KHIR TOYO LEPASI PENCALONAN KETUA PEMUDA

Persaingan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kembali hangat, apabila ketiga-tiga calon yang menawarkan diri telah melepasi pencalonan masing-masing. Ketika catatan ini ditulis, jumlah pencalonan yang diperolehi oleh ketiga-tiga calon adalah seperti berikut :

• Datuk Mukhriz Mahathir – 67 pencalonan
• Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo – 47 pencalonan
• Khairy Jamaluddin – 47 pencalonan

Sekali pandang Datuk Mukhriz dilihat mempunyai peluang cerah untuk mengungguli jawatan tersebut, namun apa yang pasti segalanya mampu berubah ketika proses pemilihan berlaku pada Mac 2009 akan datang. Sejarah pemilihan UMNO wajar diingati selalu, bahawa pencalonan tertinggi bukan jaminan kemenangan calon, kerana akhirnya nanti perwakilan bakal menetukan siapakah calon yang paling layak untuk memimpin sayap kanan UMNO itu.

Secara peribadi saya memilih Dato’ Seri Dr. Khir Toyo sebagai individu paling layak untuk memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Pengalamannya sebagai Menteri Besar Selangor selama 2 penggal wajar dijadikan pertimbangan oleh para perwakilan untuk menentukan kerusi nombor satu pemuda itu. Wawasan dan gerak kerjanya yang agresif dan produktif di Selangor boleh dijadikan kayu pengukur oleh perwakilan pemuda untuk menjadikan Dr. Khir sebagai pemimpin mereka. Kekuatannya berhadapan dengan tohmahan rakan dan lawan menjadikan beliau seorang yang sangat tabah mengharungi sepak terajang polityik arus perdana, bukan sahaja di negeri Selangor, malah di Negara ini.

Perwakilan pemuda juga harus sentiasa mengingati, bahawa Dr. Khir Toyo merupakan Ahli Majlis Tertinggi yang memperolehi undian tertinggi dalam pemilihan UMNO yang lepas. Keupayaannya meyakinkan perwakilan ketika itu, banyak disokong oleh kecemerlangannya memimpin Selangor dan ketegasannya berhadapan dengan karenah pembangkang di Selangor. Perwakilan pemuda juga harus kagum dengan kesungguhan beliau merealisasikan visi ke arah pembangkang sifar di Selangor. Usahanya itu harus dibanggakan, dimana dalam PRU11, pembangkang hanya mampu memperolehi 2 kerusi sahaja di DUN Selangor iaitu di DUN Sg. Pinang dan Sekinchan oleh DAP.

Keputusan PRU12 tidak boleh dijadikan kayu pengukur oleh perwakilan dalam menilai kegagalan Dr. Khir Toyo. Tsunami politik yang melanda Negara ketika itu adalah banyak bergantung kepada isu-isu nasional. Namun pembangkang cuba memanipulasikan isu tersebut dengan kelemahan-kelemahan pengurusan di Selangor.

Bagi saya, Dr. Khir Toyo punyai banyak kelebihan berbanding kelemahan beliau. Saya sangat yakin beliau mampu membawa Pemuda Malaysia ke dimensi baru dalam kepimpinan Pemuda. Pengalaman berharga yang beliau miliki selama ini jelas membuktikan bahawa beliau mempunyai sesuatu yang sangat berharga untuk disumbangkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Selamat berjuang Dr. Khir Toyo. Sesungguhnya tawaran kepimpinan yang Dr. Khir ingin sumbangkan kepada pergerakan pemuda diharap mampu mengembalikan sengat pemuda mendepani cabaran yang sedang mendatang.

Salam Perjuangan.

6 Responses to “KHIR TOYO LEPASI PENCALONAN KETUA PEMUDA”

  1. Khairul Nazri Says:

    Salam sejahtera,

    Selamat berjuang Dr Khir. Kalah menang bukan soalnya yang penting perjuangan orang Melayu di bumi Malaysia ini perlu diteruskan. Kini sudah jelas siapa sebenarnya musuh dan lawan kita.

  2. sentiasa memerhati Says:

    Biar kita dipandang lemah, tetapi kita punya daya kekuatan.
    Biar kita dianggap tidak berkeupayaan, tetapi kita punya semangat waja.
    Biar kita dianggap tidak punya kekuatan, tetapi kita punya kebolehan.
    Biar kita dianggap lesu, tetapi kita sentiasa berusaha gigih.
    Apa jua anggapan orang, yang penting kita punya wawasan, kita punya visi dan misi.
    Apa jua yang menghalang, yang penting kita akan menghadapinya.
    Biarkan mereka dengan cara mereka. Walaupun cara kita berbeza tetapi matlamat kita tetap untuk memperjuangkan. memperkasakan, mempertahankan agama,bangsa dan tanah air.

    Selamat berjuang kepada Dato’ Sri Khir Toyo……..

  3. nazzcaveman Says:

    Assalamualaikum Sdr. Khairul

    Tahniah buat Sdr. Khairul kerana berjaya menyampaikan pidato yang sungguh hebat semasa membentangkan usul tergempar, pada persidangan sebentar tadi. Juga tahniah kerana terpilih ke jawatan AJK UMNO Bahagian Kapar. Saya doakan semoga gagah menempuh tugasan dan cabaran mendatang.

    Selamat Berjuang.

    Nazzcaveman

  4. Khairul Says:

    Salam Sdr. Nazri,

    Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Sdr. Nazri dan seluruh perwakilan yang telah mengundi saya. Saya sangat terharu dengan tanggungjawab ini.

    Sebelum persidangan, dalam solat saya saya berdoa, ” Ya Allah jika aku mampu memikul amanah ini, berilah aku kemenangan, dan jika aku KAU rasa tidak mampu dengan amanah ini, berilah kekalahan pada aku”. Alhamdulillah, Allah SWT reda dengan perjuangan saya dan Insyaallah bantuan dari rakan-rakan sangat saya perlukan untuk memperkukuhkan jiwa saya memikul amanah ini. Terima kasih sekali lagi. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Wassalam

  5. Hamdan mokhtar Says:

    assalammualaikum,
    tahniah diatas kemenangan sebagai ajk bhg kapar yang baru.pada pandangan saya, saudara merupaka calun yang palaing sesuai yang perwakilan pilih .saya selaku rakan seprjuangan,sentiasa memberi sokongan dan dokongan terhadap perjuangan saudara demi bangsa,agama dan negara. teruskan perjuangan yang belom selesai.

  6. abasdalip Says:

    Salam:-

    Tahniah kerana terpilih AJK Bahagian. Ingatlah bahawa anda perlu bekerja lebih kuat untuk parti sebagaimana anda berkerja untuk mendapatkan pencalonan dan seterusnya menang sebagai AJK Bahagian.Musuh kita yang sebenarnya ialah parti lawan dan bukan lawan yang kita kalahkan semasa bersaing merebut AJK Bahagian itu dulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: