BUANG MASA DAN BAZIR WANG….

Inilah tempat paling layak dengan status saya....

Inilah tempat paling layak dengan status saya....

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

 

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

 

“Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan kepada mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka.

 

“Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

 

“Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

 

(Sumber Utusan Malaysia 6 September 2008)

______________________________________________________________________________

 

Pengurusan ala korporat menjadi teras pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim di negeri Selangor, kerana itu tidak hairanlah beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa tindakan melawat mangsa ribut yang menimpa lebih 1000 orang di Klang dianggap sebagai membuang masa dan membazir wang.

 

Secara teliti memang dapat kita perhatikan bahawa pengalamannya sebagai CEO satu ketika dulu, bukanlah untuk mengotorkan kasut kulit mahal dan pakaian hebatnya dengan menyusur laluan celahan rumah kampong yang kotor dan berlumpur, lebih-lebih lagi selepas hujan ribut melanda. Tugasan itu hanya layak dilaksanakan oleh seorang kerani kebajikan syarikat, atau sekurang-kurangnya seorang eksekutif. Apa kelassssssss…kalau CEO yang terpaksa menyusur laluan kotor tersebut.

 

Malah sekarang, mantan CEO ini sudah ditabal sebagai seorang Menteri Besar, seorang yang paling berkuasa di sebuah negeri paling maju di Malaysia, Selangor. Bergerak sahaja menteri Besar, ia mesti diiringi oleh sekurang-kurangnya 15 hingga 20 orang balaci-balacinya yang akan sentiasa menyebut YEESSSSS…BOSSSSSSSSS…, kerana mereka punya kepentingan peribadi. Malah kalau dulu kasut CEO tidak layak menjengah kampong, apa lagi kasut Menteri Besar yang lebih mahal,  Apa jadahnyaaaaa….mengotorkan kasut menjejak tempat yang memang sudah ranap dan rosak, kalaupun Menteri Besar datang, bukan bencana yang berlaku boleh pulih seperti sediakala. Wakil rakyat dan EXCOnya sahaja yang lebih layak untuk menyelesaikan masalah tersebut, lebih-lebih lagi yang terlibat bukanlah pengundi Khalid serta sebahagian besar mereka berbangsa Melayu. Keutamaannya sekarang lebih tertumpu kepada menjaga dan membelai perasaan kaum lain selain Melayu, kerana tanpa mereka, sudah tentu Khalid Ibrahim tidak merasa menjejakkan kakinya ke Tingkat 21.

2 Responses to “BUANG MASA DAN BAZIR WANG….”

  1. Khairul Nazri Says:

    1. Secara peribadi, tindakan MB itu sebenarnya boleh memakan diri sendiri. Mungkin ketika ini dia dan konco-konconya berasa amat selesa dengan kedudukan dan kuasa yang diberikan namun harus diingat bahawa kehidupan kita ini ibarat roda yang berpusing.

    2. Sudah menjadi amalan sebelum ini dan kepada bangsa kita Melayu tidak kira siapa kita sekiranya ada berlaku musibah atau sebagainya kita harus datang melawat dan menghulurkan bantuan atau sumbangan yang kita mampu dan perlu ketika itu. Konsep sebegini tidak terdapat dalam jiwa MB kita ini. Kasihan

    3. Maka kini jelas rakyat Selangor terutama bangsa Melayu terus terhimpit, tertipu, merana kerana memilih kerajaan yang jelas MBnya tidak peka dengan perasaan rakyat yang memilihnya apatah lagi yang tidak memilihnya. Kita tidak perlu komen, tidak perlu bantah atau berarak melihat keadaan ini kerana bukan MB yang salah, bukan kerajaan PR yang salah tetapi lihat lah pada diri kita – siapa yang memilih mereka?

  2. Kay Says:

    Salam Sdr. Khairul Nazri,

    Saya setuju dengan pandangan saudara. BUKAN MB YANG SALAH DAN BUKAN KERAJAAN PR YANG SALAH, tetapi rakyat yang memilih mereka harus ingat sampai bila-bila, jangan kerana seekor nyamuk habis kelambu dibakar. hanya kerana marahkan seorang dua pemimpin BN yang bermasalah, maka rakyat telah menghukum BN keseluruhannya… Akhirnya akibat dari kemarahan yang tak punya pertimbangan itu, kesannya perlu mereka tanggung hingga pilihanraya akan datang.

    Apapun, anggaplah kita masih belum terlambat. Tebuslah semula kesilapan itu dalam pilihanraya akan datang, biarlah kita banyak bermuhasabah dan melihat dengan mata hati, kalaupun bukan untuk kita… tapi untuk anak cucu kita kan datang….Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: