Archive for January, 2009

KITA TAK MAMPU BERPERANG DENGAN ISRAEL

January 30, 2009

israel-laknat1

Sayaberkesempatan ke Surau Nurul Jannah, Jalan Jabar Meru baru-baru ini menunaikan solat berjamaah Maghrib, Isyak dan Solat Hajat mendoakan kesejahteraan rakyat Gaza yang sedang diganyang seperti binatang oleh Rejim Zionis Israel laknatullah.

Majlis turut diberi penerangan oleh YB Dr. Abd. Rani Osman, ADUN Meru yang baru pulang dari mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Relief Yayasan Amal Malaysia ke Ghaza telah membawa bersama-sama beliau beberapa keping gambar dan slide show mengenai situasi terkini di Ghaza. Saya turut tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Mat Sabu dalam ceramahnya yang mengatakan bahawa, ‘Kita di Malaysia tidak mampu untuk berperang dengan Israel !!!, Semua senjata moden yang ada di Amerika, Peranchis dan Rusia, turut dimiliki oleh Israel. Pernah satu ketika 3 negara islam yang bersempadan dengan Palestin bergabung menyerang Israel, namun Israel mampu mengalahkan mereka dalam tempoh hanya 2 jam sahaja”.

Saya nyatakan kenyataan ini kerana ada kalangan rakyat Malaysia yang mempertikaikan usaha-usaha kerajaan dan pihak-pihak tertentu yang mengutip sumbangan untuk rakyat Gaza, malah ada dengan sinis menyebut, kenapa kerajaan tidak hantar sahaja tentera kita untuk berperang menentang Israel laknatullah.

Kesimpulannya bila saya mendengar kenyataan Mat sabu dan Dr. Rani, jelaslah bahawa mereka yang bercakap itu sebenarnya sangat jahil dengan situasi dan kekangan yang ada di sana, tetapi sekadar celupar mulut berkata perkara yang mereka tidak lalui.

israel-laknat2

Apapun saya puas. Segala rasa terbungkam dan keinginan untuk saya mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang apa yang sedang berlaku di Gaza, Palestin dan kekejaman Israel Laknatullah sedikit sebanyak telah terjawab. Istiqamah saya hadir kemajlis pada malam tersebut hanya satu, saya hadir atas tanggungjawab sebagai umat Islam yang ingin mendoakan bersama-sama rakan Islam yang lain terhadap saudara seislam kita di Semenanjung Gaza dan atas dasar rasa perikemanusiaan sebagai hamba Allah.

Saya terfikir, jika umat islam di Negara ini terus-terus berantakan dan terus berdegil dan sentiasa menganggap hanya kelompok mereka sahaja yang terbaik, tidak mustahil satu hari nanti Allah juga akan turunkan bala kepada kita semua sebagaimana yang berlaku pada umat Islam di Semenanjung Gaza.

Bersatulah Islam…Ayuh kita lupakan UMNO, PAS dan PKR. Kita bersatu kerana Islam.

ALFATIHAH UNTUK UMAT ISLAM DISEMENANJUNG GAZA YANG TERKORBAN.

KHALID IBRAHIM WAJAR BERUNDUR

January 23, 2009

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatannya terhadap TS Khalid Ibrahits-khalid-ibrahimm yang dilaporkan menyalahgunakan wang kerajaan negeri berjumlah RM110,400 untuk membeli 46 ekor lembu untuk diagihkan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak sempena ibadah korban pada Aidiladha lalu.

Sehubungan itu selaras dengan janji yang pernah diucapkan oleh Penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim yang memberi jaminan pemimpin pakatan pembangkang yang sedang disiasat atau ada kes di mahkamah hendaklah melepaskan jawatan sehingga nama dibersihkan dari tuduhan.

Jadi…siasatan sudah jelas sedang dijalankan oleh SPRM terhadap TS Khalid dan anak syarikat yang terlibat. Maka adalah sewajarnya TS Khalid berundur sementara dari jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga kesnya selesai. Tiada maslah sebenarnya, beliau hanya perlu BERUNDUR SEMENTARA sahaja, jika kelak TS Khalid didapati tidak bersalah, beliau boleh kembali semula menduduki kerusi MB tersebut. TS Khalid tidak perlu merasa bimbang atau takut. Berani kerana benar…takut kerana salah…itu sahaja sempadannya.

PENYOKONG PAS KETERLALUAN….

January 21, 2009

Pengalaman melihat gelagat penyokong PAS di Kuala Terengganu benar-benar menyentap perasaan saya. Keghairahan dan keegoan penyokong-penyokong PAS saya anggap keterlaluan. Saya terfikir ketika itu, sedihnya melihat anak Melayu yang beragama Islam, hilang hormat pada kesucian sebuah rumah ibadah seperti Masjid. Sedangkan di masjid-masjid terpampang risalah besar yang menyenaraikan PERKARA-PERKARA DILARANG DALAM MASJID. Antara perkara yang dilarang dalam masjid adalah membicarakan perihal duniawi.

Peristiwa berlaku pada hari jumaat. Selesai solat jumaat, imam membacakan doa, selesai doa dibaca, ketika makmum sedang bersalaman, tiba-tiba menjerit laungan takbir…dan disambut dengan Allahu Akbar, di ruang tengah masjid beberapa kali oleh para penyokong PAS yang bukan orang Kuala Terengganu, tetapi berdasarkan vest yang dipakai adalah datang dari luar Terengganu, yang mengejutkan semua orang. Ramai makmum terpinga-pinga dengan laungan tersebut.

Selepas itu, disatu sudut masjid, kelihatan Imam Masjid sedang menegur kelompok penyokong PAS ini, namun dibantah dengan suara yang kasar.

Saya hairan, kenapa penyokong sebuah parti yang mengaku berteraskan Islam tergamak mengeluarkan bahasa sekasar itu. Memang itukah antara idealisma yang disemaikan oleh PAS kepada penyokongnya. Bersikap kasar, tidak menghormati budaya orang lain dan menunjuk-nunjuk kerana menganggap diri islamik.

pas-kasarSaya termenung dan memerhatikan kelompok penyokong ini. Marah ada, malu ada, sedih dan berbagai lagi rasa yang berkecamuk dalam diri saya. Saya terfikir, kalau begini terus-terusan budaya penyokong PAS dan gagal dibendung, saya bimbang penganut agama lain akhirnya akan melabelkan Islam dengan berbagai-bagai tanggapan negatif.

Berubahlah, kerana bukan begitu ajaran dan kehendak Islam yang sebenar.

PEMUDA KAPAR HEBAT

January 6, 2009
Sebahagian Pemuda UMNO Bahagian Kapar di penamaan Calon P036 Kuala Terengganu

Sangat rasa bangga melihat kelibat gerombolan Kumpulan Suara Baru Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar yang gagah menjulang bendera UMNO dan Barisan Nasional dalam kelompok ribuan penyokong BN sempena majlis penamaan calon Pilihanraya Kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Dalam ribuan bendera UMNO, BN dan parti komponen, Pemuda Kapar gagah mengibar bendera negeri Selangor dengan dikelilingi bendera UMNO dan BN.

Sediaaaaaaa....GEMPURRRRRRRRR.....

Sediaaaaaaa....GEMPURRRRRRRRR.....

Bersama slogan Suara Baru dan Pemuda Berani, jelas membuktikan memang Pemuda Kapar berani berdepan cabaran dalam apa jua situasi. Tahniah kepada Sdr. Rosli Hamid yang tabah memimpin pemuda walaupun ada ketikanya ditohmah dan diperkecilkan. Namun, ternyata segalanya bukan melemahkan semangat, malah tambah meningkatkan semangat juang Pemuda UMNO Bahagian Kapar.

Syabas dan teruskan perjuangan, kerana perjuangan kita ini merupakan satu jihad demi Agama, Bangsa dan Negara.