Archive for April, 2009

MEREKA SEDANG TERNANTI-NANTI….

April 13, 2009

Pemilihan UMNO Bahagian Kapar dah lama selesai. Perhimpunan Agung UMNO juga dah tamat. 3 Pilihanraya Kecil di 2 bukit dan 1 batang juga dah habis. PM  dan kabinet baru pun dah lantik. Kita semua dah menarik nafas lega. Kepimpinan baru di semua peringkat dah dipilih. Cuma sekarang dalam usaha melaksanakan proses transformasi, sebagaimana yang dijanjikan dalam semua persidangan dan pilihanraya serta barisan ‘Kabinet Rakyat’ yang baru.

Saya bukan nak menyentuh sangat hal-hal negeri dan nasional. Kita faham, ia akan dilaksanakan oleh pimpinan yang bertanggungjawab. Cuma elok kalau dinyatakan disini, saya banyak menerima luahan rasa kawan-kawan dari cawangan-cawangan yang masih ternanti-nanti apa program dan perancangan UMNO Bahagian Kapar di kawasan Parlimen Kapar dan semua DUN-DUN. Kawan-kawan terasa macam dah mula sejuk dan senyap. Mungkin mereka perati kita kurang agresif sebagai pembangkang, kerajaan negeri pulak yang agresif menggasak kita, sedangkan waktu kita (UMNO/BN) kerajaan dulu, pembangkanglah yang melantak kita bertali arus, sampai nak bernafas pun payah.

Sekarang giliran kita pulak sepatutnya melantak kerajaan negeri habis-habisan. Berbagai isu dan kelemahan yang berlaku, tapi masih tak Nampak lagi ada gerakan agresif dari kita semua. Kenapa aganya…itu yang kawan-kawan asak tanyakan pada saya. Adakah kita masih rasa selesa lagi walaupun dah jadi pembangkang, kerana kita masih rasa yang dipersekutuan masih BN, atau kita masih lagi bermimpi diawang-awangan atau berada di zon selesa kerana dah pernah jadi kerajaan selama 50 tahun. Ramai kawan-kawan yang mengingatkan bahawa kita harus cepat sedar, PRU13 pada 2012 bukannya lama sangat. Kalau kita terus begini, takut nanti kita terus senyap dan tak mampu bangkit lagi.

Sekali pandang, kadang-kadang pedih juga bila kawan-kawan gasak kita. Tapi bila fikir-fikir balik, betul juga kata mereka. Saya terima semua teguran tersebut dengan ikhlas dan terbuka. Mereka lebih Nampak situasi yang sedang berlaku, sebab mereka berada diakar umbi. Secara peribadi, saya lebih percayakan mereka, kerana mereka adalah kelompok yang sangat sayangkan UMNO dan survival agama dan bangsa.

AYUH…!!! BERUBAHLAN…KITA KENA KELUAR DARI ZON SELESA INI…!!!

TAHNIAH YBHG. DATUK HAJI FAIZAL ABDULLAH

April 2, 2009

datuk-haji-faizal

UMNO CAWANGAN SRI PUTRI 2 MERU MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN KAPAR DATUK HAJI FAIZAL BIN ABDULLAH DIATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (DJMK) YANG MEMBAWA GELARAN DATUK SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN.

SEMOGA DENGAN PENGANUGERAHAN DAN PENGIKTIRAFAN TERSEBUT MENJADI DORONGAN KEPADA YBHG. DATUK UNTUK TERUS MENABUR BAKTI DEMI KECEMERLANGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.