KETUANAN MELAYU MESTI KITA PERTAHANKAN !

Melayu lupa daratan....

Melayu lupa daratan....

 

Saya sangat kecewa dengan karenah Melayu tak sedar diri seperti Dato’ Zaid Ibrahim yang mempertikaikan mengenai konsep Ketuanan Melayu. Hari ini baru kita jelas, wajah sebenar Zaid Ibrahim. Melayu hipokrit yang didalam dirinya penuh dengan dendam dan hasad dengki kepada bangsanya sendiri. Saya mula sedar, Zaid Ibrahim ada agenda peribadi ketika berada dalam kabinet. Jelas, setelah beliau berjaya mencapai agenda peribadinya, beliau lantas meletakkan semua jawatannya dan mula mengkritik kerajaan seperti suara pembangkang. Zaid cuba menjadi hero kepada bangsa Malaysia, dan saya yakin Zaid ada lagi agenda peribadi yang sedang beliau kejar.

 

Saya tetap dengan pendirian. Saya akan realisasikan apa yang saya tegaskan ketika membentangkan Usul Tergempar dalam persidangan UMNO Bahagian Kapar yang lalu. Saya akan sentiasa ingat apa yang telah saya lafazkan :

 

"segalanya demi Agama, Bangsa dan Negara...."

Hari ini kita perjelaskan dengan tegas, memang benar UMNO taksub memperjuangkan kesucian Islam, UMNO Taksub memperjuangkan nasib bangsa Melayu, UMNO taksub dan rela membujur lalu melintang patah mempertahankan ketuanan Melayu. UMNO sanggup lakukan apa sahaja demi Agama dan bangsanya, jangan sentuh hak milik bangsa Melayu, kerana UMNO mampu bangkit menentang segala halangan mendatang jika hak dan miliknya disentuh oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab”.

 

“Ini tanah Melayu, Ini bumi Melayu, ia hak mutlak bangsa Melayu. Namun, bangsa Melayu ini cukup bijak dan matang dalam mengatur susun perjalanan negaranya. Bangsa Melayu ini tidak pernah mengganggu gugat keharmonian yang telah dikongsi bersama sekian lama. Melayu ini sangat bertolak ansur, rebutlah segala apa yang terdapat di bumi Melayu ini, biar kita kogsikan bersama, asalkan jangan sampai terambil atau cuba merampas sesuatu yang memang telah menjadi milikan tetap hak Melayu yang telah dipersetujui puluhan tahun yang lalu”.

 

Saya percaya bahawa saya tidak sendirian dalam hal ini. Melayu lupa daratan seperti Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim tidak ramai di bumi Melayu ini. Di Kapar, pejuang Melayunya adalah pejuang sejati yang sentiasa bersedia berkorban demi Agama, Bangsa dan Negara. Bersedialah Zaid dan Anwar, kalian bakal berhadapan dengan seribu cabaran. Pejuang UMNO kapar sudah lama bersedia menghadapi Melayu lupa daratan seperti kalian.

 

Ayuh, teman seperjuangan. Kita teruskan berjihad demi perjuangan bangsa Melayu ini. Allah Huakbar………….

5 Responses to “KETUANAN MELAYU MESTI KITA PERTAHANKAN !”

  1. nazzcaveman Says:

    Teruskan PERJUANGAN tanpa gentar. Apa ditakut pada kematian. Bagi seorang pejuang, inilah yang dirindukannya. Alang-alang mati biar berdiri, daripada hidup dijajah kembali.

    HIDUP UMNO !!!

  2. zelmey Says:

    Ya benar Ketuanan Melayu mesti kita pertahankan…..

    Tetapi pernahkah kita terfikir untuk menambat kembali hati bangsa lain untuk mengembalikan kepercayaan mereka kepada BN??

    Singgah ke blog saya …. tq

  3. 51 Says:

    Hak dan kepentingan orang Melayu mesti dipertahankan. Menafikan hak ketuanan orang Melayu ibarat mengusik harimau yang sedang tidur. Orang Melayu perlu sedar daripada lamunan. Jangan leka dengan keselesaan yang ada. Kita sebenarnya tidak boleh bergantung harap kepada bangsa lain untuk berjaya. Kita perlu berusaha untuk menambat hati bangsa Melayu itu sendiri daripada memikirkan cara bagamana untuk mengembalikan kepercayaan bangsa lain. Kalau kita boleh berkumpul dalam satu suasana yang harmoni seperti kita dapat berkumpul bersama-sama ketika mengerjakan solat Jumaat tanpa memikirkan status, sudah pasti bangsa lain akan berasa gelisah melihat kesepaduan yang ada.

  4. 51 Says:

    Apabila membaca liputan utama akhbar hari ini, yang berkisar tentang kekecohan yang berlaku ketika persidangan UMNO Bahagian Seremban…hati tertanya…Bagaimanakah bangsa Melayu dapat mempertahankan ketuanan Melayu? Inikah watak orang Melayu yang terkenal dengan sifat lembut dan budi bahasanya. Tegas tidak bertempat, berani tidak berarah, garang tidak bersantun. Di mana letaknya adab dan budi. Di mana perginya hemah dan muafakat. Sepatutnya, kita perlu bersatu, bermuhasabah dan berbaik sangka.

  5. zelmey Says:

    Salam saudara pembaca dan juga bloger …

    Ada info ekonomi di blog saya …

    Sdr Khairul …. salam selamat dan kesejahteraan buat saudara …

    Take care semua

    Salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: