Archive for November, 2008

SUDAH TERBONGKAR….!!!

November 26, 2008

sharizat-goooooddd

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, didakwa tidak pernah berbincang dengan Exco pergerakan itu sebelum mengumumkan pelan peralihan kuasa di antara beliau dengan Timbalannya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009. Beliau dikatakan mengumumkan peralihan kuasa itu di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada satu majlis rasmi Wanita pada 4 Ogos lalu yang mengejutkan EXCO Wanita UMNO.
(Dipetik dari BH – 26 November 2008)

sharizat-jalil

PERTAMA : Kita ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengambil keputusan bijak bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

KEDUA : Kita ucapkan tahniah kepada akar umbi yang awal-awal sudah dapat membaca taktik kotor tersebut dan menolak peralihan kuasa yang dicadangkan sendiri oleh TS Rafidah.

KETIGA : Kita juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Kamilia Ibrahim yang bakal menang tanpa bertanding Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

KEEMPAT : Kita dah nampak sekarang, siapa yang betul dan siapa yang salah.

KELIMA : Perwakilan Wanita UMNO boleh tidur lena, kerana dah tahu calon mana yang nak dipilih untuk menerajui wanita.

KEENAM :  Kita harus menerima hakikat bahawa soal kepimpinan ni bukan hak individu untuk menentukan, tetapi ia hak ahli.

KETUJUH : Ahli-ahli Wanita UMNO sedang memberi isyarat jelas, bahawa mereka sudah semakin matang dengan helah dan sepak terajang politik yang tidak jujur dan telus.

KELAPAN : Senario ini juga meningatkan kepada kepimpinan Wanita UMNO yang dah terlalu lama, supaya bersedia member laluan kepada tenaga baru yang lebih agresif untuk menerajui parti.

KESEMBILAN : Akurlah, bahawa pemimpin datang dan pergi, seorang pergi…seribu yang lebih hebat sedang menanti.

KESEPULUH : Berundurlah secara terhormat, agar kita sentiasa diingati. Jangan ego dan degil, nanti kita dirempuh tersungkur baru nak berundur.

 

 

Advertisements

AKHIRNYA……

November 24, 2008

...rentap jua mereka...akhirnya...

...rentap jua mereka...akhirnya...

1. DS Sharizat Abd. Jalil mengumumkan pendiriannya untuk mencabar TS Rafidah Aziz sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia pada bulan Mac 2008

 

2. TS Rafidah Aziz pula menumumkan bakal mempertahankan jawatan.

3. Tiada lagi pelan peralihan kuasa (Penentuan kuasa hak ahli bukan EXCO)

4. Akar umbi @ ahli merupakan penentu kepada kepimpinan, bukan milik EXCO

5. Ingatlah. Jangan suka-suka menentukan orang perlu mengikut kehendak kita, kerana kita berkuasa kerana ditentukan oleh orang ramai.

6. Perwakilan Wanita yang bakal menetukan siapa ketua pilihan mereka, bukan EXCO.

7. Cerita mengarut mengenai peralihan kuasa Wanita UMNO hanya tinggal cerita dongeng

8. DS Sharizat terpaksa akur dengan kehendak akar umbi yang mencalonkan beliau sebagai Ketua Wanita UMNO

9. Yang untung dan bijak Dato’ Kamilia, bakal menang tanpa bertanding Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia

10. ADAKAH INI PENGAKHIRANNYA POLITIK TS RAFIDAH AZIZ JIKA TEWAS PADA MAC NANTI…SAYONARA TS RAFIDAH.

YOGA SISTEMATIK : HARAM…!!!

November 24, 2008

yogaMajlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh kalangan ulama’ tersohor telah memutuskan dan membuat keputusan tegas bahawa amalan amalan yoga secara sistematik bertentangan dengan syariat Islam dan difatwakan HARAM!!!.

Fatwa ini dilihat sangat penting untuk segera diwartakan memandangkan amalan Yoga secara sistematik ini membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Sebagaimana yang dijangka, maka muncullah berbagai kenyataan kurang ajar dan dangkal dari kalangan NGO, samada NGO islam maupun bukan islam. Ada NGO islam yang lantang mempertikaikan fatwa tersebut dengan menyatakan bahawa setelah sekian lama kegiatan ini diamalkan, tiada lagi berita atau isu yang berbangkit mengenai umat islam yang murtad kerana mengamalkan yoga.

Berdasarkan perkara ini, rasanya elok kita tanyakan satu soalan mudah kepada NGO dangkal tersebut :
PERLU TUNGGU ADA YANG MURTAD DULU KE…BARU KITA SIBUK NAK HARAMKAN YOGA SISTEMATIK NI. KAN MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

Bagi lain-lain NGO khususnya yang bukan islam, pengharaman ini tiada kaitan langsung dengan pihak lain yang bukan beragama islam. Fatwa yang diwartakan ini hanya berkuatkuasa kepada pengamal Yoga sistematik beragama Islam sahaja. Jadi pihak lain tidak perlu risau dan bimbang, mereka boleh terus mengamalkan Yoga tersebut.

Paling penting, NGO bukan Islam tidak perlu bersusah payah mengulas isu ini, kerana Islam punyai kaedahnya yang tersendiri dalam menjaga iman dan akidah umatnya.

RAFIDAH PERLU BERKORBAN….

November 19, 2008
Tahniah...Ketua Wanita UMNO yang baru....

Tahniah...Ketua Wanita UMNO yang baru....

MAAFLAH…, saya melihat kemelut kepimpinan wanita UMNO Malaysia dengan rasa yang semakin jelak. Kemelut itu menyerlahkan wajah sebenar sayap UMNO itu yang sangat tidak matang dalam menyelesaikan permasalahan yang berbangkit. Rasa hormat saya pada kepimpinan pergerakan itu semakin menipis, sehingga saya terfikir, patutlah mereka dianggap gagal mengatur perancangan dalam PRU12 yang lalu, sehingga BN kalah teruk dalam pilihanraya tersebut.

Beberapa persoalan ingin saya tanyakan pada Wanita UMNO :

1. Apa relevannya peralihan kuasa pada JUN 2009, sedangkan pemilihan pada MAC 2009.

rafidah2. Apa AGENDA! Sebenar TS Rafidah Aziz, yang berkeras tidak mahu menyerahkan kepimpinan wanita jkepada DS Sharizat pada Mac 2009.

3. Apa bezanya MAC 2009 dengan JUN 2009.

4. Cuba kaji kenyataan TS Aishah Ghani dalam Utusan Malaysia baru-baru ini.

5. Apa hak EXCO Wanita UMNO Malaysia untuk menentukan tidak ada pemilihan dalam jawatan tertinggi parti itu, sedangkan hak tersebut adalah hak akar umbi.

Cukuplah 5 pertanyaan ini saya kemukakan. Saya tidak nafikan bahawa TS Rafidah Aziz sangat banyak jasanya kepada Wanita UMNO, tetapi biarlah ikhlas dan telus jika berniat untuk menyerahkan kepimpinan pada orang lain.

sharizatSaya juga melihat, memang DS Sharizat yang layak untuk meneruskan kepimpinan yang ada. Beliau punyai masa yang banyak sekarang untuk menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap Wanita UMNO, bagi memulihkan dan mengatur strategi baru, agar wanita akan terus digeruni dan dihormati kawan dan lawan. Saya yakin DS Sharizat sudah sangat bersedia untuk menerima amanah dan tanggungjawab tersebut.

Bermuhasabahlah, jangan terlalu memikirkan soal kepentingan peribadi. Contohilah YAB Presiden UMNO, yang rela mengorbankan dirinya demi parti yang tercinta.

INILAH MASALAH UMNO….

November 12, 2008

Pemilihan UMNO Bahagian Kapar sudah selesai. Perwakilan sudah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih barisan kepimpinan baru UMNO Bahagian Kapar bagi tempoh 2008 – 2011. Yang bertanding, masing-masing sedang mengatur rehat setelah bertungkus lumus berkempen siang dan malam. Suasana tenang yang diharapkan rupanya tidak kesampaian. Ada lagi kedengaran suara-suara yang tidak berpuas hati dengan pemilihan yang telah lepas.

umno-berantakan

Berbagai isu mula dibangkitkan tentang pemilihan. Isu ‘Cai’, isu kem, isu restu orang itu dan orang ini, segala-galanya seperti tiada jalan penyelesaian. Situasi ini menjadikan seolah-olah orang-orang UMNO ini semakin hilang kekuatan untuk menghadapi cabaran yang berada dihadapan mereka. Cabaran sebenar UMNO bukan dalam soal pemilihan barisan Jawatankuasa, tetapi cabaran berhadapan dengan barisan Pakatan Rakyat yang makin selesa di puncak kuasa mereka di negeri Selangor.

Jika inilah watak dan sikap ahli-ahli UMNO yang berantakan tak berkesudahan, tidak mustahil UMNO akan terus dilupakan di negeri Selangor ini. UMNO akan terus berdiri sebagai parti pembangkang sebagaimana nasib UMNO di Kelantan. Oleh itu, lupakan soal pemilihan bahagian, yang penting bagi UMNO sekarang ialah mengatur dan menyusun strategi bagi merampas semula negeri Selangor dari Pakatan Rakyat. Tanggungjawab ini sewajibnya dipikul oleh seluruh ahli UMNO, bukan diserah bulat-bulat kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian. Tanpa sokongan dan gerakan ahli yang lain, tidak bermakna bagi jawatankuasa bahagian, atau kalaupun ada yang masih merasa tidak puas hati dengan barisan jawatankuasa bahagian yang ada, lupakan sahaja mereka, tetapi teruskan usaha untuk menjana kekuatan UMNO.

Jawatankuasa UMNO Bahagian bukanlah segala-galanya. Ia tidak wujud tanpa UMNO, tetapi UMNO akan tetap wujud tanpa Jawatankuasa Bahagian.

Ahli-ahli UMNO harus mula memberi fokus kepada memperkukuhkan UMNO, agar ia terus mampu berdiri sebagai parti yang memperjuangkan hak Agama, Bangsa Melayu dan Negara. Janganlah kemarahan itu dipanjangkan lagi, kerana kemarahan itu dibimbangi boleh menjauhkan kita dari UMNO. Sudahlah….lupakan soal pemilihan, marilah kita bersatu dan berganding bahu kearah merampas semula negeri Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Itulah tanggungjawab WAJIB bagi seluruh warga UMNO, khususnya di negeri Selangor.

KENAPA SEKAT PENCALONAN MAT TAIB….

November 7, 2008

Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dilihat calon paling berwibawa untuk mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden berbanding Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam. Kerana itu ada pihak yang sedang bertungkus lumus menyekat pencalonan Mat Taib agar beliau gagal melepasi kuota yang ditetapkan.

mat-taib-peluk 

The Iron Mat Tyson ini bukan calang-calang pemimpin. Aura kepimpinannya memang digeruni sejak dulu lagi. Beliau punyai cara yang tersendiri dan sangat rapat dengan semua lapisan pemimpin, samada pemimpin atasan maupun pemimpin kecil bawahan. Sikap ramah mesranya mengikat ikatan kukuh antara Mat Taib dan orang awam. Kerana itu beliaulah antara Menteri Kemajuan Luar Bandar yang paling disenangi dengan orang kampong dan pendalaman. Mat Taib rela bermalam bersama orang kampong, tidur beralas tikar mengkuang, mandi sumur dan segala-galanya yang dilakukan oleh orang kampong. Mat Taib tidak pernah merasa janggal, kerana sejarah kehidupannya juga begitu. Yang pasti Mat Taib itu juga orang kampong tulen yang membesar dalam suasana kampong.

 

Hubungan akrabnya dengan semua orang tidak boleh dinafikan. Wibawa kepimpinannya terserlah ketika memimpin Selangor sebagai Menteri Besar. Cetusan wawasannya menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri maju pada tahun 2005, 15 tahun lebih awal dari Wawasan 2020, telah berjaya direalisasikan. Mat Taib boleh dianggap sebagai Bapa Pembangunan dan Permodenan Selangor. Semangat kepimpinan dan perjuangan Melayunya tidak boleh dinafikan. Mat Taib memimpin sekumpulan 10,000 ahli pergerakan pemuda bersama Dato’ Seri Najib Tun Razak, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu di Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru kerana membantah tindakan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain mengenai isu Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina. Peristiwa 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimnpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur.

 

Perjuangannya mempertahankan hak-hak Melayu tersemat kukuh dalam dirinya dan dalam waktu yang sama beliau turut mementingkan soal perpaduan dan hak kesamarataan dengan kaum-kaum lain. Kerana itu tidak hairanlah, ketika beliau mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, ia ditangisi oleh seluruh warga Selangor samada Melayu, Cina maupun India. Jelas bagi mereka, Mat Taib adalah pemimpin rakyat yang sebenar.

 

mat-taib-tadika

 

Hari ini Mat Taib kembali bersaing dalam arus politik perdana tanah air. Usahanya menawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO menentang Muhyiddin Yassin, bukan sahaja direstui oleh pimpinan di Selangor khususnya, tetapi turut mendapat sokongan moral dari kepimpinan rakan-rakan komponen Barisan Nasional di Selangor. Mereka menyokong kerana mereka tahu kehebatan dan aura kepimpinan Tan Sri Muhammad bin Haji Muhd. Taib, pemimpin berjiwa rakyat dan pemimpin yang rela menyusur hingga ke akar umbi.

Mat Taib jangan putus asa, sekatan yang dilalui jadikan sebagai cabaran awal untuk memikul amanah tersebut. Percayalah, pencalonan bukan tanda kemenangan. Yang jelas, Mat Taib sedang melalui isyarat bahawa peluangnya berada dikerusi nombor 2 dalam UMNO dan seterusnya dinobatkan sebagai Timbalan Presiden UMNO semakin hampir. Teruskan perjuangan. Moga Allah SWT merestui perjalanan itu.

KETUANAN MELAYU MESTI KITA PERTAHANKAN !

November 5, 2008

Melayu lupa daratan....

Melayu lupa daratan....

 

Saya sangat kecewa dengan karenah Melayu tak sedar diri seperti Dato’ Zaid Ibrahim yang mempertikaikan mengenai konsep Ketuanan Melayu. Hari ini baru kita jelas, wajah sebenar Zaid Ibrahim. Melayu hipokrit yang didalam dirinya penuh dengan dendam dan hasad dengki kepada bangsanya sendiri. Saya mula sedar, Zaid Ibrahim ada agenda peribadi ketika berada dalam kabinet. Jelas, setelah beliau berjaya mencapai agenda peribadinya, beliau lantas meletakkan semua jawatannya dan mula mengkritik kerajaan seperti suara pembangkang. Zaid cuba menjadi hero kepada bangsa Malaysia, dan saya yakin Zaid ada lagi agenda peribadi yang sedang beliau kejar.

 

Saya tetap dengan pendirian. Saya akan realisasikan apa yang saya tegaskan ketika membentangkan Usul Tergempar dalam persidangan UMNO Bahagian Kapar yang lalu. Saya akan sentiasa ingat apa yang telah saya lafazkan :

 

"segalanya demi Agama, Bangsa dan Negara...."

Hari ini kita perjelaskan dengan tegas, memang benar UMNO taksub memperjuangkan kesucian Islam, UMNO Taksub memperjuangkan nasib bangsa Melayu, UMNO taksub dan rela membujur lalu melintang patah mempertahankan ketuanan Melayu. UMNO sanggup lakukan apa sahaja demi Agama dan bangsanya, jangan sentuh hak milik bangsa Melayu, kerana UMNO mampu bangkit menentang segala halangan mendatang jika hak dan miliknya disentuh oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab”.

 

“Ini tanah Melayu, Ini bumi Melayu, ia hak mutlak bangsa Melayu. Namun, bangsa Melayu ini cukup bijak dan matang dalam mengatur susun perjalanan negaranya. Bangsa Melayu ini tidak pernah mengganggu gugat keharmonian yang telah dikongsi bersama sekian lama. Melayu ini sangat bertolak ansur, rebutlah segala apa yang terdapat di bumi Melayu ini, biar kita kogsikan bersama, asalkan jangan sampai terambil atau cuba merampas sesuatu yang memang telah menjadi milikan tetap hak Melayu yang telah dipersetujui puluhan tahun yang lalu”.

 

Saya percaya bahawa saya tidak sendirian dalam hal ini. Melayu lupa daratan seperti Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim tidak ramai di bumi Melayu ini. Di Kapar, pejuang Melayunya adalah pejuang sejati yang sentiasa bersedia berkorban demi Agama, Bangsa dan Negara. Bersedialah Zaid dan Anwar, kalian bakal berhadapan dengan seribu cabaran. Pejuang UMNO kapar sudah lama bersedia menghadapi Melayu lupa daratan seperti kalian.

 

Ayuh, teman seperjuangan. Kita teruskan berjihad demi perjuangan bangsa Melayu ini. Allah Huakbar………….

TAHNIAH! GANDINGAN BARU UMNO KAPAR

November 4, 2008
Perwakilan bijak memilih pemimpin...

Perwakilan bijak memilih pemimpin...

Perwakilan UMNO Bahagian Kapar menetapkan gandingan muka lama dan baru dalam barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kapar 2008-2011. Gandingan baru ini diharapkan mampu bertindak dan merangka strategi berkesan bagi merampas semula kerusi Parlimen dan DUN Kapar yang terlepas ke tangan pembangkang dalam PRU12 yang lalu.

antara perwakilan pemuda yang hadir

antara perwakilan pemuda yang hadir

SENARAI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN KAPAR 2008-2011

 

PENGERUSI TETAP          : Tuan Haji Samak Ahmad

TIM. PENGERUSI TETAP : Tuan Hj. Aziz Amer

 

KETUA BAHAGIAN            : YB Dato’ Haji Abdul Rahman Palil

TIM. KETUA BAHAGIAN   : Tuan Haji Faizal Abdullah

NAIB KETUA BAHAGIAN : Tuan Haji Md. Ghazali Mohd. Amin

 

AHLI JAWATANKUASA    : Sdr. Azhar Ayob

  Puan Basiah Masjudi

  Sdr. Hadzman Abd. Rahman

  Sdr. Tamyis Sujak

  Sdr. Mohamad Asri Ayob

 

  Sdr. Fauzi Md. Amin

  Sdr. Khairuddin Ghalip

  Sdr. Azhar Ahmad (Enjah)

  Sdr. Khairil Anuar Haji Rusman

  Sdr. Hamseh Mohd. Som

  Sdr. Haji Ismail Haji Noor

  Sdr. Khairul Anuar Saimun

 

  Sdr. Salam Osman

  Sdr. Rahim Sharuddin

  Puan Kamariah Ahmad

 

  Sdr. Mohd. Johan Jalil

  Sdr. Jasri Karim

  Sdr. Ahmad Sukamto Parto

  Sdr. Aripshah Hanid

  Sdr. Alias Ahmad

 

PEMERIKSA KIRA-KIRA  : Tuan Haji Md. Lani Abd Wahid

  Sdr. Yassin Idris

Selamat Berjuang – Moga allah SWT merestui perjuangan kita demi Agama, bangsa dan Negara.

KEMENANGAN SATU AMANAH

November 3, 2008

Saya KHAIRUL ANUAR BIN SAIMUN dengan penuh tawadu’ dan rendah hati merakamkan setinggi-tinggi rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian Kapar yang telah meletakkan satu amanah berat dibahu saya untuk bersama-sama kepimpinan UMNO Bahagian Kapar .

 

Saya yakin, dengan panduan, nasihat  dan kerjasama dari seluruh warga UMNO Bahagian Kapar, saya mampu untuk memikul dan mendepani cabaran yang dihadapi oleh UMNO. Bagi saya kalianlah yang menjana kekuatan saya selama ini.

 

Saya juga yakin, Allah mahu menguji saya dengan kemenangan ini. Sebelum persidangan, dalam doa saya “ ya Allah, jika aku mampu memikul amanah ini, berilah aku kemenangan dan jika aku, KAU rasakan tidak layak, berilah kekalahan padaku”.

 

Bagi saya kemenangan bukanlah untuk dibanggakan, tetapi ia satu amanah yang mesti dilaksanakan. Saya berdoa, saya mampu memikul amanah itu, kerana saya bimbang saya gagal menjawab pertanyaan Allah SWT nanti, dimana saya letakkan amanah tersebut. Wassalam

 

SELAMAT BERJUANG

UMNO…Dulu, kini dan selamanya….