Archive for February, 2009

KONSPIRASI BN….ALASAN LAPOK ANWAR

February 18, 2009

ew-bogel

Kalian tak gelak ke bila Anwar kata yang gambar bogel ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang tersiar berleluasa di internet dikatakan KONSPIRASI BN.

Banyak lagi kerja-kerja BN untuk membela nasib rakyat, dari sibuk nak ambil gambar bogel ADUN PKR, lepas tu pi sebar dalam internet.

Yang pasti itulah balasan Allah SWT pada Anwar dan sekutu-kutunya. Berdegar-degar Anwar dan sekutu-sekutunya dok menghentam wakil-wakil rakyat BN pasal isu moral….Akhirnya Allah SWT tunjukkan, siapa sebenarnya yang menjuarai kebobrokan moral ini.

Uniknya 2 isu moral ini datangnya dari 2 PKR, 2 BUKIT dan 2 EXCO. Satu Bukit Selambau Kedah dan satu Bukit Lanjan Selangor.

Allah SWT sudah ingatkan, “jangan kamu sesekali membuka keburukan saudara-saudara kamu, nescaya Allah akan bukakan keburukan kamu”. Allah SWT tidak pernah mungkir janji. Namun nampaknya Anwar masih belum sedar, seperti nak menongkat langit.

Kali ini Anwar cuba lagi buat alasan lapoknya, ini semua konspirasi BN. Saya tertarik jawapan bersahaja dari Dato’ Noh Omar, “takkanlah orang BN nak suruh ADUN Bukit Lanjan berbogel dan ambil gambar, lepas tu edar dalam internet”.

TAPI….YANG SEBENARNYA, ELIZABETH WONG TAHU, SIAPA YANG RAKAMKAN GAMBAR TU….TAKKANLAH DIA SESAJA NAK BOGEL DEPAN ORANG LAIN SUKA-SUKA ATAU TAKKANLAH DIA TAK TAU SIAPA DALAM RUMAH TU MASA DIA TIDUR BOGEL……..

LU PIKIRLA SENDIRI….ANWAR TAK PAYAHLA BUAT CERITA RAJA LAWAK LAGI…..

BILA EMOSI MENGUASAI IMAN…

February 10, 2009

dr-zambri

Peralihan kuasa di Perak sepatutnya tak jadi isu, kalau si gila kuasa seperti Anwar Ibrahim tidak terus memperkudakan MANTAN MB Perak, Nizar Jamaludin. Tetapi kerana terlalu rela menjadi kuda tunggangan Anwar yang baling batu sembunyi tangan, Nizar terus jadi Pak sanggup untuk di Kambing Hitamkan oleh Anwar dan sekutunya seperti Kit Siang dan Hadi Awang.

Malah lebih menyedihkan, yang beria-ia menggila di Perak ialah penyokong PAS, sementara penyokong DAP dan PKR lebih ramai yang sekadar memerhatikan dari jauh dan mengambil gambar sambil tersenyum sinis, seronok melihat orang Melayu Islam terjerit-jerit dan melalak-lalak di jalanan. Sayangnya mereka terus tak sedar yang mereka sedang diperalatkan.

Saya teruja, ketika Pakatan Pembangkang berjaya membentuk kerajaan di Perak dan MB nya diangkat dari PAS, walaupun sekadar menumpang. Diadakan majlis solat hajat perdana di Stadium kerana Berjaya ‘menakluki’ Perak.

...bahana bila emosi kuasai iman....manusia jadi hilang pertimbangan

...bahana bila emosi kuasai iman....manusia jadi hilang pertimbangan

Namun bila kerajaan ini hilang majority dan gugur sebagai kerajaan memerintah di Perak dan MB tumpangnya dari PAS gugur, maka PAS berarak beramai-ramai hingga sanggup DERHAKA pada sultannya. Kekecewaannya tidak boleh dibayangkan, hingga sanggup berbaring ditengah jalanraya, rumah MB dijadikan medan menghamburkan kata nista dan fitnah. PAS mengikut rentak Anwar Algojo, pemimpin yang disarankan BERTAUBAT oleh Karpal Singh.

Saya sedih, kerana itu rupanya bila emosi menguasai iman. Manusia seperti hilang ingatan dan pertimbangan. Sedangkan Allah SWT sarankan, kalau kita dalam kesusahan dan kesenangan hendaklah kita sentiasa mengigatinya. Kan lebih baik kalau kembali bersolat hajat perdana memohon petunjuk dari Allah, bukan membuta tuli mengikut telunjuk manusia yang telah lama bobrok akhlaknya.

SEMBAH DERHAKA NIZAR KETERLALUAN

February 6, 2009

nizar-derhaka2Nizar ‘DERHAKA’ pada Sultan Perak sejak mula dilantik sebagai Menteri Besar lagi, dimana beliau telah membelakangkan Sultan Perak sebagai Ketua Agama dengan menukarkan serta merta Pengarah Majlis Agama Islam Perak.

Nizar kembali ‘DERHAKA’ dengan membelakangkan Sultannya dengan membubarkan DUN Perak sebelum mendapat perkenan Sultan.

Akhirnya Nizar menyuarakan sembah ‘DERHAKA’nya kepada Sultannya sendiri kerana enggan meletak jawatan sebagai MB.

KENAPA NIZAR JADI BEGITU :

1.    Kegilaannya mempertahankan kuasa sebagai Menteri Besar menjadikan beliau hilang pertimbangan, seolah-olah jawatan itu penentu segala-galanya kehidupannya.

2.    Bekas MB Perak yang telah dititah meletak jawatan ini lebih mendengar kata sekutu-sekutu politiknya yang berkepentingan dari mendengar kata dari Sultannya yang lebih lama bertapak di Perak.

3.    Nizar menjadi KAMBING HITAM pakatan Anwar, Hadi dan Kit Siang yang kecewa terlampau dengan menggunakannya untuk menentang Istana, dalam waktu yang sama tiada seorang pun EXCO DAP dan PKR yang bersuara. Mereka play save.

4.    Kesimpulannya, JIKA NIZAR PUNYA MORAL YANG TINGGI BELIAU SEWAJARNYA MEMULANGKAN SEMULA GELARAN DATO’ SERI YANG DIANUGERAHKAN OLEH SULTANNYA DAN BELIAU TURUT TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI RAKYAT SULTAN PERAK.

KERAJAAN PERAK BERANTAKAN…

February 3, 2009
lu musti MB...banyak lagi tanah bulum bagi sama cina...
lu musti MB…banyak lagi tanah bulum bagi sama cina…

1.    MB Perak Dato’ Seri Nizar membuat kenyataan dan report polis kata 2 ADUN nya, ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang hilang.

2.    Speaker pula kata 2 ADUN dah meletak jawatan dan mengesahkan ada 2 kerusi ADUN kosong. Speaker dah hantar surat pada SPR untuk adakan Pilihanraya Kecil.

3.    Tiba-tiba pulak, 2 ADUN keluar kenyataan dan menempelak MB dan Speaker mengatakan mereka tidak pernah menghantar surat perletakan jawatan dan mengaku masih sah sebagai ADUN PKR.

...kitorang CUTI...bukan BERENTI....banganggggggg....
…kitorang CUTI…bukan BERENTI….banganggggggg….

4.    2 ADUN kata mereka mengambil MC (Cuti Sakit). Tapi MC tersebut dihantar kemana. Pastinya pada MB sebagai ketua mereka. Takkan MB tak tahu pula, hingga buat press conference kata ADUN dah hilang.

Ada yang tak kena dengan kerajaan negeri Perak sekarang. Saya perhatikan Pakatan Rakyat di Perak sedang panic. Hilang 2 ADUN….silap-silap hilang kerajaan. Nafsu masih ghairah memerintah. MB masih mabuk kuasa…DAP pulak belum puas melaksanakan agenda peribadi. Berantakan dah pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Nak tutup kelemahan, PKR cari isu baru. Cari orang jadi kambing hitam. Ada nak beli pemimpinlah…siap akuan bersumpah lagi. Penasihat PKR satu Malaysia canang Ahli Parlimen BN nak lompat parti pada 16 September. Akhirnya sonyapppppp….rupa-rupanya ada yang lebih berantakan. ADUN PKR di Perak sebenarnya yang nak keluar parti.

Kalian lihat secara mendalam dari sudut politik dan akademik. Jangan EMOSI…saya ulangi, jangan EMOSI…Kenapa sebenarnya ada percanggahan kenyataan MB, Speaker tergesa-gesa ke SPR dan 2 ADUN PKR. Kalian akan faham kenapa kecelaruan tersebut berlaku.