PENYOKONG PAS KETERLALUAN….

Pengalaman melihat gelagat penyokong PAS di Kuala Terengganu benar-benar menyentap perasaan saya. Keghairahan dan keegoan penyokong-penyokong PAS saya anggap keterlaluan. Saya terfikir ketika itu, sedihnya melihat anak Melayu yang beragama Islam, hilang hormat pada kesucian sebuah rumah ibadah seperti Masjid. Sedangkan di masjid-masjid terpampang risalah besar yang menyenaraikan PERKARA-PERKARA DILARANG DALAM MASJID. Antara perkara yang dilarang dalam masjid adalah membicarakan perihal duniawi.

Peristiwa berlaku pada hari jumaat. Selesai solat jumaat, imam membacakan doa, selesai doa dibaca, ketika makmum sedang bersalaman, tiba-tiba menjerit laungan takbir…dan disambut dengan Allahu Akbar, di ruang tengah masjid beberapa kali oleh para penyokong PAS yang bukan orang Kuala Terengganu, tetapi berdasarkan vest yang dipakai adalah datang dari luar Terengganu, yang mengejutkan semua orang. Ramai makmum terpinga-pinga dengan laungan tersebut.

Selepas itu, disatu sudut masjid, kelihatan Imam Masjid sedang menegur kelompok penyokong PAS ini, namun dibantah dengan suara yang kasar.

Saya hairan, kenapa penyokong sebuah parti yang mengaku berteraskan Islam tergamak mengeluarkan bahasa sekasar itu. Memang itukah antara idealisma yang disemaikan oleh PAS kepada penyokongnya. Bersikap kasar, tidak menghormati budaya orang lain dan menunjuk-nunjuk kerana menganggap diri islamik.

pas-kasarSaya termenung dan memerhatikan kelompok penyokong ini. Marah ada, malu ada, sedih dan berbagai lagi rasa yang berkecamuk dalam diri saya. Saya terfikir, kalau begini terus-terusan budaya penyokong PAS dan gagal dibendung, saya bimbang penganut agama lain akhirnya akan melabelkan Islam dengan berbagai-bagai tanggapan negatif.

Berubahlah, kerana bukan begitu ajaran dan kehendak Islam yang sebenar.

11 Responses to “PENYOKONG PAS KETERLALUAN….”

  1. hamba Says:

    Salah ke bertakbiir dalam masjid ? Berdosa ke melaungkan kalimah ‘Allahuakbar’ dalam masjid ?

    Tapi kalau bertempik ‘HIDUP MELAYU’ dalam masjid, mmg sah berdosa.

  2. Khairul Says:

    Salam Sdr. Hamba,

    Bertakbir dalam masjid memang tidak salah, tetapi ia bergantung pada niat dan tujuan, kenapa takbir itu dilaungkan. Saja-saja ke atau ada niat lain. jangan cuba menghalalkan cara kerana ketaksuban.

    Satu pertanyaan pada saudara, kenapa ketika nak ada pilihanraya sahaja takbir itu dilaungkan dalam masjid dan kenapa tidak setiap kali hari jumaat selepas imam habis baca doa lalu dilaungkan takbir. Jadi apa niat sebenar….

    Saya pun tak faham…untuk apa nak bertempik HIDUP MELAYU dalam masjid…persoalannya saudara pernah jumpa ke…atau sekadar buat andaian dan menjatuhkan hukum, kalau kebetulan Sdr terserempak… tolong sampaikan salam saya pada mereka dan katakan…jangan bangang dan dangkal sangat berpolitik dalam masjid…atau nak cari publisiti murahan, tak kiralah pada penyokong mana-mana parti…..

  3. hamba Says:

    Tuan,
    Niat tu urusan Allah. Kita tak mampu menilai. Tp kita menghukum pada zahir. Umpamanya kalau org tu berniat ikhlas lillahi taala tp perbuatannya bertentangan syarak spt rasuah, bunuh, buat konsert dsbnya… ttp dihukum berdosa walaupun ikhlas.

    tp kalau org tu bertakbiir walaupun tak ikhlas, perbuatannya tidak salah dan tidak berdosa sbb tak berttgan syarak.

  4. hamba Says:

    yg bertempik tu contoh…contoh… dlm keadaan kejahilan orangramai terhadap agama yg semakin memuncak skrg ni, mcm2 bole terjadi…

    tp masjid bukan institusi ibadah semata2…ia adalah markaz gerakan kerajaan Islam yg dipelopori oleh Rasulullah saw…

  5. Khairul Says:

    Saya sangat setuju dengan kenyataan sdr bahawa masjid di zaman rasullullah SAW bukanlah sebagai institusi ibadah semata-mata. Masjid adalah rumah Allah untuk beribadat kerana itu kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid.

    Masjid juga bukan untuk tatapan dan ibadat sembahyang pada hari dan waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). Begitu juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.

    Tasbih atau zikir bukan hanya bererti mengucapkan subhanallah saja, melainkan lebih luas lagi, sesuai dengan makna yang dicakupi oleh perkataan berkenaan serta konteksnya. Sedangkan erti dan konteks berkenaan dapat disimpulkan sebagai takwa.

    Masjid tidak dilihat dari segi peranannya yang khusus saja, malah dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat.

    Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah:

    1. Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.
    2. Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.
    3. Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.
    4. Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.
    5. Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.
    6. Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.
    7. Tempat letaknya Baitulmal negara.
    8. Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.
    9. Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan.
    10 Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah.

    Antara sebab masjid pada zaman silam mampu berperanan sedemikian luas ialah:

    1. Keadaan masyarakat yang bersatu padu dan berpegang teguh kepada nilai keagamaan dan kebudayaan.
    2. Kemampuan pembina masjid menghubungkan aspek sosial dan keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid.
    3. Manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid.

    Masjid adalah rumah Allah untuk beribadat kerana kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid.

    ISUNYA YANG SAYA BANGKITKAN : Peristiwa yang saya lalui berlaku dalam situasi dan kedudukan masa yang tidak sesuai. Pada saya kan lebih baik kalau kita hendak berbuat sesuatu dalam keadaan penuh khusu’dan tawadu’ dengan pengaturan yang sempurna. Tidak dibuat secara tiba-tiba. Saya terfikir ketenangan dan perancangan yang sempurna menjadi amalan Rasullullah SAW dalam berbuat sesuatu perancangan, bukan secara mendadak malah kan itu yang lebih dituntut Islam, kerana kesempurnaan islam itu wajib dipertahankan.

  6. hamba Says:

    Fungsi masjid yang tuan berikan di atas mmg benar dan perlu dijadikan matlamat perjuangan dan bukan sekadar bahan rujukan. Dah lama masjid dibekukan fungsinya oleh pemimpin yang berkuasa. Dan lebih menyedihkan, masjid sekadar dipenuhi oleh orang2 tua.

    Sewajarnya kita sama-sama berjuang meletakkan, bukan sekadar masjid, tetapi matlamat perjuangan meletakkan Islam di tempatnya. Islam sewajarnya memerintah bukan diperintah.

    Saya mengajak dan menyeru tuan dan rakan2 seangkatan tuan untuk sama2 kita mengimarahkan masjid2/surau sekitar kita dengan pengisian yang bermanfaat dan menambahkan ilmu2 keislaman. Jom kita merapatkan diri dengan para alim ulama agar hidup kita lebih terpimpin dan terarah ke arah penghayatan Islam yang sebenar.

    Jgnlah kita hanya mahukan Islam pada tempat dan hari yang tertentu sahaja. Jadikanlah Islam sebagai cara hidup yang sempurna dalam berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Tinggalkanlah amalan2 jahiliyyah dan fahaman2 kebangsaan yang tidak mendatangkan pahala dan manfaat di hari kemudian.

    Keikhlasan tuan dan rakan2 seangkatan tuan untuk bersama membangun bersama Islam pasti mengukuhkan lagi persaudaraan kita. Kukuhkanlah persaudaraan kita bertunjangkan Islam dan ketepikan fahaman2 lain. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.

  7. Pas Kelantan Says:

    Sdr Hamba nampaknya terlalu jahil. Tp nak bercakap hal agama & halal-haram mcm lebih pandai dari ulama besar.

    Walau dgn alasan masjid sbg markas gerakan islam sekalupun, ia bukanlah lesen utk berbuat sewenang-wenangnya dlm masjid. Dlm masjid terdapat org2 yg nak beribadat, berdoa & sebagainya.

    Saya sendiri org PAS & saya turut berada di Kuala Terengganu utk membantu kempen PAS. Benar seperti yg penulis katakan bahawa penyokong PAS (& PKR?) bertindak melampau dr segala segi. Saya kesal melihatkan tindakan & perilaku para penyokong malah pemimpin yg tidak menunjukkan sikap yg baik, malah mencemarkan nama Islam itu sendiri.

    Sdr Hamba nak berjuang utk Islam. Alhamdulillah, seperti saya juga. Tp Sdr Hamba perlu bukakan mata, hati & fikiran agar kita tak tersesat dlm perkara2 yg salah.

    Katakan Sdr Hamba sedang bersolat tp tiba2 ada sekumpulan penyokong PAS bertakbir Allahuakbar dgn kuat. Adakah Sdr Hamba akan seronok? Tentulah terkejut & terganggu solat tu. Masjid rumah Allah. Lupakan hal dunia & politik.

    Saya bersetuju dgn pandangan Khairul.

    Membangun Bersama Islam.

  8. nonama Says:

    Wahai yang bergelar PAS Kelantan. Jgn cuba nak menyamar sbg pendokong PAS. Bahasa kasar kau tu bukan cara org PAS. NI mmg cara dan budaya orang umno….

    Kalau dah dengki kesumat tu tersumbat dalam benak hati tu, akhirnya termuntah jugak dengan sikap dan kelakuan kau tu…

  9. plit Says:

    SALAM KEPADA SEMUA…
    Permulaannya saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Sdr Khairul kerana penerangan yang baik atas isu yang di lontarkan….

    Saya merasakan sebgai penganut agama Islam, kita di ajar untuk sama2 menginsafi diri, menerima teguran, dan berkelakuan baik kepada semua makhluk; Perhubungan kita dengan sesama manusia, perhubungan kita dengan Allah dan perhubungan kita dengan makhluk lain….
    Jgn rasa takut untuk mengaku bersalah.. ingatlah bahawa Tuhan itu maha pengampun lagi maha mengasihani.

    Walaupun saudara HAMBA & NONAMA merupakan penyokong kuat PAS… jgn la rasa takut untuk mengaku bahawa dalam firasat hati saudara sendiri terasa bahawa, perlakuan atau tingkah laku penyokong PAS kadang2 memang KASAR, KETERLALUAN, TAKSUB, dan dengan sendirinya menghina AGAMA ISLAM itu sendiri.

    Saya merasakan bahawa, dalam Islam tidak digalakkan penganutnya BERKASAR, KETERLALUAN, TAKSUB.. sampai terlupa dan terkeluar landasan2 yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

    Jgn sampai bangsa lain yang sekutu dengan PAS mempermainkan dan memperlekehkan TAKBIR ” ALLAHUAKBAR ” dengan sewenang-wenangnya… saya amat berasa sedih kerana orang PAS sendiri tak boleh berkata apa, demi menjaga kepentingan politik sendiri, orang PAS terpaksa menelan perlakuan & perbuatan sekutu mereka. MASYAALLAH..

    Maaf saudaraku…. aku tak dapat menerimanya.

  10. آمنوا Says:

    Salam.

    Maaf mencelah. Sy rasa bab taksub, x beradab, kasar, keterlaluan ni, x de la brlaku hanya pada penyokong PAS shj. UMNO ke, PKR, ke DAP, MCA dan MIC same jeee.

    Tak payah le ade pihak yg nak nafikan dan x payah le ade yg nak tuduh pihak lain saje yg salah.

    Penyokong BN pun same gak….banyak je kes kuar kate lucah, tunjuk isyarat lucah. X tau la plak kot2 BN dah berjaya tarbiyah ahli2 nye jd org baik2 belaka. Klu betul alhamdulillah.

    Oleh krn UMNO hanya ambil kes yg berlaku kat K. Tganu je…nampaklah mcm penyokong PAS je yg taksub, liar, kasar dan ekstrem.

    Cuba bawak skali cth2 perangai BN yg melampau, kasar, ekstrem. Takkan x de langsung kot. Bagusnye..???

    Sy dah bnyk kali ikuti PRK kat Msia ni, stat dr hari pencalonan sampai la hari pengundian dan pengumuman. Mcm2 gelagat penyokong2 BN dan PRbleh kite lihat. Nak kate penyokong UMNO je yg taksub dan liar, taklah juge….penyokong PR pun same juga.

    Nak kate penyokong PR je yg taksub, idak juge…penyokong BN pun same juga.

    Kat luar tempat pencalonan, atas kete, naik motor, kat tempat ceramah, dlm dewan, dlm masjid…semua penyokong menunjukkan reaksi masing2. Ada yg brsopan dan ada yg melampau…mana2 parti sama je. X yah la tuduh parti lain seolah2 parti sendiri baik2 belaka.

    Tapi bile citer pasal masjid ni…satu benda yg nak sy nak ingatkan..jgn le hanya bile kat masjid je kite rase x bleh nak buat benda yg bukan2. Tp bila kuar masjid je…segala yg haram bleh kita langgor plak..

    Tu la pemikiran sebenonye pemikiran sekular yg kita warisi dr penjajah. Memisahkan Islam dari kehidupan dunia. Islam, adab2, perintah Allah, hukum hakam, undang2 seolah2 kita jaga bila dlm masjid je. Bila keluar masjid, seolah2 Islam kene simpan dan tinggal kat masjid.

    Bab politik tolak Islam, bab pentadbiran negara tolak Islam, bab ekonomi tolak Islam, bab undang2 dan jenayah tolak Islam, bab pendidikan tolak Islam. Islam hanya dipakai ketika dlm masjid sj. Bab dunia Islam hanya dipakai sikit2 dan kadang je. Bila lahir anak, bila nak menikah, bila nak mati br nak ikut Islam.

    Islam ni kite kene bawa dlm hidup kita. Dan hidup kita bkn dlm masjid je, kat rumah, pejabat, politik, ekonomi, sosial, dll..sampai kita mati pun kita kene bawa Islam…takkan nak bawa benda lain kot bile mati nnti. Nauzubillah.

    Wallahua’lam..wassalam

  11. Yang Benar Says:

    Saya rasa pelik betul dengan orang pas, bila orang bercerita pasal hal2 dalam masjid, dia pun mesti nak putar belit benda2 yang tak elok kat luar masjid pun tak boleh. Yang luar masjid tu citer lain la, tapi kita tengah cerita kan hal masjid, memang la peraturan islam dalam hal kejahatan dan maksiat sama2 tak bole buat dalam masjid or kat luar, tapi jangan la putar belitkan apa yang orang nak perjelaskan.

    Saya tak rasa tiba2 kita bole bertakbir kuat2 macam tu dalam masjid benda yang elok. Contohnya Nabi kita pernah menegur sorang imam yang membaca surah yang terlalu panjang dalam solat, nabi kita pun tegur tentang hal ni. Cuba bayangkan kalau hal ni tak sampai ke pengetahuan nabi kita, adakah kita akan anggap benda ni elok atau tak elok?

    Saya memang baca akhbar harakah, tapi banyak perkataan2 menghina yang di halalkan oleh pemimpin pas ni yang kemudiannya jadi ketaksuban dan ikutan para penyokingnya. Cuba bagitau dengan details sket apa yang BN tolak dalam islam?hudud?kamu penyoking pas memang dah baca habis2 ke pasal huraian hukum hudud ni?untuk pengetahun penyokong pas, kami penyokong BN tak pernah menolak hukum Allah ni, tapi perlaksanaan hukum ini perlu penilitian supaya kaum bukan islam bole menerima dan orang islam dalam negara kita sendiri melaksanakan suruhan Allah dengan sempurna.

    Kalau penyokong pas ni tau sangat pasal hukum hudud, saya nak minta penjelasan, berapa banyak hukuman rotan kepada pesalah bagi orang yang meminum arak? cuba jelaskan dengan terperinci sbb korang cakap korang sahaja penyokong islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: