RAKYAT SELANGOR KENA TIPU LAGI……

Saya membaca Akhbar Sinar Harian yang memuatkan berita sembah ucapan MB Selangor TS Khalid Ibrahim ketika sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Selangor baru-baru ini, yang antara lain beliau memaklumkan bahawa urusan pasir di Selangor akan distruktur semula. Hasil penstrukturan tersebut, kerajaan negeri bakal memperolehi pendapatan sebanyak RM50 juta setahun, berbanding kerajaan sebelum ini yang hanya mendapat RM20 juta setahun.

kuari-pasir

Antara konsep penstrukturan yang saya difahamkan oleh beberapa rakan ialah, kuari pasir tersebut akan di tenderkan oleh kerajaan negeri kepada pihak-pihak tertentu yang boleh menawarkan harga tertinggi dan terbaik, kemudian syarikat yang Berjaya akan diberi hak untuk menjual pasir tersebut.

Sekali pandang, ia kelihatan macam telus dan berperaturan serta menggambarkan kepada rakyat bahawa pulangan kepada kerajaan negeri akan lebih baik. Namun rakyat mesti perlu juga disedarkan, bahawa langkah kerajaan negeri pimpinan TS Khalid Ibrahim ini sebenarnya sedang membebankan rakyat negeri Selangor, kerana kesan kenaikan harga pasir tersebut akan dirasa dan ditanggung oleh rakyat.

Keadaan ini disahkan sendiri oleh peniaga hardware khususnya yang menjual barang keperluan binaan, terutamanya pasir, batu dan sebagainya. Ia berlaku ketika saya hendak membeli pasir, bila tuan punya kedai menyatakan bahawa akan datang harga pasir akan lebih mahal memandangkan…”kerajaan pun mau makan juga…itu harga pasir”.

Harga yang sedang menurun sekarang ialah harga jualan besi, memandangkan kerajaan pusat telah mengambil keputusan untuk memansuhkan AP besi. Jadi jelas bahawa kerajaan pusat jauh lebih prihatin berbanding kerajaan negeri Selangor, yang lebih rakus mencari sumber kewangan dengan menekan dan membebankan pengguna dan rakyat yang sebahagiannya tidak menyedari kesan keadaan ini.

...CAMRY lebih penting dari MANIFESTO.....

...CAMRY lebih penting dari MANIFESTO.....

Saya jadi terfikir, patutlah kerajaan negeri ghairah benar memenuhi kehendak Ronnie Liew untuk membeli kereta Toyota Camry yang harganya jauh lebih mahal daripada Proton Perdana untuk EXCO dan pegawai kanan negeri. Kereta yang mahal pastinya kos penyelenggaraannya jauh lebih mahal. Siapa yang akan tanggung kos tersebut…???. RAKYAT yang akan menanggung segala kos tersebut demi keselesaan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat. Tahniah…gerakan licik pimpinan negeri Selangor.

5 Responses to “RAKYAT SELANGOR KENA TIPU LAGI……”

  1. inspirasi Says:

    Saya terus bersetuju bahawa rakyat akan sentiasa tertipu. Ini kerana, rakyat hari ini tidak celik akal dalam mentafsir sesuatu. Mereka masih beranggapan, setiap apa yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri adalah untuk kepentingan rakyat tanpa mahu mengenalpasti dan meneliti setiap perkara yang dinyatakan.
    Melihat dari aspek perpaduan, orang Melayu itu sendiri masih lagi tidak sepakat antara satu sama lain. Teringat kata-kata “Biar tidak setuju, tapi kita mesti bersatu”. Sepatutnya itu yang mesti jadi pegangan. Walaupun hala tuju berlainan tetapi demi kepentingan agama, bangsa dan negara, kita orang Melayu perlu bersatu hati. Inilah yang berlaku…apabila kerajaan negeri membuat keputusan, orang Melayu itu sendiri tidak sepakat dalam mempertahankan hak dan tanggungjawab masing-masing.

  2. laxmanemelayu Says:

    Beginilah akibatnya rakyat negeri selangor yang telah mengundi protes terhadap kerajaan BN sebelum ini…yang mana mereka memberi peluang Pakatan Rakyat berkuasa dalam masa yang sama membolot segala peluang yang ada….belum lagi tanah-tanah yang ada di negeri selangor ini yang mana mereka boleh anugerahkan kepada semua EXco yang ada…dan usaha Pakatan Rakyat juga dalam menyingkirkan pihak-pihak yang menyokong BN yang bekerja didalam kerajaan negeri untuk digantikan dengan kroni-kroni mereka bagi memudahkan mereka membolot segala-galanya seperti didalam PKNS dan kemungkinan besar disemua anak-anak syarikat negeri selangor… Sekarang macammana..??? MAKAN LOTI Looo…..

  3. 6 million dollar man Says:

    sekarang ni para pengusaha pasir (yang kebanyakannya cha ya nun alif) sedang berlumba-lumba mengeluarkan pasir d seluruh negeri selangor. dulu masa datuk fatah nak wat cam ni dgn rega yg lebih jauh murahnya, mereka marah (sape lagi kalau bukan R n d geng) tapi skrg depa sendiri jadi perompak n broker pasir untuk kwn2 depa sendiri (terutama org2 roket). aku hrp, org2 melayu kita buka mata lebih besar lagi, buka minda mereka, jgn disempitkan dan tidak SEDUNGU N SEBODOH MB TSK yang ada kini kerana terawang-awang dgn jawatan (baru semua org tahu yg org2 PKR, DAP ngan PAS pun gila jawatan n pangkat).

  4. semyum Says:

    dulu kita ada kuasa kita tak guna kan kuasa dah tak de kuasa kita menyalak. dulu mintak lesen pasir 10 tahun belum tentu lulus. skrg satu minggu dah lulus. jangan kita mencari kesilapan org lain.

  5. karim Says:

    kjaan perak (PAS) tkr kete camry kecoh,,
    kjaan kedah cdng nk tkr camry kecoh..
    kjaan mat said (tganu) dh tkar perdana ke merc c-class..
    xkecoh pon,,
    tukar awl dr perak n cdangan kedah lagi..
    xkecoh pon,,mat said kte save pkai merc dr perdana..
    xkecoh pon…
    mmg kete msia x berkualiti..
    hakikat…dahla mahal,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: