KITA TAK MAMPU BERPERANG DENGAN ISRAEL

israel-laknat1

Sayaberkesempatan ke Surau Nurul Jannah, Jalan Jabar Meru baru-baru ini menunaikan solat berjamaah Maghrib, Isyak dan Solat Hajat mendoakan kesejahteraan rakyat Gaza yang sedang diganyang seperti binatang oleh Rejim Zionis Israel laknatullah.

Majlis turut diberi penerangan oleh YB Dr. Abd. Rani Osman, ADUN Meru yang baru pulang dari mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Relief Yayasan Amal Malaysia ke Ghaza telah membawa bersama-sama beliau beberapa keping gambar dan slide show mengenai situasi terkini di Ghaza. Saya turut tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Mat Sabu dalam ceramahnya yang mengatakan bahawa, ‘Kita di Malaysia tidak mampu untuk berperang dengan Israel !!!, Semua senjata moden yang ada di Amerika, Peranchis dan Rusia, turut dimiliki oleh Israel. Pernah satu ketika 3 negara islam yang bersempadan dengan Palestin bergabung menyerang Israel, namun Israel mampu mengalahkan mereka dalam tempoh hanya 2 jam sahaja”.

Saya nyatakan kenyataan ini kerana ada kalangan rakyat Malaysia yang mempertikaikan usaha-usaha kerajaan dan pihak-pihak tertentu yang mengutip sumbangan untuk rakyat Gaza, malah ada dengan sinis menyebut, kenapa kerajaan tidak hantar sahaja tentera kita untuk berperang menentang Israel laknatullah.

Kesimpulannya bila saya mendengar kenyataan Mat sabu dan Dr. Rani, jelaslah bahawa mereka yang bercakap itu sebenarnya sangat jahil dengan situasi dan kekangan yang ada di sana, tetapi sekadar celupar mulut berkata perkara yang mereka tidak lalui.

israel-laknat2

Apapun saya puas. Segala rasa terbungkam dan keinginan untuk saya mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang apa yang sedang berlaku di Gaza, Palestin dan kekejaman Israel Laknatullah sedikit sebanyak telah terjawab. Istiqamah saya hadir kemajlis pada malam tersebut hanya satu, saya hadir atas tanggungjawab sebagai umat Islam yang ingin mendoakan bersama-sama rakan Islam yang lain terhadap saudara seislam kita di Semenanjung Gaza dan atas dasar rasa perikemanusiaan sebagai hamba Allah.

Saya terfikir, jika umat islam di Negara ini terus-terus berantakan dan terus berdegil dan sentiasa menganggap hanya kelompok mereka sahaja yang terbaik, tidak mustahil satu hari nanti Allah juga akan turunkan bala kepada kita semua sebagaimana yang berlaku pada umat Islam di Semenanjung Gaza.

Bersatulah Islam…Ayuh kita lupakan UMNO, PAS dan PKR. Kita bersatu kerana Islam.

ALFATIHAH UNTUK UMAT ISLAM DISEMENANJUNG GAZA YANG TERKORBAN.

2 Responses to “KITA TAK MAMPU BERPERANG DENGAN ISRAEL”

  1. hamba Says:

    Tuan,

    Insya Allah kita boleh bersatu sekiranya meletakkan Islam sebagai matlamat perjuangan. Bersatu bukan atas nama UMNO atau PAS tp atas nama ISLAM…

    Terima kasih atas kehadiran ke program tersebut yang tidak membatasi kefahaman politik. Semoga perkara positif sebegini akan terus berlaku….

  2. juragan rantau Says:

    klu anda kate x mampu itu bukan pejuang namanyerr
    jgn terlalu baculllll
    bila tiba masa tu sy percy sume parti bersatu kecuali mereka yg berhati kapir laknatullah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: