PERALIHAN KUASA…HAK SIAPA…

"Saya menyampaikan hasrat akar umbi UMNO...."

Isu peralihan kuasa antara pak Lah dan Dato Seri Najib kembali menggegar arus politik UMNO. Kenyataan yang dimulakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, seolah-olah mewujudkan satu polemik baru dalam kepimpinan Negara. Berbagai komen diberikan oleh para pemimpin tertinggi UMNo termasuk ahli-ahli UMNO sendiri. Ada pro dan kontranya kenyataan Tan Sri Muhyiddin tersebut.

 

Bagi saya secara peribadi, tiada salahnya kenyataan TS Muhyiddin, kerana beliau hanya memperkatakan apa yang dirungutkan oleh akar umbi. Tidak dinafikan, bahawa TS Muhyiddin turut serta bersama MT ketika membincangkan proses peralihan kuasa tersebut dan sama-sama bersetuju dengan apa yang telah diputuskan, namun desakan akar umbi juga akhirnya harus diambil kira dan dipandang berat, kerana apa sahaja keputusan sebenar yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional, teras dan penentunya adalah akar umbi dan bukan MT, malah mereka yang berada di kerusi MT pada hari ini juga ditentukan oleh akar umbi UMNO. Keadaan itu tidak melambangkan bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh MT merupakan keputusan akar umbi.

 

Rentetan dari keadaan itu, maka ramailah pemimpin UMNO yang berebut-rebut membuat kenyataan. Bagi saya ia satu perkembangan positif, namun kegilaan mereka menggunakan media sebenarnya satu kesilapan besar yang sewajarnya dielakkan. Saya yakin mereka sedar risiko dengan kenyataan terbuka tersebut, namun untuk dilihat popular dan dikenali oleh perwakilan khususnya, mereka lupakan semua itu, asalkan nama mereka dikenali dan diingati. Bagi pihak media mereka tidak boleh dipersalahkan, bagi media jika berita tersebut mampu melonjakkan pendapatan, ia pasti akan dikejar hingga ke lubang cacing.

 

Justeru itu saya sarankan, hentikanlah perdebatan dan perbincangan terbuka melalui media. Jika ditanya media pun jawablah dengan berhikmah, dan menyatakan bahawa ia akan dibincangkan secara tertutup. Itu jawapan lebih baik dari mendedahkan kelemahan kita kepada musuh.

 

 Apapun kesimpulannya, saya tetap bersetuju dengan TS Muhyiddin dan beberapa pandangan lain yang meminta proses peralihan kuasa ini ditentukan oleh akar umbi UMNO melalui persidangan UMNO Bahagian dan undian tersebut sebaiknya dilakukan secara sulit, jika dilakukan secata terbuka…saya sangat yakin, pasti berlaku tekanan dari pihak-pihak tertentu…satu kenyataan yang tepat dan tidak perlu dipertikaikan.

 

Akhirnya sekadar peringatan kepada seluruh pimpinan UMNO disetiap peringkat. Samada kalian punyai kuasa atau tidak, PENENTUNYA ADALAH AHLI-AHLI DI PERINGKAT AKAR UMBI UMNO. Jadi jangan dipandang ringan peranan ahli-ahli ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: