KENAPA SEKAT PENCALONAN MAT TAIB….

Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dilihat calon paling berwibawa untuk mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden berbanding Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam. Kerana itu ada pihak yang sedang bertungkus lumus menyekat pencalonan Mat Taib agar beliau gagal melepasi kuota yang ditetapkan.

mat-taib-peluk 

The Iron Mat Tyson ini bukan calang-calang pemimpin. Aura kepimpinannya memang digeruni sejak dulu lagi. Beliau punyai cara yang tersendiri dan sangat rapat dengan semua lapisan pemimpin, samada pemimpin atasan maupun pemimpin kecil bawahan. Sikap ramah mesranya mengikat ikatan kukuh antara Mat Taib dan orang awam. Kerana itu beliaulah antara Menteri Kemajuan Luar Bandar yang paling disenangi dengan orang kampong dan pendalaman. Mat Taib rela bermalam bersama orang kampong, tidur beralas tikar mengkuang, mandi sumur dan segala-galanya yang dilakukan oleh orang kampong. Mat Taib tidak pernah merasa janggal, kerana sejarah kehidupannya juga begitu. Yang pasti Mat Taib itu juga orang kampong tulen yang membesar dalam suasana kampong.

 

Hubungan akrabnya dengan semua orang tidak boleh dinafikan. Wibawa kepimpinannya terserlah ketika memimpin Selangor sebagai Menteri Besar. Cetusan wawasannya menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri maju pada tahun 2005, 15 tahun lebih awal dari Wawasan 2020, telah berjaya direalisasikan. Mat Taib boleh dianggap sebagai Bapa Pembangunan dan Permodenan Selangor. Semangat kepimpinan dan perjuangan Melayunya tidak boleh dinafikan. Mat Taib memimpin sekumpulan 10,000 ahli pergerakan pemuda bersama Dato’ Seri Najib Tun Razak, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu di Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru kerana membantah tindakan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain mengenai isu Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina. Peristiwa 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimnpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur.

 

Perjuangannya mempertahankan hak-hak Melayu tersemat kukuh dalam dirinya dan dalam waktu yang sama beliau turut mementingkan soal perpaduan dan hak kesamarataan dengan kaum-kaum lain. Kerana itu tidak hairanlah, ketika beliau mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, ia ditangisi oleh seluruh warga Selangor samada Melayu, Cina maupun India. Jelas bagi mereka, Mat Taib adalah pemimpin rakyat yang sebenar.

 

mat-taib-tadika

 

Hari ini Mat Taib kembali bersaing dalam arus politik perdana tanah air. Usahanya menawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO menentang Muhyiddin Yassin, bukan sahaja direstui oleh pimpinan di Selangor khususnya, tetapi turut mendapat sokongan moral dari kepimpinan rakan-rakan komponen Barisan Nasional di Selangor. Mereka menyokong kerana mereka tahu kehebatan dan aura kepimpinan Tan Sri Muhammad bin Haji Muhd. Taib, pemimpin berjiwa rakyat dan pemimpin yang rela menyusur hingga ke akar umbi.

Mat Taib jangan putus asa, sekatan yang dilalui jadikan sebagai cabaran awal untuk memikul amanah tersebut. Percayalah, pencalonan bukan tanda kemenangan. Yang jelas, Mat Taib sedang melalui isyarat bahawa peluangnya berada dikerusi nombor 2 dalam UMNO dan seterusnya dinobatkan sebagai Timbalan Presiden UMNO semakin hampir. Teruskan perjuangan. Moga Allah SWT merestui perjalanan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: