SUDAH TERBONGKAR….!!!

sharizat-goooooddd

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, didakwa tidak pernah berbincang dengan Exco pergerakan itu sebelum mengumumkan pelan peralihan kuasa di antara beliau dengan Timbalannya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009. Beliau dikatakan mengumumkan peralihan kuasa itu di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada satu majlis rasmi Wanita pada 4 Ogos lalu yang mengejutkan EXCO Wanita UMNO.
(Dipetik dari BH – 26 November 2008)

sharizat-jalil

PERTAMA : Kita ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengambil keputusan bijak bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

KEDUA : Kita ucapkan tahniah kepada akar umbi yang awal-awal sudah dapat membaca taktik kotor tersebut dan menolak peralihan kuasa yang dicadangkan sendiri oleh TS Rafidah.

KETIGA : Kita juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Kamilia Ibrahim yang bakal menang tanpa bertanding Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

KEEMPAT : Kita dah nampak sekarang, siapa yang betul dan siapa yang salah.

KELIMA : Perwakilan Wanita UMNO boleh tidur lena, kerana dah tahu calon mana yang nak dipilih untuk menerajui wanita.

KEENAM :  Kita harus menerima hakikat bahawa soal kepimpinan ni bukan hak individu untuk menentukan, tetapi ia hak ahli.

KETUJUH : Ahli-ahli Wanita UMNO sedang memberi isyarat jelas, bahawa mereka sudah semakin matang dengan helah dan sepak terajang politik yang tidak jujur dan telus.

KELAPAN : Senario ini juga meningatkan kepada kepimpinan Wanita UMNO yang dah terlalu lama, supaya bersedia member laluan kepada tenaga baru yang lebih agresif untuk menerajui parti.

KESEMBILAN : Akurlah, bahawa pemimpin datang dan pergi, seorang pergi…seribu yang lebih hebat sedang menanti.

KESEPULUH : Berundurlah secara terhormat, agar kita sentiasa diingati. Jangan ego dan degil, nanti kita dirempuh tersungkur baru nak berundur.

 

 

2 Responses to “SUDAH TERBONGKAR….!!!”

  1. 18 Says:

    Buat tatapan dan renungan

    YANG DI IKAT JANJI
    YANG DILUNAS KERJA
    YANG DILIHAT DIRI
    YANG DINILAI USAHA

    YANG DICERMIN HATI
    YANG DIGALAS SETIA
    YANG DIKENANG BAKTI
    YANG DIBALAS JASA

    KALAU TIDAK MAMPU MEMUJI
    JANGAN MENGEJI
    KALAU TIDAK MAMPU MENYUMBANG
    JANGAN MENYUMBANG
    KALAU TIDAK MAMPU BERUBAH
    JANGAN MENYANGGAH

    DULU SAWAH KINI BELUKAR
    TEMPAT BUJUK BERANAK PINAK
    DIAJAR SUSAH DIDIDIK SUKAR
    KALAU DIPUJUK HARIMAU PUN JINAK

  2. abas Says:

    Salam:-

    Ku meminatimu kerana petah berhujjah dan bijak membidas
    Ku mengkagumimu kerana ingati fakta di hujung jari,
    Ku terleka pabila melihatmu menyanyi lagu rasmi parti,
    TAPI AKUKAN LEBIH MEMUJAMU SEKIRANYA KAMU BERUNDUR-DENGAN RELA HATI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: