SIAPA NAK TARIK DIRI

 

Persidangan UMNO Bahagian Kapar bakal diadakan pada 2 November 2008 di Hotel Goldcourse, Klang. Semakin hampir tarikh persidangan tersebut, sebagaimana yang dijangka, proses perundingan turut bermula. Perundingan yang dimaksudkan ialah, setiap calon yang menawarkan diri, dari setiap DUN di Bahagian Kapar, diminta berunding sesama sendiri bagi menentukan siapa yang wajar diberi laluan untuk mewakili DUN tersebut.

 

Sekali pandang, Nampak macam bagus, namun ada pro dan kontranya. Bagi calon lama, kalau boleh mereka masih bernafsu untuk kekal dalam barisan jawatankuasa. Bagi calon-calon baru dan muda mereka terpanggil, inilah masanya untuk mengerah sepenuh keringat bagi membantu memperkukuhkan kembali UMNO dan Barisan Nasional, lebih-lebih lagi bagi menghadapi PRU13. Yang menjadi persoalannya sekarang, siapa yang mahu menarik diri bagi memberi laluan kepada orang lain. Saya kemukakan TIGA soalan untuk kita bincang bersama secara matang dan rasional :

 

SOALAN 1 : ORANG LAMA BERUNDUR UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA TENAGA MUDA DAN BARU

 

SOALAN 2    : MENGEKALKAN ORANG-ORANG LAMA UNTUK KEKAL SEBAGAI JAWATANKUASA

 

SOALAN 3    : MENGGANDINGKAN MUKA LAMA DAN BARU DALAM JAWATANKUASA

 

Walaupun perundingan kelak telah berlaku, adalah tidak wajar untuk kita menetapkan bahawa calon yang tidak tersenarai dalam ‘cai kerajaan’ diminta untuk menarik diri dan didesak untuk tidak bertanding, kerana tindakan demikian merupakan satu kesalahan. Menawarkan diri dan bertanding merupakan hak setiap ahli UMNO yang layak berdasarkan perlembagaan UMNO. Sehubungan itu, bagi yang memberi laluan nanti, biarlah mereka meneruskan pertandingan sebagaui calon-calon swasta. Saya yakin soal menang atau kalah bukanlah perkara pokoknya, namun biarlah demokrasi itu terus subur dalam UMNO disamping menghargai pencalonan yang telah dibuat oleh cawangan-cawangan.

 

SELAMAT BERSIDANG…UMNO dulu, kini dan selamanya….

6 Responses to “SIAPA NAK TARIK DIRI”

  1. NIMAMAJU Says:

    MANA YANG LAMA DAN DAH TAK BOLEH BERI IDEA ELOKLAH BERUNDUR BERILAH PELUANG PADA MUKA-MIKA BARU PULAK. MUNGKIN ADA PERUBAHAN DALAM UMNO KAPAR TUNGGU DAN LIHAT.

  2. 6 million dollar man Says:

    salam,

    perubahan itu perlu demi kesinambungan kepada perjuangan generasi baru dlm umno. kita bukan mahu menidakkan sumbangan dari ajk bhgn yg sedia ada, tetapi ada kalanya mereka perlu berkorban demi survival umno kerana golongan muda (awal 40-an) skrg perlu diberi peluang menonjolkan diri dlm tampuk kepimpinan bhgn kpar bersesuaian dgn naiknya hj faizal aka “boss”. ini menunjukkan atau signal kpd perwakilan semua, bhw golongan kepimpinan baru perlu d ketengahkan, perlu d beri peluang bukan d peram atau d pendam. tiada yg lama tiadalah yg baru tetapi golongan yg baru skrg ini sebenarnya sudah terdidik untuk mjdi pejuang tulen demi survival melayu.

  3. akar umbi Says:

    calun yang lama, perlulah muhasabah diri. Adakah mereka masih relevan untuk menjadi ajk bahagian. Begitu juga calun baru yang menawar diri? adakah anda sudah bersedia untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang selama ini tidak diambil perhatian oleh ajk bahagian yang lama? Tepuk dada tanya selera…….. walaupun bagaimanapun pru12 sudah membuktikan, ada antara ajk bahagian yang tidak berfungsi. Oleh itu kepada mereka-mereka yang hanya memikirkan kepentingan peribadi tanpa ada rasa tanggungjawab untuk memperkasakan agama, bangsa dan negara, haruslah mengundur diri. Beri peluang kepada mereka yang sedia menawarkan perkhidmatan.

  4. inspirasi Says:

    Pilihan yang ketiga, merupakan pilihan yang baik. Yang lama tidak harus dilupakan, manakala yang baru tidak harus dipinggirkan. gabungan muka lama dan baru dapat membentuk satu barisan kepimpinan yang lebih mantap. Yang lama kaya dengan pengalaman, yang baharu hadir dengan cetusan idea yang baru. Ajk lama, renung dan nilai diri sendiri. Apakah sumbangan yang telah anda berikan bagi memperkasakan UMNO?
    Buat tikar pandan berduri,
    Jangan buat pandan mengkuan;
    Kita hidup sedarkan diri,
    Jangan hidup dibenci orang.

  5. inspirasi Says:

    Buat yang lama dan yang ingin mencuba nasib.

    ada kacang tumbuh di akar,
    akar menyangkut bawah titian;
    carilah akal fikir-fikirkan,
    jangan menyesal dikemudian.

    anak dara menumbuk pandan,
    membuat kuih hidangan kenduri;
    ilmu yang baik jadikan teladan,
    segala yang buruk letak ke tepi.

    pergi ke pantai menjala ikan,
    dapat seekor ikan gelama;
    baik-baik memilih intan,
    jangan terpilh batu delima.

  6. sentiasa memerhati Says:

    Berdasarkan pemerhatian dan penilaian sepanjang saya mengikuti majlis jamuan hari raya yang diadakan oleh ketua ketua cawangan, ajk bahagian serta individu-individu yang tertentu, saya melihat kempen setiap calun yang layak bertanding ajk bahagian sangat hebat. masing-masing dengan cara masing cuba menonjolkan diri untuk menarik minat setiap perwakilan. Golongan muda terlalu agresif untuk menumbangkan ajk yang lama tanpa memikirkan baik buruknya. Yang mempertahankan jawatan pula cuba menidakkan usaha golongan baru tanpa ada perasaan untuk menilai semula sumbangan mereka dalam UMNO Bahagian Kapar. Jelas tiada kesefahaman antara dua generasi ini kecuali calun-calun favourite. Saya mencadang antara yang lama dan yang baru, cuba kaji dahulu kelemahan diri, baru lihat di mana kekuatan kita. Kalau kita memikirkan kekuatan kita, pasti kita tidak akan hendak melihat kelemahan kita. Ingat, sesungguhnya….pujian itu merupakan racun, manakala kritikan, cacian dan herdikan itu adalah penawar bagi yang betul-betul mengetahuinya. Prinsip saya, untuk berjaya, jadikan kritikan sebagai penawar, dan pujian itu sebagai racun yang bisa melalaikan kita.
    SALAM PERJUANGAN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: