NAJIB, MUHYIDDIN & MAT TAIB MESTI BERSATU….

Mat Taib...pejuang Melayu sejati....

Mat Taib...pejuang Melayu sejati....

 

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pemimpin paling taat dan setia kepada survival perjuangan UMNO dan Melayu. Pernah berada dipersada terbaik. Dilabel sebagai Menteri Besar Selangor paling produktif dan inovatif ketika mengetuai Negeri Selangor. Membangunkan Selangor dengan seimbang, malah Selangor Maju 2005 juga adalah wawasannya ketika itu.

Tan Sri Muhammad atau lebih dikenali di kalangan rakan-rakan politik sebagai Mat Tyson, pernah berkelana sendirian tanpa sebarang jawatan dalam UMNO. Bukan disingkir, namun beliau melepaskan segala jawatan dan kepentingannya dalam UMNO, kerana kesilapannya sendiri yang tanpa sedar dilakukannya. Mat Tyson bertindak melepaskan semua jawatannya, atas dasar tanggungjawabnya dan taat setianya kepada UMNO kerana tidak mahu melihat kerana beliau seorang, boleh menjejaskan parti kesayangannya itu.

Tinggalkan semua kemewahan dan jawatan dalam UMNO bukan bermakna mat Tyson meninggalkan UMNO terus. Wibawa dan aura kepimpinannya pernah ditagih oleh pembangkang ketika beliau tiada sebarang jawatan dalam UMNO. Namun Mat Tyson bukan pemimpin murahan yang sanggup menjual maruahnya dan menggilakan jawatan lain. Taat setianya tetap bersama UMNO, katanya “ada ketikanya kita menjadi imam dan ada ketikanya kita menjadi makmum”, “bila kita menjadi imam, jadilah imam yang baik dan bila kita menjadi makmum, jadilah makmum terbaik”.

Atas prinsip itu dan ketebalan semangatnya memperjuangkan nasib bangsanya, Mat Tyson pernah mengerah lebih 10,000 warga pemuda UMNO berhimpun di Stadium Jalan Raja Muda (Stadium TPCA), bagi membalas tindakan yang dibuat oleh ahli Dong Jiau Zong yang telah mengerahkan seramai 2000 ahlinya berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur  pada 11 Oktober 1987dan mereka mencadangkan murid-murid boikot cina sekolah selama 3 hari. Namun akhirnya perselisihan ini terlerai gara-gara Operasi Lalang (Ops Lalang).

Menang kalah dalam persaingan politik bagi Mat Tyson satu perkara biasa. Beliau pernah menyertai persaingan dalam merebut jawatan Naib Presiden sebanyak 4 kali, menang 3 kali dan tewas sekali. Beliau pernah membina kekuatan bersama Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin melalui Team Wawasan yang sangat mantap dan sukar digugat serta berjaya membantu memperkukuhkan kedudukan UMNO. Gandingan mantap ini mengungguli kepimpinan UMNO ketika Tun Mahathir menjadi Presiden.

 

Gandingan mantap...disegani kawan dan lawan....

Gandingan mantap...disegani kawan dan lawan....

 

Kini segala-galanya mungkin berbeza. Team Wawasan hanya tinggal kenangan. Bukan berpecah, kerana mereka tak punya pilihan, jawatan yang ditawarkan hanya satu untuk Presiden dan satu Timbalan Presiden. Hanya memerlukan dua orang. Mat Tyson tak punya pilihan, mahu atau tidak beliau terpaksa bersaing bersama Tan Sri Muhyiddin untuk menduduki kerusi nombor 2 dalam UMNO. Kerusi-kerusi Naib Presiden sudah selayaknya diberikan kepada pemimpin muda yang lebih agresif untuk menggerak dan memantapkan UMNO, ia selayaknya untuk Dato’ Hisham, Dato’ Zahid dan Dato’ Shafie Apdal.

Secara peribadi bagi saya, itu hak setiap mereka untuk menawarkan diri dan bertanding. Namun saya masih sayangkan gandingan mantap Team Wawasan. Sebolehnya saya mencadangkan pada Dato’ Seri Najib agar memikirkan sesuatu agar kalian tidak wajar berpisah. Gandingan kalian digeruni kawan dan lawan. Bersatulah…walaupun bukan lagi atas nama Team Wawasan, tetapi saya percaya, bahawa masih ramai yang mengharapkan Najib, Muhyiddin dan Mat Taib kembali bergandingan mencorakkan UMNO, membela Melayu dan meletakkan Malaysia dipersada dunia.

2 Responses to “NAJIB, MUHYIDDIN & MAT TAIB MESTI BERSATU….”

  1. akar umbi Says:

    untuk memilih pemimpin, perlulah pemimpin yang diterima oleh semua golongan masyarakat tanpa banyak masalah dan kes. Untuk jadi PM, dato’ Najib calon yang tidak sesuai kerana golongan muda tidak menggemarinya, golongan pembangkang tidak menyetujuinya, golongan akar umbi menyampah dengan pelbagai skandal yang ada, golongan beragama memandang serong dengan sikap dan caranya.

  2. inspirasi Says:

    Saya tertarik untuk berkongsi pendapat dengan sdra tentang perkembangan politik semasa Negara kita. Saya sekadar ingin meminta pandangan sdra tentang calun PM Negara kita. Pada pandangan saya, Dato’ Najib bukan merupakan seorang calun yang sesuai untuk menerajui Negara kita yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum ini.

    Pada PRU11, BN mencatat keputusan pilihanraya yang cukup hebat kerana Pak Lah pada ketika itu alahi seorang PM yang diterima oleh semua golongan masyarakat. Dengan latar belakang agama yang baik, tanpa sebarang kontrovesi serta tanpa ada isu besar, maka Pak Lah diterima oleh semua peringkat masyarakat termasuklah pembangkang. Kemenangan yang sebegitu rupa, melalaikan Pak Lah. Ditambah pula beliau dikelilingi oleh orang-orang yang punya banyak masalah hingga menjejaskan reputasi beliau sebagai PM berketrampilan. Kesannya kita lihat apa yang berlaku pada PRU12. Di mana BN?

    Untuk menghadapi PRU13, saya beranggapan Datuk Sri Najib bukan orang yang sesuai untuk mentadbir Negara.

    Datuk Najib dari segi rekodnya, penuh dengan kontrovesi. Sama ada beliau melakukannya atau tidak, itu antara beliau dengan Yang Maha Esa. Tetapi yang pasti, beliau dipandang buruk di peringkat akar umbi, peringkat golongan muda dan juga di kalangan pembangkang. Apabila beliau tidak popular di kalangan golongan yang disebut tadi khususnya golongan muda, bagaimana beliau boleh memastikan BN boleh berkuasa kembali dengan majority yang besar? Pihak pembangkang pun tidak menganggap Datuk Najib sebagai satu ancaman.

    Pada saya calun yang lebih layak menerajui Negara kita ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apa pandangan saudara? Kalau saya tersilap tafsiran sila betulkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: