PERTANDINGAN KACAU DODOL 2008

 

DUN Meru, 20 Sept – PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR meneruskan tradisinya sempena program Ihya’ Ramadan, melalui penyampaian sumbangan kepada Warga Emas, Ibu Tunggal dan Anak-anak yatim serta Pertandingan Kacau Dodol bagi peringkat Parlimen Kapar baru-baru ini.

 

Program ini telah diadakan di Perkarangan Padang UMNO Cawangan Taman Cerakah, Bukit Kapar di DUN Meru dengan dihadiri oleh lebih 2000 orang tetamu dan orang ramai. Program ini bermula seawal jam 5.00 petang dengan program Kunjungan Kasih ke beberapa keluarga kurang mampu sambil menyampaikan sumbangan hari raya berupa barangan keperluan harian, dengan diketuai oleh Tuan Haji Rosli Abdul Hamid, Pengerusi Biro Kebajikan dan Sdr. Hasrin Sajari, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar serta beberapa orang EXCO Pemuda yang lain.

 

 

Pada sebelah malamnya, Ketua UMNO Bahagian Kapar, Dato’ Abdul Rahman Palil telah menyampaikan sumbangan hari raya kepada lebih 100 orang penerima dari kalangan Warga Emas, Ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim dari Parlimen Kapar. Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian.

 

Kemuncak program pada malam itu adalah pertandingan Kacau Dodol, yang Berjaya menarik penyertaan sebanyak 60 pasukan. Program yang bermula jam 9.30 malam itu berakhir pada jam 3.00 pagi dan keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

 

Tempat Pertama     : Kumpulan Next Generation – UMNO Cawangan Tg. Syawal

 

Tempat Kedua        : Kumpulan UMNO Cawangan. Tg. Syawal

 

Tempat Ketiga        : Kumpulan New Generation – UMNO Caw. Sg. Pinang Dalam

 

Tempat Keempat    : Gabungan Belia 4B Caw. Rantau Panjang

 

Para pemenang telah diadili oleh juri professional yang diundang khas dari Hotel Goldcourse Klang.

3 Responses to “PERTANDINGAN KACAU DODOL 2008”

  1. 6 million dollar man Says:

    tahniah kepada para pemenang. maaf pada kawan2 dari dun lain, tahun ni dun sg pinang sapu abis 4 kedudukan teratas. cam manepun mlm tu mmg meriah termasuk yg bekerja keras mgacau kawah dodol ajk pemuda bahagian. pada rosfuad, sori. time tu wrong timing la (tgh penat).

    6 million dillar man

  2. Orang Sementa Says:

    Tahniah Saudara Khairul, tampak ada kemajuan dalam blog saudara kerana dapat menampilkan berita semasa khususnya di bahagian Kapar. Harap ianya dapat berterusan dan diperbaiki lagi, taklah nanti orang berkata bahagian Kapar kekurangan aktiviti selain dari main bola, bola jaring, lawatan sambil belajar dll. Harap ada berita2 aktiviti untuk semua peringkat umur.. kanak2, remaja, veteran dll. Saya amat berbesar hati jika saudara Khairul dapat memberitahu bahagian Kapar supaya melebihkan aktiviti “Ekonomi” kerana ekonomilah tunjang kemajuan bangsa disamping kepentingan agama no 1. Janganlah bangsa lain menenggelamkan aktiviti ekonomi bahagian kapar kita – Ini kerana “Saya Anak Kapar Jati”

  3. rongkopang Says:

    alhamdulillah, tapi ada yang tak puas hati ada yang mula awal. tapi, kitakan keluarga, itu semua, belakang boleh cerita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: