Archive for March, 2009

TAHNIAH

March 27, 2009

liza-ahmad
SELURUH WARGA UMNO CAWANGAN SRI PUTRI 2 MERU MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PUAN NORLIZA HAJI AHMAD KERANA TELAH TERPILIH SEBAGAI EXCO PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA. KAMI SENTIASA MENDOAKAN, MOGA SEGALA AMANAH DAN HARAPAN SERTA KOMITMEN WANITA UMNO, KHUSUSNYA DIBAHAGIAN KAPAR AKAN LEBIH MENINGKAT DAN MAMPU MEMBERIKAN KHIDMAT BERKESAN KEPADA SURVIVAL PARTI. MOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI PERJALANAN PERJUANGAN PUAN NORLIZA.

March 27, 2009

umno-malaysia

SYABAS DAN TAHNIAH

SAYA RAKAMKAN UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SAF PIMPINAN BARU UMNO MALAYSIA YANG TELAH DIBERI KEPERCAYAAN OLEH PARA PERWAKILAN UMNO UNTUK MEMBAWA SATU TRANFORMASI BARU DALAM KEPIMPINAN UMNO.

SEMOGA KALIAN SEMUA DIBERI RAHMAT DAN KEKUATAN DARI ALLAH SWT UNTUK MELAKSANAKAN SEGALA AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB DENGAN JUJUR DAN IKHLAS DEMI KEPENTINGAN DAN PERJUANGAN MEMARTABATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

KALIANLAH HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA.

UMNO…DULU, KINI DAN SELAMANYA….

SELAMAT BERSIDANG UMNO

March 24, 2009

perhimpunan-umno

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT BERSIDANG KEPADA SELURUH PERWAKILAN UMNO. SESUNGGUHNYA KALIAN DIBERI AMANAH UNTUK MENENTUKAN KEPIMPINAN NEGARA TERCINTA.

perhimpunan-agung-umno

KALIAN DIBERI AMANAH UNTUK MEMILIH PEMIMPIN YANG JUJUR DAN IKHLAS DALAM MEMPERJUANG DAN MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. INGATLAH…, SESUNGGUHNYA KALIAN BAKAL DITANYA KELAK…SIAPAKAH PEMIMPIN YANG KALIAN TELAH PILIH UNTUK MEMIKUL AMANAH TERSEBUT…

SELAMAT BERSIDANG
UMNO… DULU, KINI DAN SELAMANYA….

TAHNIAH PEMUDA UMNO SELANGOR!!!

March 19, 2009

pemuda-selangor1

Karpal Singh yang menggelarkan dirinya sebagai SINGH is KING…Tapi KING panik bila diasak oleh beberapa orang Ketua Pemuda UMNO dari Selangor di Parlimen baru-baru ini, gara-gara keceluparan mulut Karpal yang menggelar Pemuda UMNO sebagai CILAKA…serta menuduh Pemuda UMNO menghantar 2 butir peluru kerumah beliau.

Desakan pemuda yang terserempak dengan Karpal di Parlimen untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut, benar-benar mengecutkan Karpal. Karpal panic, gagap dan terkial-kial untuk menjawab desakan tersebut, sehingga memaksa beliau mencari bantuan hayat.

Bagi menunjukkan dirinya tidak bersalah, rakan-rakan sekutu Karpal mula mereka cerita bahawa, Karpal diserang. Tetapi secara munasabahnya, sapa la pulak yang nak serang Karpal…OKU yang tak mampu berbuat apa-apa pun, walaupun jika Pemuda UMNO waktu itu menjentik hidungnya. Karpal hanya mampu mengadu pada parlimen dan mendakwa Pemuda UMNO Selangor, jika dia rasa memang telah diserang secara kasar.

Apapun, kesemua 4 Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari Selangor yang terlibat dalam insiden tersebut telah dipanggil dan member keterangan di hadapan Jawatankuasa Parlimen, tanpa wakil dari pembangkang yang menarik diri dari menganggotai jawatankuasa tersebut. Karpal kena fahamlah, sebenarnya penarikan diri tersebut menunjukkan rakan-rakan Karpal sendiri pun dah bosan dengan karenah seorang tua di DAP.

SIDANG BODOH KERAJAAN PASIR 2 BUTIR

March 5, 2009

doremi1Kalaulah Tan Sri P. Ramlee masih hidup, pastinya dialah antara orang yang paling gelak melihat gelagat LAKSAMANA DO RE MI MODEN yang hadir bersidang di bawah pokok.

Apa tidaknya, akhirnya cerita fantasi rekaannya puluhan tahun yang lalu menjelma jadi kenyataan pada zaman IT dan abad ke 20. Nizar bersama Sivakumar dan rakan-rakan gembalanya berjaya merealisasikan angan-angan pelakon lagenda idola mereka itu untuk mengadakan sidang di bawah pokok.

Ada pulak pihak yang menyokong siding tersebut, dengan menyatakan sengaja berbuat demikian untuk memalukan negara. Namun bagi saya diorang punya pasalla nak malukan negara. Tetapi yang pasti, dunia akan melihat betapa bodoh dan bangangnya pemimpin politik yang dikatakan berpendidikan bertindak begitu.

Pemimpin politik di Gaza yang tak punya bangunan pun, tahu cari tempat untuk bersidang, ini kerana mereka di Gaza merupakan pemimpin yang punyai semangat juang ikhlas demi negara dan rakyatnya, bukan pemimpin yang  JAHIL MURAKKAB sekadar mahukan kuasa walaupun terpaksa menjadi kuda.