MIC DAN GERAKAN LUPA DIRI…SEKETIKA

...BERANI BERUBAH...!!!

...BERANI BERUBAH...!!!

Secara peribadi saya bangga dengan keberanian Datuk Mukhriz Mahathir kerana membuat kenyataan mencadangkan kerajaan mewujudkan satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan. Maknanya sekolah hanya satu aliran sahaja. Tiada lagi wujud sekolah mengikut aliran kaum samada SRJK (C) atau SRJK (T).

Hari ini ketika sedang membaca akhbar, saya ketawa besar membaca response gelabah dari dua orang pemimpin parti komponen MIC dan Gerakan, yang mempertikaikan kenyataan tersebut. Berikut adalah petikan kenyataan tersebut :

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata Mukhriz tidak sepatutnya membuat kenyataan itu kerana desakannya itu bertentangan dengan Perlembagaan.

lim-si-pinKetua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin pula mempersoalkan tindakan Mukhriz mengemukakan cadangan itu sedangkan sistem pendidikan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan sudah berjalan dengan baik sejak zaman British lagi dan dijamin Perlembagaan serta Akta Pendidikan.

Saya sekadar hendak bertanya, faham pula MIC dan Gerakan dengan Perlembagaan. Faham juga mereka dengan hak yang telah dijamin yang termaktub dalam perlembagaan dan Akta Pendidikan. Maksud mereka jelas, Mukhriz jangan sentuh perkara tersebut kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan. Saya setuju kehendak mereka…!!!

samy-velluCuma, kita juga mesti mengingatkan mereka dan sekutu-sekutunya dengan tegas, jangan sentuh juga HAK-HAK MELAYU DAN ISLAM YANG SUDAH TERMAKTUB DENGAN JELAS DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA. Jangan mencari populariti dan cuba menjadi hero dengan mempertikaikan HAK-HAK MELAYU DAN ISLAM di bumi Malaysia ini. Kalau kalian mahu hak-hak kalian terpelihara, kalian juga harus menghormati hak-hak Melayu dan Islam.

Kepada Dato’ Mukhriz,  kalau mereka mendesak supaya Dato’ menarik balik kenyataan itu, maka kita menyarankan agar mereka juga menarik balik semua kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan, yang memang mengguris hati dan perasaan orang Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini dan jangan sentuh lagi perkara-perkara sensitive mengenai agama dan kaum yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.

7 Responses to “MIC DAN GERAKAN LUPA DIRI…SEKETIKA”

  1. Balan Says:

    Well, if one looks at it positively, the suggestion is good.

    If Singaporean Chinese and Indians and Malays can go the can go to the same school, why can’t we.

    Please do pass by to my blog to read my opinion on this.
    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

  2. Khairul Nazri Says:

    Salam Sejahtera,

    1. Jelas mereka kaum cina dan india ini mengambil kesempatan diatas kekalutan yang melanda bangsa Melayu kini. Mereka sebenarnya tidak pernah berasa bahawa mereka tidak perlu bertanggungjawab keatas setiap perkara yang berkaitan dengan negara melainkan melibatkan bangsa mereka semata-mata

    2. Mereka amat faham bahawa kepentingan mereka di negara ini telah dijamin di dalam perlembagaan dan sekadar mengambil peluang sekiranya dapat menambahkan lagi kepentingan-kepentingan ini demi untuk bangsa mereka.

    3. Maka, secara peribadi yang berfikiran bahawa gelgat-gelagat ini tidak harus kita layan. Biarkan mereka melalak di tepi-tepi jalan samada hendak berbogel, hendak mencampakkan kepala babi di tepi-tepi pantai atau di pagar rumah kita namun sebenarnya semua hak dan kepentingan kaum-kaum di Malaysia ini telah dijamin dan kita hanya perlu untuk memelihara serta menghormati hak-hak masing-masing. Mereka-mereka ini ibarat anjing menyalak di tepi pagar. tetap menyalak walaupun kita hanya lalu di depannya. Payah-payah balingkan kayu beluti 3×3, maka senyaplah anjing-anjing ini.

  3. abas Says:

    Salam:-

    Saya tak mahu komen tapi nak tanya..” Mana lebih bermakna nak undi kaum cina dan india ke ataupun tutup SRJK ( C )/ SRJK ( T )?

    • Khairul Says:

      Salam Sdr. Abas,

      kalau dilihat dari aspek rasional dan pemikiran yang lebih terbuka, tanpa campurtangan kepentingan politik, bagi membina sebuah bangsa malaysia yang lebih bersatupadu dan bekerjasama antara satu sama lain, cadangan dari Dato’ Mukhriz mahathir layak untuk diambil kira. Kita lihat contoh seperti Singapura, mereka hanya punya satu sistem pendidikan sahaja. sistem pendidikan yang menjurus kepada melahirkan warga Singapura yang lebih bertanggungjawab pada kepentingan negaranya. Di Singapura pendidikan berasaskan kaum tidak ada, namun rakyatnya boleh menerima keadaan ini.

      Keadaan ini berbeza dengan Malaysia. masing-masing masih totok mempertahankan kepentingan budaya dan bahasa ibunda kononnya, hingga mengakibatkan kurang semangat patriotik di kalangan rakyat negara ini. Tidak ada semangat kemalaysiaan, masing-masing dalam diam membawa semangat perkauman, dan dalam waktu yang sama cuba mengganggu milik kepentingan kaum lain, itu antara penyebab yang menjadikan rasa syak wasangka terus menghantui rakyat negara ini yang berbilang kaum.

      Namun kerajaan dalam situasi sukar sebenarnya, antara kepentingan perpaduan ataupun mengambil kira ugutan dan kehendak semasa, bagi saya apa yang paling penting persefahaman itu sangat penting antara kaum di negara ini dan menjauhkan sentimen kehilangan atau tidak mahu menyokong berdasarkan kaum. rakyat mesti melihat secara menyeluruh dalam apa jua bentuk keputusan yang diambil, barulah Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang cemerlang dan kukuh dan perpaduan rakyat yang mantap.

      Kesimpulannya sangat mudah. Semua kaum sensitif apabila hak miliknya cuba diusik, jadi untuk akan datang rakyat kena faham, wujudkan persefahaman yang mantap dan dan janganlah diungkit-ungkit mengenai isu-isu sensitif yang menyentuh antara kaum.

  4. NIMAMAJU Says:

    SDR.KHAIRUL KOMEN YANG MEMBENA DAN JANGAN BAGI MUKA PADA MEREKA TU SYABAS PADA DATO MUKHRIZ KERANA BERANI BERUBAH

  5. 18 Says:

    Saranan Dato’ Mukhriz itu memang baik. secara tidak langsung dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu, bekerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Proses pembentukannya memang akan mengambil masa yang lama kerana untuk menggabungkan kesemua kaum dalam satu sessi aliran persekolahan bukan dapat dilaksanakan dalam sehari dua. Proses tersebut harus bermula daripada ibu bapa itu sendiri. Jika setiap ibu bapa di negara ini memikirkan perpaduan, memikirkan keharmonian, memikirkan permuafakatan sudah pasti apa yang dihajati dapat dilaksanakan.
    Pemimpin hari ini tidak memikirkan apa yang akan berlaku 15 hingga 30 tahun akan datang. Jika permuafakatan itu tidak dibina dari sekarang, melalui anak-anak yang ada hari ini, sudah pasti apa yang kita akan lihat nanti ialah perpecahan yang akan lebih buruk daripada apa yang kita saksikan hari ini. Ini kerana setiap kaum khususnya masyarakat India dan Cina tidak dapat menerima hakikat Ketuanan Melayu itu sendiri.
    Berdasarkan pengalaman, pelajar sekolah SJK (T) dan (C) akan belajar dalam lingkungan bangsa mereka sahaja. Mereka akan belajar tanpa memikirkan apa itu perpaduan yang sebenarnya. Apabila dijemput menghadiri sesuatu aktiviti, jalinan hubungan itu tidak wujud. Masing-masing dengan ruang lingkup mereka sendiri, tanpa mahu memesrakan diri antara satu sama lain.
    Menteri Pelajaran,marilah kita bertindak dengan pemikiran yang positif.
    Fikirkan mana yang baik dan mana yang buruk. Jika kebaikan itu melebihi kelemahan, marilah kita gerakkan apa yang disarankan.

  6. pendekar melayu Says:

    Alhamdulillah…kenyataan Dato’ Mukhriz telah membuka mata mereka dan barulah mereka sedar yang orang melayu pun ada isu-isu yang boleh dibangkitkan pada mereka… Disini saya berharap kita sebagai orang melayu dan UMNO khasnya haruslah bekerja keras dan membantu pemimpin kita untuk memperkasakan kembali umno dan kancah politik negara kerana…apa yang dapat dilihat sekarang ini banyak isu-isu kesamarataan tersebar luas bagi meracuni pemikiran orang melayu dan di sebarkan oleh orang melayu sendiri…tidak sedar kah mereka-mereka ini yang mereka akan hidup merempat ditanah air mereka ini akan datang…siapa yang akan membela cucu-cicit mereka akan datang???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: