INILAH MASALAH UMNO….

Pemilihan UMNO Bahagian Kapar sudah selesai. Perwakilan sudah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih barisan kepimpinan baru UMNO Bahagian Kapar bagi tempoh 2008 – 2011. Yang bertanding, masing-masing sedang mengatur rehat setelah bertungkus lumus berkempen siang dan malam. Suasana tenang yang diharapkan rupanya tidak kesampaian. Ada lagi kedengaran suara-suara yang tidak berpuas hati dengan pemilihan yang telah lepas.

umno-berantakan

Berbagai isu mula dibangkitkan tentang pemilihan. Isu ‘Cai’, isu kem, isu restu orang itu dan orang ini, segala-galanya seperti tiada jalan penyelesaian. Situasi ini menjadikan seolah-olah orang-orang UMNO ini semakin hilang kekuatan untuk menghadapi cabaran yang berada dihadapan mereka. Cabaran sebenar UMNO bukan dalam soal pemilihan barisan Jawatankuasa, tetapi cabaran berhadapan dengan barisan Pakatan Rakyat yang makin selesa di puncak kuasa mereka di negeri Selangor.

Jika inilah watak dan sikap ahli-ahli UMNO yang berantakan tak berkesudahan, tidak mustahil UMNO akan terus dilupakan di negeri Selangor ini. UMNO akan terus berdiri sebagai parti pembangkang sebagaimana nasib UMNO di Kelantan. Oleh itu, lupakan soal pemilihan bahagian, yang penting bagi UMNO sekarang ialah mengatur dan menyusun strategi bagi merampas semula negeri Selangor dari Pakatan Rakyat. Tanggungjawab ini sewajibnya dipikul oleh seluruh ahli UMNO, bukan diserah bulat-bulat kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian. Tanpa sokongan dan gerakan ahli yang lain, tidak bermakna bagi jawatankuasa bahagian, atau kalaupun ada yang masih merasa tidak puas hati dengan barisan jawatankuasa bahagian yang ada, lupakan sahaja mereka, tetapi teruskan usaha untuk menjana kekuatan UMNO.

Jawatankuasa UMNO Bahagian bukanlah segala-galanya. Ia tidak wujud tanpa UMNO, tetapi UMNO akan tetap wujud tanpa Jawatankuasa Bahagian.

Ahli-ahli UMNO harus mula memberi fokus kepada memperkukuhkan UMNO, agar ia terus mampu berdiri sebagai parti yang memperjuangkan hak Agama, Bangsa Melayu dan Negara. Janganlah kemarahan itu dipanjangkan lagi, kerana kemarahan itu dibimbangi boleh menjauhkan kita dari UMNO. Sudahlah….lupakan soal pemilihan, marilah kita bersatu dan berganding bahu kearah merampas semula negeri Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Itulah tanggungjawab WAJIB bagi seluruh warga UMNO, khususnya di negeri Selangor.

2 Responses to “INILAH MASALAH UMNO….”

  1. Khairul Nazri Says:

    Salam Sejahtera,

    1. Alhamdulillah, pemilihan jawatankuasa bahagian telah tamat. Tiada lagi lobi, tiada lagi sms dan tiada lagi jamuan besar. yang dipilih harus menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Yang kalah perlu muhasabah diri dab menyokong kepimpinan yang dipilih.

    2. Kini bukan masanya lagi untuk kita terus bertelagah. Kini masanya untuk kita kembali bersatu. Kini semua ahli UMNO samada para pemimpin dan akar umbi harus berusaha mengenepikan segala perbezaan dan kepentingan diri, segala kebongkakan dan kesombongan diri, segala tamak haloba dan rasa dengki demi untuk survival bangsa Melayu yang kini kian terhakis dari segala segi dan sudut.

    3. namun, ia semuanya setakat seruan… Kita tetap tidak akan bersatu !!

  2. 6 million dollar man Says:

    salam sejahtera,

    saya pun hairan dgn mentaliti dgn kalangan mereka yg kalah dan juga juak2 mereka bersama pencacai2 dlm UMNO ini. pemilihan dah selesai, masing2 ada tangungjawab lebih besar. jadi, jalankanlah amanah yg telah diberi. kita berjuang dlm UMNO mesti ikhlas berjuang demi mempertahankan ketuanan melayu d tanah sendiri. musuh kita bukannya rakan kita dlm UMNO tetapi sudah nyata musuh kita ialah parti lawan kita terutama DAP yang hendak mempunyai perdana menteri China d tanah melayu ini dan juga PKR yg semestinya hendak mengikis ketuanan melayu d tanah sendiri.

    saya kesian dgn melayu dlm PKR yg tak sedar2 diri lagi seperti yg saya lihat semasa budak2 ni memasang bendera PKR sekitar Shah Alam semasa konvensyen mereka yg lepas. bangsa lain dah jd mandor pd org2 melayu ni, kesian2. biarlah mereka terjun dgn labu2nya, tetapi bukannya kita.

    saya juga nak menarik perhatian supaya pengantungan dato ahmad ismail d tarik balik kerana mulut2 jahat dari parti kompenen tak d ambil tindakan. kita kena buat kempen untuk bebaskan dato ahmad kerana bila kita berkata mengenai ketuanan melayu, ianya umpama kesalahan besar, tetapi bila mereka bercakap tiada apa tindakan yg d ambil. juga dari mengantung dato ahmad, gantung je zaid ibrahim (sorang lagi melayu haprak yg lupa diri) atau pecat je dia kerana bermuka-muka. nama bapak pun dh sama, tentu aliran beliau pun sama.

    sekali lagi saya menyeru ahli2 UMNO bukan sahaja d bah kapar bersatu dan berjuang bersama, tetapi semua ahli UMNO d muk bumi tuhan ini.

    wassalam.
    *selamat berjuang d kuala trengganu*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: