BILA EMOSI MENGUASAI IMAN…

dr-zambri

Peralihan kuasa di Perak sepatutnya tak jadi isu, kalau si gila kuasa seperti Anwar Ibrahim tidak terus memperkudakan MANTAN MB Perak, Nizar Jamaludin. Tetapi kerana terlalu rela menjadi kuda tunggangan Anwar yang baling batu sembunyi tangan, Nizar terus jadi Pak sanggup untuk di Kambing Hitamkan oleh Anwar dan sekutunya seperti Kit Siang dan Hadi Awang.

Malah lebih menyedihkan, yang beria-ia menggila di Perak ialah penyokong PAS, sementara penyokong DAP dan PKR lebih ramai yang sekadar memerhatikan dari jauh dan mengambil gambar sambil tersenyum sinis, seronok melihat orang Melayu Islam terjerit-jerit dan melalak-lalak di jalanan. Sayangnya mereka terus tak sedar yang mereka sedang diperalatkan.

Saya teruja, ketika Pakatan Pembangkang berjaya membentuk kerajaan di Perak dan MB nya diangkat dari PAS, walaupun sekadar menumpang. Diadakan majlis solat hajat perdana di Stadium kerana Berjaya ‘menakluki’ Perak.

...bahana bila emosi kuasai iman....manusia jadi hilang pertimbangan

...bahana bila emosi kuasai iman....manusia jadi hilang pertimbangan

Namun bila kerajaan ini hilang majority dan gugur sebagai kerajaan memerintah di Perak dan MB tumpangnya dari PAS gugur, maka PAS berarak beramai-ramai hingga sanggup DERHAKA pada sultannya. Kekecewaannya tidak boleh dibayangkan, hingga sanggup berbaring ditengah jalanraya, rumah MB dijadikan medan menghamburkan kata nista dan fitnah. PAS mengikut rentak Anwar Algojo, pemimpin yang disarankan BERTAUBAT oleh Karpal Singh.

Saya sedih, kerana itu rupanya bila emosi menguasai iman. Manusia seperti hilang ingatan dan pertimbangan. Sedangkan Allah SWT sarankan, kalau kita dalam kesusahan dan kesenangan hendaklah kita sentiasa mengigatinya. Kan lebih baik kalau kembali bersolat hajat perdana memohon petunjuk dari Allah, bukan membuta tuli mengikut telunjuk manusia yang telah lama bobrok akhlaknya.

3 Responses to “BILA EMOSI MENGUASAI IMAN…”

  1. laxmane melayu Says:

    Salam…beginilah kalau orang yang tidak dapat menerima Qada’ dan Qadar… apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuan illahi… Orang-orang Pas hanya bermuka-muka mengatakan perjuangkan agama Islam sebagai pegangan…namun dimanakah keimanan mereka… Kita yang berada di dalam BN dapat menerima ketentuan illahi semasa PRU12 yang lalu di mana kekalahan yang diterima hingga di namakan tsunami polotik di M’sia…ianya memberi kesedaran pada semua peringkat didalam BN untuk lebih prihatin dan bekerja untuk rakyat…dan apabila tuhan nak menunjukkan kelemahan parti yang menegakkkan agama Islam memerintah tidak ada satu pun perjuangan untuk agama Islam ditegakkan..hanya memikirkan keuntungan mereka sendiri dengan jawatan dan tanah yang dibahagi-bahagikan untuk menambahkan harta mereka inilah jadinya….GILA NAMA,GILA PANGKAT,GILA DARJAT,GILA KUASA…SEMUA GILAAA…….Astgahafirullahalazim…apa nak jadi dengan mereka-mereka ini…sanggup menderhaka kepada Tuanku Sultan yang memerintah… kalau zaman dulu kala mereka-mereka ini dah boleh dihukum bunuh atau buang negeri….baru padan muka diorang nie….

  2. NIMAMAJU Says:

    hari itu ari dia sekarang ari kita pulak bagi lah peluang betul tak

  3. NIMAMAJU Says:

    RASA-RASANYA MACAM NAK SAMPAI KAT SINI PULAK MASA DAN WAKTU BELUM TAU LAGI!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: