TAHNIAH PEMUDA UMNO SELANGOR!!!

pemuda-selangor1

Karpal Singh yang menggelarkan dirinya sebagai SINGH is KING…Tapi KING panik bila diasak oleh beberapa orang Ketua Pemuda UMNO dari Selangor di Parlimen baru-baru ini, gara-gara keceluparan mulut Karpal yang menggelar Pemuda UMNO sebagai CILAKA…serta menuduh Pemuda UMNO menghantar 2 butir peluru kerumah beliau.

Desakan pemuda yang terserempak dengan Karpal di Parlimen untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut, benar-benar mengecutkan Karpal. Karpal panic, gagap dan terkial-kial untuk menjawab desakan tersebut, sehingga memaksa beliau mencari bantuan hayat.

Bagi menunjukkan dirinya tidak bersalah, rakan-rakan sekutu Karpal mula mereka cerita bahawa, Karpal diserang. Tetapi secara munasabahnya, sapa la pulak yang nak serang Karpal…OKU yang tak mampu berbuat apa-apa pun, walaupun jika Pemuda UMNO waktu itu menjentik hidungnya. Karpal hanya mampu mengadu pada parlimen dan mendakwa Pemuda UMNO Selangor, jika dia rasa memang telah diserang secara kasar.

Apapun, kesemua 4 Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari Selangor yang terlibat dalam insiden tersebut telah dipanggil dan member keterangan di hadapan Jawatankuasa Parlimen, tanpa wakil dari pembangkang yang menarik diri dari menganggotai jawatankuasa tersebut. Karpal kena fahamlah, sebenarnya penarikan diri tersebut menunjukkan rakan-rakan Karpal sendiri pun dah bosan dengan karenah seorang tua di DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: