Archive for December, 2008

BOYKOT BARANG ISRAEL LAKNATULLAH

December 31, 2008

Islam mesti sepakat dan bersatupadu menentang kafir laknatullah ini...

1 ORANG BOYKOT BARANG ISRAEL= ISRAEL RUGI 1 RINGGIT

10 ORANG BOYKOT =ISRAEL RUGI 10 RINGGIT

1.2 JUTA ORANG ISLAM BOYKOT=ISRAEL RUGI 1.2 JUTA RINGGIT SEHARI

KALAU SEBULAN INSYAALLAH DIA TAKDER DUIT DAH NAK SERANG….

KALAU SELAMA-LAMANYA KITA BOIKOT…, ISRAEL AKAN BANKRAP…BIAR DIA MAMPUSSSS…

JENIS-JENIS BARANG ISRAEL ADA DI LAMAN INI :
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Advertisements

SALAM MAAL HIJRAH 1430H DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009

December 28, 2008

ASSALAMUALAIKUM WBT,hijrah

SAYA MENGUCAPKAN SALAM MAAL HIJRAH 1430H DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009, DENGAN DOA DAN HARAPAN  MOGA TAHUN BARU INI MEMBERI LEBIH KEBERKATAN DAN KERAHMATAN KEPADA KITA SEMUA DAN SENTIASA DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT.

MARILAH KITA SAMA-SAMA BERILTIZAM UNTUK MENJADI SEORANG INSAN DAN RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB SERTA BERUSAHA MENJADIKAN DIRI KITA SEBAGAI ‘MANUSIA YANG BANYAK MANFAATNYA KEPADA MANUSIA LAIN’. INSYAALLAH.

SAYA DI KUALA TERENGGANU

December 26, 2008

Assalamualaikum,

Kuala Terengganu membangun dibawah Barisan Nasional

Kuala Terengganu membangun dibawah Barisan Nasional

Buat teman-teman di UMNO Bahagian Kapar dan rakan-rakan blogger. Saya mohon maaf kerana agak lama saya tidak berkesempatan untuk membuat up-date blog ini. Saya tidak berkesempatan sekarang ini, kerana saya telah diarahkan untuk bertugas di Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, sehingga 18 Januari 2009.

 

Insyaallah, selepas selesai tugasan saya nanti, saya akan kembali seperti biasa bersama-sama rakan-rakan sekalian di blog bicarakapar2. Doakan saya Berjaya laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi Kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional.

Terima Kasih.

RAKYAT SELANGOR KENA TIPU LAGI……

December 16, 2008

Saya membaca Akhbar Sinar Harian yang memuatkan berita sembah ucapan MB Selangor TS Khalid Ibrahim ketika sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Selangor baru-baru ini, yang antara lain beliau memaklumkan bahawa urusan pasir di Selangor akan distruktur semula. Hasil penstrukturan tersebut, kerajaan negeri bakal memperolehi pendapatan sebanyak RM50 juta setahun, berbanding kerajaan sebelum ini yang hanya mendapat RM20 juta setahun.

kuari-pasir

Antara konsep penstrukturan yang saya difahamkan oleh beberapa rakan ialah, kuari pasir tersebut akan di tenderkan oleh kerajaan negeri kepada pihak-pihak tertentu yang boleh menawarkan harga tertinggi dan terbaik, kemudian syarikat yang Berjaya akan diberi hak untuk menjual pasir tersebut.

Sekali pandang, ia kelihatan macam telus dan berperaturan serta menggambarkan kepada rakyat bahawa pulangan kepada kerajaan negeri akan lebih baik. Namun rakyat mesti perlu juga disedarkan, bahawa langkah kerajaan negeri pimpinan TS Khalid Ibrahim ini sebenarnya sedang membebankan rakyat negeri Selangor, kerana kesan kenaikan harga pasir tersebut akan dirasa dan ditanggung oleh rakyat.

Keadaan ini disahkan sendiri oleh peniaga hardware khususnya yang menjual barang keperluan binaan, terutamanya pasir, batu dan sebagainya. Ia berlaku ketika saya hendak membeli pasir, bila tuan punya kedai menyatakan bahawa akan datang harga pasir akan lebih mahal memandangkan…”kerajaan pun mau makan juga…itu harga pasir”.

Harga yang sedang menurun sekarang ialah harga jualan besi, memandangkan kerajaan pusat telah mengambil keputusan untuk memansuhkan AP besi. Jadi jelas bahawa kerajaan pusat jauh lebih prihatin berbanding kerajaan negeri Selangor, yang lebih rakus mencari sumber kewangan dengan menekan dan membebankan pengguna dan rakyat yang sebahagiannya tidak menyedari kesan keadaan ini.

...CAMRY lebih penting dari MANIFESTO.....

...CAMRY lebih penting dari MANIFESTO.....

Saya jadi terfikir, patutlah kerajaan negeri ghairah benar memenuhi kehendak Ronnie Liew untuk membeli kereta Toyota Camry yang harganya jauh lebih mahal daripada Proton Perdana untuk EXCO dan pegawai kanan negeri. Kereta yang mahal pastinya kos penyelenggaraannya jauh lebih mahal. Siapa yang akan tanggung kos tersebut…???. RAKYAT yang akan menanggung segala kos tersebut demi keselesaan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat. Tahniah…gerakan licik pimpinan negeri Selangor.

SALAM AIDILADHA

December 3, 2008

Assalamualaikum WBT,

khairul-raya-haji

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Dengan doa dan harapan semoga Allah SWT sentiasa memberi hidayah dan memberkati perjalanan kehidupan kita serta iringan doa moga sahabat seagama kita yang sedang mengerjakan ibadah haji, dikurniakan oleh Allah SWT dengan haji yang Mabrur, InsyaAllah.

MIC DAN GERAKAN LUPA DIRI…SEKETIKA

December 3, 2008
...BERANI BERUBAH...!!!

...BERANI BERUBAH...!!!

Secara peribadi saya bangga dengan keberanian Datuk Mukhriz Mahathir kerana membuat kenyataan mencadangkan kerajaan mewujudkan satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan. Maknanya sekolah hanya satu aliran sahaja. Tiada lagi wujud sekolah mengikut aliran kaum samada SRJK (C) atau SRJK (T).

Hari ini ketika sedang membaca akhbar, saya ketawa besar membaca response gelabah dari dua orang pemimpin parti komponen MIC dan Gerakan, yang mempertikaikan kenyataan tersebut. Berikut adalah petikan kenyataan tersebut :

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata Mukhriz tidak sepatutnya membuat kenyataan itu kerana desakannya itu bertentangan dengan Perlembagaan.

lim-si-pinKetua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin pula mempersoalkan tindakan Mukhriz mengemukakan cadangan itu sedangkan sistem pendidikan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan sudah berjalan dengan baik sejak zaman British lagi dan dijamin Perlembagaan serta Akta Pendidikan.

Saya sekadar hendak bertanya, faham pula MIC dan Gerakan dengan Perlembagaan. Faham juga mereka dengan hak yang telah dijamin yang termaktub dalam perlembagaan dan Akta Pendidikan. Maksud mereka jelas, Mukhriz jangan sentuh perkara tersebut kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan. Saya setuju kehendak mereka…!!!

samy-velluCuma, kita juga mesti mengingatkan mereka dan sekutu-sekutunya dengan tegas, jangan sentuh juga HAK-HAK MELAYU DAN ISLAM YANG SUDAH TERMAKTUB DENGAN JELAS DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA. Jangan mencari populariti dan cuba menjadi hero dengan mempertikaikan HAK-HAK MELAYU DAN ISLAM di bumi Malaysia ini. Kalau kalian mahu hak-hak kalian terpelihara, kalian juga harus menghormati hak-hak Melayu dan Islam.

Kepada Dato’ Mukhriz,  kalau mereka mendesak supaya Dato’ menarik balik kenyataan itu, maka kita menyarankan agar mereka juga menarik balik semua kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan, yang memang mengguris hati dan perasaan orang Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini dan jangan sentuh lagi perkara-perkara sensitive mengenai agama dan kaum yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.

PPP – Cow lahhhhhhhhhhhhh….

December 2, 2008

kayveas

Presiden PPP, Datuk M.Kayveas cuba menjadi Singa dalam Barisan Nasional. Sayangnya ngaumannya sekadar menjadi bahan tawa rakan-rakan dalam BN, malah majoriti suara dalam Barisan Nasional lebih selesa kalau semut ini dikuis terus dari sibuk merayap kesana sini mencari tapak. Sudahlah tak banyak menyumbang, malah lebih banyak menyusahkan orang lain.

Kerusi parlimen yang ditandingi pada PRU12 yang lalu pun atas ikhsan UMNO Perak, yang terpaksa berhempas pulas menenangkan ahli-ahlinya yang marah kerana menyerahkan kepada Kayveas. Sudahlah begitu, jentera PPP pun gagal untuk mempertahankan kerusi tersebut. Satu kerusi yang diperuntukkan pun gagal dipertahankan, inikan pula nak minta beberapa kerusi lagi dengan mengaruk beberapa kerusi dari komponen yang lain seperti GERAKAN, MCA dan MIC. Keputusannya, tiada siapapun yang punya ikhsan untuk menyerahkan kerusi tersebut, kecuali UMNO.

Tiba-tiba pulak, Kayveas nak jadi hero tamil yang baru, untuk mencari publisiti murahan memandangkan PPP dan Kayveas sendiri sudah dilupakan oleh media dengan membangkitkan isu ISA. Kemudian cuba pula buat ugutan untuk keluar dari komponen BN, kalau tak tunaikan permintaan mereka sebelum PRU13.

Persoalannya, kenapa lama sangat sampai PRU13, sedangkan rakan-rakan komponen yang lain sebenarnya lebih teruja kalau PPP keluar sahaja dari BN sekarang. Sekurang-kurangnya tak ada lagi semut yang bakal merayap-rayap dalam PRU13 nanti. Lebih mudah kerja dan lebih mudah nak buat perancangan. Mana tau kalau PPP diluar BN nanti boleh dapat kerusi yang lebih banyak……….