RAFIDAH PERLU BERKORBAN….

Tahniah...Ketua Wanita UMNO yang baru....

Tahniah...Ketua Wanita UMNO yang baru....

MAAFLAH…, saya melihat kemelut kepimpinan wanita UMNO Malaysia dengan rasa yang semakin jelak. Kemelut itu menyerlahkan wajah sebenar sayap UMNO itu yang sangat tidak matang dalam menyelesaikan permasalahan yang berbangkit. Rasa hormat saya pada kepimpinan pergerakan itu semakin menipis, sehingga saya terfikir, patutlah mereka dianggap gagal mengatur perancangan dalam PRU12 yang lalu, sehingga BN kalah teruk dalam pilihanraya tersebut.

Beberapa persoalan ingin saya tanyakan pada Wanita UMNO :

1. Apa relevannya peralihan kuasa pada JUN 2009, sedangkan pemilihan pada MAC 2009.

rafidah2. Apa AGENDA! Sebenar TS Rafidah Aziz, yang berkeras tidak mahu menyerahkan kepimpinan wanita jkepada DS Sharizat pada Mac 2009.

3. Apa bezanya MAC 2009 dengan JUN 2009.

4. Cuba kaji kenyataan TS Aishah Ghani dalam Utusan Malaysia baru-baru ini.

5. Apa hak EXCO Wanita UMNO Malaysia untuk menentukan tidak ada pemilihan dalam jawatan tertinggi parti itu, sedangkan hak tersebut adalah hak akar umbi.

Cukuplah 5 pertanyaan ini saya kemukakan. Saya tidak nafikan bahawa TS Rafidah Aziz sangat banyak jasanya kepada Wanita UMNO, tetapi biarlah ikhlas dan telus jika berniat untuk menyerahkan kepimpinan pada orang lain.

sharizatSaya juga melihat, memang DS Sharizat yang layak untuk meneruskan kepimpinan yang ada. Beliau punyai masa yang banyak sekarang untuk menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap Wanita UMNO, bagi memulihkan dan mengatur strategi baru, agar wanita akan terus digeruni dan dihormati kawan dan lawan. Saya yakin DS Sharizat sudah sangat bersedia untuk menerima amanah dan tanggungjawab tersebut.

Bermuhasabahlah, jangan terlalu memikirkan soal kepentingan peribadi. Contohilah YAB Presiden UMNO, yang rela mengorbankan dirinya demi parti yang tercinta.

One Response to “RAFIDAH PERLU BERKORBAN….”

  1. 18 Says:

    Saya berpendapat TSR, seorang pemimpin yang mempunyai hasrat yang tersirat disebalik apa yang tersurat. Jika dilihat dari sudut kepimpinan, memang tidak dapat dinafikan bahawa TSR ialah seorang pemimpin yang telah banyak berjasa. Tetapi TSR terlupa bahawa era kepimpinannya kini perlukan sesuatu perubahan yang baru dan segar seiring dengan imej wanita itu sendiri.
    Alasan bahawa beliau bertanding kerana pelan peralihan sudah lagi tidak dipatuhi serta sebagai memenuhi kehendak akar umbi yang mencalunkan beliau ialah suatu perkara yang tidak dapat diterima. Saya berpendapat, jika pelan peralihan diteruskan jua, TSR tidak akan melepaskan jawatannya pada bulan MAC nanti dengan begitu sahaja. Pasti alasan selepas itu;- 1. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu. 2. Kepercayaan akar umbi yang mahukan beliau terus menerajui pergerakan wanita. Berdasarkan kenyataan beliau untuk tidak menyerahkan jawatan ketua wanita bulat-bulat kepada Shahrizat, sudah jelas terbayang hasrat TSR yang masih ingin menjawat jawatan tersebut.Sebenarnya, pergolakan ini dapat diredakan jika TSR tidak bertanding. Itu sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: