MEREKA SEDANG TERNANTI-NANTI….

Pemilihan UMNO Bahagian Kapar dah lama selesai. Perhimpunan Agung UMNO juga dah tamat. 3 Pilihanraya Kecil di 2 bukit dan 1 batang juga dah habis. PM  dan kabinet baru pun dah lantik. Kita semua dah menarik nafas lega. Kepimpinan baru di semua peringkat dah dipilih. Cuma sekarang dalam usaha melaksanakan proses transformasi, sebagaimana yang dijanjikan dalam semua persidangan dan pilihanraya serta barisan ‘Kabinet Rakyat’ yang baru.

Saya bukan nak menyentuh sangat hal-hal negeri dan nasional. Kita faham, ia akan dilaksanakan oleh pimpinan yang bertanggungjawab. Cuma elok kalau dinyatakan disini, saya banyak menerima luahan rasa kawan-kawan dari cawangan-cawangan yang masih ternanti-nanti apa program dan perancangan UMNO Bahagian Kapar di kawasan Parlimen Kapar dan semua DUN-DUN. Kawan-kawan terasa macam dah mula sejuk dan senyap. Mungkin mereka perati kita kurang agresif sebagai pembangkang, kerajaan negeri pulak yang agresif menggasak kita, sedangkan waktu kita (UMNO/BN) kerajaan dulu, pembangkanglah yang melantak kita bertali arus, sampai nak bernafas pun payah.

Sekarang giliran kita pulak sepatutnya melantak kerajaan negeri habis-habisan. Berbagai isu dan kelemahan yang berlaku, tapi masih tak Nampak lagi ada gerakan agresif dari kita semua. Kenapa aganya…itu yang kawan-kawan asak tanyakan pada saya. Adakah kita masih rasa selesa lagi walaupun dah jadi pembangkang, kerana kita masih rasa yang dipersekutuan masih BN, atau kita masih lagi bermimpi diawang-awangan atau berada di zon selesa kerana dah pernah jadi kerajaan selama 50 tahun. Ramai kawan-kawan yang mengingatkan bahawa kita harus cepat sedar, PRU13 pada 2012 bukannya lama sangat. Kalau kita terus begini, takut nanti kita terus senyap dan tak mampu bangkit lagi.

Sekali pandang, kadang-kadang pedih juga bila kawan-kawan gasak kita. Tapi bila fikir-fikir balik, betul juga kata mereka. Saya terima semua teguran tersebut dengan ikhlas dan terbuka. Mereka lebih Nampak situasi yang sedang berlaku, sebab mereka berada diakar umbi. Secara peribadi, saya lebih percayakan mereka, kerana mereka adalah kelompok yang sangat sayangkan UMNO dan survival agama dan bangsa.

AYUH…!!! BERUBAHLAN…KITA KENA KELUAR DARI ZON SELESA INI…!!!

7 Responses to “MEREKA SEDANG TERNANTI-NANTI….”

  1. kasih Says:

    Salam,

    Benar apa yang dikata bahagian kapar kini senyap sunyi…tiada apa2 aktiviti dan perancangan yang dirancang untuk kembali mendapatkan sokongan rakyat…alhamdulillah saudara sedar..tetapi apa yang ditunggu lagi….maaf saya katakan ..saudara, apa guna saudara menulis di ruangan ini jika tiada yang melihatnya atau membacanya..hanya segelintir sahaja..sudah berapa tajuk dan rencana saudara taipkan di ruangan ini tetapi berapa yang memberi komen….pada pasndangan saya saudara perlu lebih kreatif untuk mendekatkan dan merialisasikan buah fikiran saudara kepada raka-rakan di peringkat bahagian…tak guna hanya saudara yang menyedarinya tetapi yang lain..masih alpa dan leka dengan kedudukan dan jawatan yang disandangkan…tak kan begitu lama untuk mengambil masa membuat “postmoterm” untuk umno bahagian kapar….sudahkah ada laporan yang dikeluarkan dan dibincangkan di peringkat bahagian…saya bukan apa kerana..bagi peringkar akar umbi mahukan perubahan..tetapi ia dihalang oleh mereka-mereka yang mementingkan jawatan,pangkat dan mengejar nama serta kekayaan sedangkan mereka sebenarnya telah kehabisan idea..kreativi..masyarakat sekarang masyarkat yang celik dan berpengatahuan…perlu diingat..bukan dengan menganjurkan aktiviti yang lebih ke arah hiburan dapat memikat hati masyarakat tempatan..tetapi mereka sebenarnya mahukan perubahan dari sektor kehidupan dan perangsangan ekonomi..apa yang umno bahagian kapar lakukan untuk menjana pendapatan masyarakat umno bahagian kapar? saudara renung-renungkanlah sendiri…..? PRU13 bakal menjelma…apakah saudara dan barisan-barisan AJK umno bahagian kapar telah membuat perancangan dan persediaan…dimana mereka-mereka yang diatas? turun-turunkah mereka melihat ke cawangan…..atau hanya menampakkan muka bila mahu meraih undi…belanja makan….sanggup datang kerumah…bila sudah mendapat sokongan….mana perginya mereka ini semua….adakah menunggu pilihanraya..pencalonan..mendapatkan undi baru terkedek2 untuk datang ke cawangan……saudara fikir-fikirkanlah,saya hanya sekadar memberi padangan…UMNO KAPAR PERLU PERUBAHAN DAN MUKA-MUKA BARU…untuk menerajui UMNO BAHAGIAN KAPAR…..

  2. Kay Says:

    Salam Kasih,

    Saya sedar, tak ramai rakan kita yang berkunjung dialam siber ini. Saya lampirkan tulisan ini dengan harapan ada rakan-rakan yang sudi membantu memberikan buah fikiran dan pandangan, kerana setiap pandangan dan teguran yang saya terima akan saya panjangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kapar.

    Sebagai salah seorang yang mengganggotai jawatankuasa tersebut, saya punyai ruang untuk menyampaikan segala luahan rasa akar umbi dan sahabat-sahabat saya dalam UMNO. Saya bersedia menjadi agen penyampai kepada pimpinan UMNO bahagian, kerana saya dipilih oleh akar umbi untuk mewakili mereka. Saya sangat hargai segala pandangan, idea dan teguran dari rakan-rakan sekalian.

    Terima Kasih.

  3. Ahli UMNO BSS Fasa 4 Says:

    Kami ahli-ahli UMNO Cawangan BSS Fasa 4 masih juga tertunggu-tunggu akan program dan aktiviti atau perancangan dari Bahagian untuk kami di cawangan ini.

    Paling tidak pun salurkan sedikit peruntukan untuk kami menjalankan aktiviti setempat. Janganlah setakat brjumpa dengan puak-puak sendiri dan cawangan kecil seperti kami ini diketepikan sahaja.

    Harus diingat semasa pemilihan peringkat bahagian, cawangan kami telah menyokong 100% jawatankuasa yang ada sekarang dan telah sampai masanya anda sekelian terutama Ketua Bahagian, Ketua Pemuda membalas balik kepercayaan dan kesetiaan kami ini. Bukan setakat dengan kata-kata “TERIMAKASIH”

    Kami bukan berniat apa-apa namun kita harus sedar dengan situasi sekarang yang tidak lagi memihak kepada kita disebabkan kelemahan, kesombongan, kebongkakan kita selama ini.

    Dan sikap sebegini masih lagi wujud terutama dikalangan pemimpin-pemimpin Bahagian. Itulah yang kami kesalkan.

    Sebagai ahli yang sayangkan UMNO daripada pemimpinnya, saya berpendapat bahawa pemimpin yang gagal menjadi pemimpin yang baik, yang dimahukan oleh akar-umbi seharusnya berundur dengan kadar segera.

    Ini adalah kerana saya yakin bahawa kita seharusnya tidak perlu untuk menunggu sehingga pemilihan akan datang untuk menukar pemimpin tetapi harus berlaku dengan serta merta.

    Tidak mustahilkan? Berubahlah…..

  4. laxmanemelayu Says:

    Salam… Seperti apa yang diluahkan adalah tepat dan ahli-ahli yang bercakap, bercerita, meluahkan memang mereka menunggu usaha-usaha trnsformasi yang hendak dijalankan dalam parlimen kapar khasnya di Dun Meru… Seperti yang diketahui…medium internet dan blog ini dikunjungi oleh segelintir mereka yang ingin memajukan diri dalam arus pemodenan dan mereka mereka yang ingin mendapatkan informasi dengan lebih cepat dan terkini. Memang benar tidak ramai orang-orang kampung dan ahli-ahli yang telah berusia menceburi bidang IT ini…IT ini sepatutnya diperkenalkan kepada golongan Ketua-ketua Pemuda dan Puteri agar mereka dapat segala informasi terkini untuk diterangkan kepada ahli dan masyarakat sekeliling.
    Ahli -ahli UMNO sememangnya harus sedar dan berubah untuk mendekati masyarakat,ini kerana masyarakat sudah mula muak dan jelak dengan sikap segelintir pemimpin umno di bahagian yang mana dahulu semasa BN mempunyai kuasa pun bersikap sombong dan apatah lagi setelah tewas pada PRU12 yang lalu dan masih lagi sombong…segelintir mereka ini memang amat hipokrit…semasa kempen pemilihan untuk bahagian…ramailah yang datang dengan senyum lebar dan gelak ketawa konon-konon bersikap ramah dengan orang ramai…namun setelah berjaya mendapat jawatan dan G7 mulalah sombong…jenguk pun tidak…apakan lagi bertanya khabar…setelah direnungkan apalah yang mereka kejarkan dalam jawatan…mereka-mereka tu dah la orang lama…aktiviti dah malas nak buat untuk ahli-ahli…orang lain buat aktiviti jemput pun tak nak datang…takut kena bagi sumbangan…kalau ditelefon minta sumbangan lagi lah…macam-macam alasan…jadi kepada mereka-mereka yang telah berjaya menjawat jawatan didalam bahagian sekarang ini,kalau dah taknak berkhidmat kepada masyarakat tidak perlulah menawarkan diri dalam pemilihan….sekarang in anda dinilai…untuk next term jangan mimpilah nak jawatan tapi tak nak bekerja…satu revolusi akan berlaku untuk pemilihan akan datang…tunggu dan lihat…anda semua diperhatikan….

  5. sungaipinang Says:

    Assalammualaikum, saya setuju dengan pendapat itu malah dari hari bermulanya kekalahan saya pada PRU12 tahun lepas… saya juga telah bertanya kepada beberapa orang ……kenapa kita solah -olah berlagak macam menang padahal kita kalah….kita bukannya seperti seekorharimau yang terjaga dari tidur tapi ibarat seekor kucing yang telah teralau kenyang…..(tidur la tu…)… baik dari peringkat cawangan hinggalah………..
    masa berpolitik dah habis…. sekarang tibalah masa berkerja…. ketepikan segala perselisihan dan ke tak samaan ..cari titik pertemuan……. kuat kan saf dan jentera…… bergerak dengan lebih agresif dan berkerjsama….. insyaallah…..kita akan berjaya……..

    Hidup Melayu, Hidup UMNO, Allahhuakbar…….

  6. Ritz Ariff Says:

    Salam,
    1) Saya berpendapat janganlah amalkan politik dendam-menendam, seperti kata saudara “Sekarang giliran kita pulak sepatutnya melantak kerajaan negeri habis-habisan”.

    2) Tindakan ini tidak menyelesaikan masalah malah dilaknat allah. DUN Bahagian Kapar masih lagi dipegang oleh BN-UMNO. Maka apa salahnya buat sahaja kerja dan laksanakan strategi yang ada (jika DUN Kapar ada strategi).

    3) Saudara Kay telah menjelaskan bahawa tak ramai yang melawat blog saudara Kay, ini merupakan peluang kepada UMNO kapar mengadakan bengkel IT dan internet dan memperkenalkan blog UMNO kapar (kalau adalah). Siapa “High Council UMNO Kapar” yang mempunyai blog selain daripada saudara.

    4) Banyak aktiviti dapat dilakukan selain dari kita amalkan budaya dendam-menendam. Adakah UMNO Kapar tahu apa yang diinginkan oleh ahlinya?? Janganlah transformasi hanya dilaungkan di peringkat Nasional tetapi tidak bersambut di peringkat bahagian atau cawangan.

    5) Sama-samalah saudara fikirkan besama AJK lain kerana orang Kapar sedang memerhati dan membuat penilaian. Jangan harapkan undi “Core Member di PRU 13 nanti….. Salam.

  7. Aliza Says:

    http://bbcatlover.blogspot.com/2009/04/tahniah-kerajaan-selangor.html

    Mohon pehak tuan salurkan maklumat ini pada pihak yang berkaitan/waris supaya diberi pelajaran kepada blogger yang celupar ini.

    http://jamilismail.blogspot.com

    saya orang jauh.. tak tahu mana nak salurkan..Port Klang dan Kapar saya tak pernah sampai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: