikatakan berjuang demi Islam.

PAS…BAGAI TELUR DIHUJUNG TANDUK

May 4, 2009

ulamak-erdogan

(DIPETIK DARI BLOG MALAYSIA INFO) SAH!!! ANWAR SUDAH BERJAYA MERACUNI DAN MEMPORAK PERANDAKAN KEPIMPINAN PAS SEKARANG. SEJAJAR DENGAN CITA-CITA ANWAR UNTUK MENJADI PEMIMPIN NOMBOR SATU MALAYSIA, ANWAR MULA MEMONOPOLI SEMUA INDIVIDU YANG CUBA UNTUK MENENTANGNYA TERMASUK DALAM KALANGAN RAKAN KONGSINYA DALAM PAKATAN PEMBANGKANG.

SAYA MELIHAT DARI ASPEK RINGKAS TENTANG APA YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG.

1.    TG NIK AZIZ DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAS SUDAH MULA RASA TAK KISAH JIKA ADA PEMIMPIN PAS YANG LAIN MENAWARKAN DIRI UNTUK BERTANDING SEMUA JAWATAN TERTINGGI DALAM PEMILIHAN PAS AKAN DATANG.

2.    TERBUKTI KELOMPOK YANG SALING TAWAR MENAWAR BERTANDING JAWATAN DALAM PAS ADALAH ANTARA KUMPULAN ULAMA’ DAN KUMPULAN ERDOGAN (KUMPULAN YANG PRO ANWAR DAN PKR).

3.    SUARA ULAMA’ YANG MENGURUS DAN MENGEPALAI PAS SEKIAN LAMA SUDAH DIANGGAP TIDAK RELEVAN. NASIHAT MEREKA SEKADAR DILEBEL ‘PANDANGAN PERIBADI’.

4.    KUMPULAN INI LEBIH MENDENGAR SUARA YANG BERADA DIBELAKANG MEREKA IAITU ANWAR IBRAHIM.

5.    PAS SUDAH TIDAK MAMPU LAGI MENUTUP SITUASI BERANTAKAN YANG SEDANG MELANDA PARTI ITU. SUKA ATAU TIDAK MEREKA PERLU AKUI KEPIMPINAN ULAMA’ SEMAKIN TERPINGGIR DALAM PAS.

6.    SEDANGKAN PEMIMPIN ULAMA; YANG SUDAH BERPULUH TAHUN BERTAPAK DALAM PAS MASIH GAGAL MELAKSANAKAN HUDUD, INIKAN PULA KELOMPOK PREFESIONAL YANG SANGAT CETEK LATARBELAKANGKAN PENDIDIKAN AGAMANYA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PIMPINAN ULAMA’.

7.    SEKIAN LAMA KEPIMPINAN ULAMA; PAS TIDAK PERNAH MENENTANG APATAHLAGI MENDERHAKA PADA RAJA. NAMUN BAKAL CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS ADALAH MERUPAKAN PENDERHAKA RAJA, KERANA MERASAKAN DIRINYA SANGAT POPULAR LANTARAN KEBERANIANNYA MENENTANG RAJA, BUKAN KEBERANIANNYA MEMPERTAHANKAN ISLAM.

KESIMPULANNYA SANGAT MUDAH. SETELAH SEKIAN LAMA PAS GAH DENGAN PERJUANGAN ISLAMNYA. MAKA INILAH ADALAH MASA DAN DETIKNYA KEJATUHAN PAS DI MALAYSIA, JIKA PAS TIDAK BERUSAHA UNTUK MEMBENDUNG PERMAINAN POLITIK KOTOR ANWAR IBRAHIM. PAS MESTI SEDAR, BUDAYA POLITIK KOTOR ANWAR, SEBAGAIMANA KARPAL SINGH…YANG TELAH LAMA SEDAR MAINAN POLITIK KOTOR ANWAR.

PAS HARUS BANGUN…JIKA INGIN TERUS SURVIVAL SEBAGAI PARTI ISLAM TULIN DAN MANTAP DENGAN DASAR PERJUANGANNYA.