PERLU SANGATKAH PERMOHONAN MAAF ITU…

maafkan kami...maafkan kami...maaf..kan kamiiii....

maafkan kami...maafkan kami...maaf..kan kamiiii....

Isu permohonan maaf Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dilihat oleh sesetengah pihak sangat penting untuk dilaksanakan. Namun bagi Datuk Ahmad sendiri, beliau tetap konsisten dengan pendiriannya untuk tidak meminta maaf, atas tindakannya menyatakan bahawa ‘kaum cina merupakan pendatang di Negara ini dan mereka tidak wajar mendapat keistimewaan samarata seperti orang lain’.

 

Sekali pandang, kenyataannya itu seperti betapa angkuhnya Datuk Ahmad, namun jika diteliti dengan mendalam, sebenarnya ada kebenaran tentang apa yang dikatakannya, tetapi kerana sebahagian dari kita terlalu bimbangkan kehilangan sokongan cina, maka mereka mula menggelabah dengan kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi bila ada beberapa suara pemimpin cina dalam parti komponen Barisan Nasional mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan sinis berbau ugutan.

 

Dalam hal ini, cuba kita renungkan kenyataan dari Tun Mahathir yang menyatakan kekesalannya dan mengemukakan satu persoalan kepada kita, “mengapa hanya Melayu sahaja yang perlu meminta maaf”, sedangkan kaum lain yang lebih kurang ajar, jarang memohon maaf kepada kita. Cuba kita renungkan sejenak beberapa isu ini :

 

1.    Kenyataan Karpal Singh yang menghina Sultan Perak mengenai isu perpindahan Pengarah JAIP.

 

2.    Tindakan Majlis Peguam yang menganjurkan forum secara terbuka mengenai Hak Istimewa Orang Melayu dan Memeluk Islam.

 

3.    Tindakan Teresa Kok yang mengemukakan memorandum penduduk mengenai bantahan azan Subuh yang mengganggu penduduk di waktu pagi.

 

Adakah tindakan ini tidak menyentuh sensitiviti orang Islam dan Melayu?, dan adakah mereka ada mengemukan permohonan maaf kepada kita, berbanding jika kita yang lakukan. Kita turut menggelabah memohon maaf, kerana menghunus keris, walaupun keris hanya sebuah lambang senjata pejuang Melayu satu ketika dulu, kan itu fakta sejarah, malah memang sejarah mencatatkan bahawa imigran Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu ketika penjajahan Inggeris, melalui Sistem Kangchu, untuk bekerja dilombong-lombong bijih timah sementara imigran India dibawa masuk melalui Sistem Kanggany untuk bekerja diestet-estet. Itu juga sejarah jelas tentang kemasukan dua kaum ini ke Negara kita.

 

Yang pasti, penduduk dominan di bumi kita ini ialah orang Melayu, kerana itu bumi ini digelar dahulu sebagai Tanah Melayu, bukan Tanah Cina, Tanah India dan bukan juga Tanah Melayu Cina India.

 

Sehubungan itu, saya melihat, tindakan Datuk Ahmad Ismail untuk tidak memohon maaf ada asasnya, kerana beliau hanya mempertahankan kenyataannya berdasarkan fakta sejarah yang sebenar, bukan rekaan beliau untuk membangkitkan sensiviti mana-mana kaum di Negara ini. Syabas dan Tahniah Datuk Ahmad Ismail.

One Response to “PERLU SANGATKAH PERMOHONAN MAAF ITU…”

  1. yaddenyusof Says:

    Salam.

    Orang melayu sudah dikenali bersikap sopan santun.Tapi dengan sikap sopan santun tu la orang melayu lupa diri.(Orang melayu mudah lupa).saya sebagai orang melayu setuju benar dengan pendapat Tun Dr Mahatdir bahawa orang melayu cukup mudah memohon maaf dengan sekali kesilapan, berbanding dengan kaum lain yg cukup liat untuk ucap maaf setelah ‘beberapa’ kali melukakan hati orang melayu.

    Disebabkan terlampau untuk menjaga hati bukan melayu,orang melayu dicerca,dipandang hina dan disumpah seranah.Ini bumi malaysia bumi asal-usul orang melayu kenapa kita kena tunduk dengan bangsa bukan melayu yang mana asalnya adalah KAUM PENDATANG dan sekarang telah membuat kekayaan di bumi ini.

    Kalau hendak diceritakan berkenaan orang melayu, saya rasa amat sedih bercampur geram dan marah kerana bangsa ini dipersoalkan oleh bangsa pendatang.Tidak mustahil dimasa akan datang orang melayu akan dijajah orang kaum pendatang ini,sama-samalah kita tunggu jika ada umur.

    Orang melayu hilang pendirian kerana mengejar kekayaan,mengadai maruah kerana mengejar pangkat & kekayaan. punca-punca melayu sekarang jadi penakut dan lemah.

    WAHAI ORANG MELAYU SEBANGSA DENGANKU BANGUNLAH DARI TIDUR,SESUNGGUHNYA BANGSAMU KINI TELAH DIGANGGU OLEH ANASIR-ANASIR JAHAT YANG INGIN MELIHAT BANGSA INI LENYAP DIMUKA BUMI.

    Apa maknanya ungkapan Hang Tuah “TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA”.kalau beginilah sikap orang melayu & islam.

    renungkanlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: