KERUSI PARLIMEN KAPAR UNTUK UMNO…?????

 

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar yang bersidang pada 10 Oktober 2008 mendesak agar pada pilihanraya akan datang, Kerusi Parlimen Kapar diserahkan kepada calon UMNO.

 

Desakan itu dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kapar yang baru, Tuan Haji Roslee Abd. Hamid ketika membentangkan Usul Politik yang dibawa oleh Pergerakan Pemuda. Serentak dengan itu, seluruh perwakilan pemuda telah bangun dan menyambut desakan tersebut dengan tepukan gemuruh dan laungan ‘Hidup UMNO’.

 

Perwakilan mengundi memilih calon AJK Pemuda Bahagian

Perwakilan mengundi memilih calon AJK Pemuda Bahagian

“Kita mendesak bukan sekadar suka-suka, tetapi kita mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian. Kita yakin calon UMNO mampu merampas kembali Kerusi Parlimen Kapar dari tangan pembangkang” kata Haji Roslee ketika mempertahankan desakannya.

 

Antara alasan yang dikemukakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO ialah :

 

1)    Untuk memastikan kuasa dan kerajaan Melayu di Parlimen Malaysia lebih mantap dan terjamin.

 

2)    Analisis Pemuda Kapar mendapati bahawa undi Melayu di Parlimen Kapar lebih konsisten di setiap saluran berbanding undi Cina dan India.

 

3)    Jumlah pengundi di Parlimen Kapar mencatatkan peratusan pengundi Melayu sebanyak 57 % berbanding India yang hanya sebanyak 12 % sahaja.

 

4)    Kegagalan Ahli Parlimen dari parti komponen dalam memberikah khidmat yang terbaik kepada pengundi.  Wakil Rakyat hanya muncul pada waktu-waktu tertentu dan ketika hampir dengan pilihan raya sahaja.

 

5)    Kajian sikap yang dibuat sebelum pilihan raya, menunjukkan para pengundi India dan Cina lebih tertarik untuk menyokong calon-calon yang didatangkan dari UMNO atas alasan mereka lebih mudah berurusan dengan Wakil Rakyat UMNO dalam satu-satu perkara.

 

Seluruh perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kapar menyokong penuh usul tersebut.

4 Responses to “KERUSI PARLIMEN KAPAR UNTUK UMNO…?????”

  1. Orang Sementa Says:

    Salam khairul..

    Syabas 200% saya ucapkan kepada UMNO Bahagian Kapar kerana berjaya mengadakan satu resolusi bahawa Parlimen Kapar adalah untuk orang melayu sebenarnya (UMNO). Lihat sahaja statistik penduduk Kapar. Setelah sekian lama kerusi parlimen kapar terserah kepada MIC (bukan lah maksud saya anti perkauman) tetapi apa yang telah dibuat atau dibangunkan oleh perwakilan MIC nie. Kaum mereka semakin ramai dan semakin kurang ajar. Kalau tidak silap saya, dipekan kapar dahulu hanya ada 3-4 keluarga India sahaja, tetapi sekarang?? kita renungkan lah bersama….

    Saya percaya dengan kembalinya parlimen kapar kepada UMNO, PRU 13 akan memberikan jawapan. Itulah impian saya dan keluarga serta penduduk Kapar berbangsa melayu khasnya.

    Saya bukanlah hendak berbangga, tetapi arwah datuk saudara saya adalah antara wakil rakyat parlimen Kapar dahulu (Allahyarham Hamzah Alang), saya pun lupa bagaimana kerusi parlimen kapar boleh terserah kepada MIC. Walaubagaimanapun sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada perwakilan yang sedar tentang kedudukan kerusi parlimen Kapar yang sepatutnya adalah hak orang melayu. Jangan lupa mendesak MT dan kepimpinan BN untuk meletakkan calun Melayu di parlimen Kapar.

  2. Khairul Says:

    Salam Orang Sementa,

    Terima kasih atas sokongan saudara, moga lebih ramai lagi orang Melayu yang menyatakan sokongan mereka terhadap usul ini. Kita berdoa agar usul ini diberi perhatian berat dan mampu kita realisasikan pada PRU13 nanti, InsyaAllah.

  3. NIMAMAJU Says:

    TAHNIAH DIATAS USUL TERSEBUT DAN SAYA HARAP AKAN MENJADI KENYATAAN , KALAU TAK SILAP SAYA USUL TERSEBUT TELAH DIKEMUKAKAN BEBERAPA KALI SEMENJAK SAYA MENJADI PERWAKILAN PEMUDA BEBERAPA TAHUN DULU JANGAN USUL SAJA TAPI TIADA TINDAKAN SUSULAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA KP DAN SELURUH BARISAN AJK YANG BERJAYA. TERUSKAN PERJUANGAN SAUDARA.

  4. inspirasi Says:

    mantapkan dahulu wadah perjuangan bangsa Melayu. Rapatkan barisan dan bersatu sesama umat Islam. Islam bersatu, kekuatan ummah terjamin. Satu perkara yang baik dan elok diperjuangkan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Sekalung tahniah buat barisan pemuda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: